Feb 7, 2011

Sape salah. Laki ke pompuan??

Pernah tak terfikir hidup kita akan jadi terlalu komplikated sehingga tak terfikir dek akal sendiri?

Cube bayangkan satu kisah cinta 3 segi. Kite amek dari 2 perception.

1. 2 Laki, 1 Pompuan

Timah [bukan nama sebenar] dah 3 tahun kapel ngan Ali [juga bukan nama sebenar], biase la after few years, things get bored. Then tiba2 Timah berkenalan dengan Abu [lagilah bukan nama sebenar]. After a few months, things get complicated. Untuk menambahkan kekomplikatedan nye lagi, Abu ni tunang orang. Tapi Abu bersungguh-sungguh mahukan Timah dengan alasan hubungannya dengan tunangnya tidak begitu baik. Abu beri kata putus pada Timah, kalau Timah nak kan Abu, Timah perlu lepaskan Ali, baru lah Abu akan lepaskan tunangnya. Alasan Abu, Timah dan Ali baru diperingkat kapel, sedangkan Abu sudah di peringkat tunang, jadi Abu perlu memastikan Timah benar2 lepaskan Ali barulah Abu akan melepaskan tunangnya. Timah yang terpedaya dengan kesungguhan Abu pun membuat keputusan melepaskan Ali. Tetapi selepas 2 bulan meninggalkan Ali, Abu menyatakan kepada Timah yang dia akan meneruskan perkahwinannya.

2. 2 Perempuan, 1 Lelaki

Senah [bukan nama sebenar kot] baru sahaja berjumpa kembali dengan Leman [kompem bukan nama sebenar], teman seUnya 2 tahun lepas. Hubungan mereka mula rapat tanpa Leman berterus terang tentang Seha [bukan nama sebenar jugak]. Pernah Senah tahu tentang Seha di laman FB [tempat biase stalking] tetapi Leman menafikan dengan menyatakan hubungan mereka bermasalah. Leman mula memberi ayat2 double meaning tentang hubungan mereka sehingga Senah konpius adakah benar Leman sukakannya. Hubungan mereka semakin rapat sehingga Leman dikenali di seluruh keluarga Senah. Kire 1 kampung belah mak dan ayah sudah tahu kerana sikap Leman yang peramah dan pandai mengambil hati orang tua. Keadaan amat lancar sehinggalah satu hari Senah terlihat gambar Leman merisik Seha di laman fesbuk MERISIK WEHHH. Lantas Senah mengambil keputusan menarik diri kerana Leman sudah dimiliki orang. Tetapi Leman menyatakan bahawa kejadian merisik itu adalah satu kesilapan. Selepas 2 minggu Leman memutuskan hubungan dengan Seha kerana yakin memilih Senah sebagai teman hidup. Maka Leman dan Senah pun mula berbincang tentang masa depan. Namun begitu, tiba2 Leman seakan menjauhkan diri dari Senah. Selepas Senah membuat kajian forensik, Senah mendapati Leman sedang menjalinkan hubungan dengan seorang gadis di tempat kerjanya. Bukti2 kukuh berupa gambar dan details dapat diperolehi dengan mudah di Blog gadis baru Leman. Jadi kali ini Senah benar2 mengundur diri kerana ternyata Leman bukanlah seorang yang boleh dipercayai.

Kesimpulannya, sape salah. Laki ke pompuan?

2 684 org tengah mintak lolipop:

The Crow said...

kisah pertama tu takde masalah. Abu tak salah. Sebab abu boleh kawen empat. Untung Timah boleh jadi isteri muda. keh2...

Kisah ke dua, Leman dan Senah ade sedikit kesalahan. Kesalahan nye, leman putuskan pertunangan dengan Seha. Patutnye Leman kahwin dengn Senah, Seha dan gadis tempat kerja. Ok la, baru 3 kan? jangan lebih empat. Haram. hehehe.. kesalahan Senah pulak sebab die tidak akur dan faham akan prinsip lelaki kawin empat. Senah hanye besikap mendominasi seorang lelaki dalam hidup. ish2...

Tehehe... (^___^) haa~

Unknown said...

Hahaha. Besthnyeeeeeeeeeee jadi laki kannnnnnn. Ngeeeee :D