Mar 31, 2011

Doakan semuanya selamat..


Assalamualaikum semua..

Pagi ni masuk2 je opis, Wath dapat berita yang mengejutkan.

Kakak Wath akan di operate jap lagi. Kalau sape yang bace post sebelum ni, baru je Isnin hari tu kami di khabarkan dengan berita gembira..

Tapi Allah sedang menguji..

KakNo di tahan wad malam tadi. Tapi Sepul tak inform kat kitorg sebab dia ingat takde pape.

Tapi rupanya pagi ni doc cakap nak kene operate.

Serius.......


Ya Allah..kuat kan lah semangat Kakak ku..

Kawan2 doakan semuanya selamat ye..

Amin.

Ni yang aku malas nak blogwalking!!





Korang tau kul bape skarang?? Ikut jam laptop aku, 4.30 AM. Gile ape?? Esok keje weii. Ni sume blogwalking pny pasal. Dah la aku ni jenis kalau entry tu panjang berjela2 pun aku baca gak sampai abes. Kalau tak paham baca lagi 2 3 kali sampai paham. Mane tak lame. Haish. Pastu komen2 kadang2 tak kuar. Nak folo pn kadang2 tak kuar. Amende la broadband aku ni.

Fuh. Rasanye ni 1st time aku wat entry camni sejak blog aku di mainstreamkan. [Time underground dulu takyah cakap la].

Ok babai. Nak tido!







Pale ko wath! kalau ko tido sekarang kompem ko tak bangun g keje dah. <--- Eh pandai lak budak ni tak bagi aku tido. Ko nk tido ats katil aku kan!! Cakap je la!


Repeat scene

Ok babai! Nak basuh kain!! Pastu siap2 g keje terus. Jap tengok dapur ade mende leh wat brekpes tak.

Mau mak aku demam melihat kepelikan ank dia ni sok.


Mar 29, 2011

"segmen cikgu bertanya: best ke couple?"

Wah...1st time kene tag. Eksaited lebeh aku ni. Thanks incik Gagak sbb tag saye. Entry ni seperti tajuk di atas, segmen cikgu bertanya. Cikgu2 ni memang suke bertanye ye. Bukan cikgu ni kaunter pertanyaan murid2 ke. Kehkehkeh. Maap ye cikgu!

Klik le kalau nak berkenalan ngan cikgu. Hehe.


Ok sesi menjawab soalan plak.

1) kamu couple ke tak?
Tak cikgu. Mak ayah saya tak bagi =,=. <--ade orang percaye tak alasan ni?

2) kalau couple, ce citer sikit cam ne detik2 perkenalan...dan dah berapa lama couple? (pada yg single, citer sal org yg kamu suka )
Tapi cikgu, kalau saya cite pasal orang yang saya suke, nnt dia tau la saye suke dia..

Ok camni. Kenal melalui budak opis. Tuka2 fesbuk. Then g ke ym, g ke nset, tapi takde la rapat sangat.
Argh!! abes la org tau saye suke sape!! [dush3x]
Leh tak nak bagitau, saya suka dia sebab dia berterus terang cakap nak kawan je, tanak lebih2. <--- saya suka sebab dia jujur. Eh tak de tanye alasan ek??

pesanan untuk org kenal aku: jgn ckp ngan aku korang tau aku suke sape. wat bodo je. tau!
pesanan untuk org yg aku suke: kalau kau perasan, jangan perasan. orang tu bukan kau.

3) best ke couple?
Tak best. Nanti kene jeles, kene risau, kene wat report nak g memane......kene sedih. So tak best.......

4) pernah gaduh besar?
Tak. Hahaha. Camne nak gaduh. Kapel pn tak :D
Sebab tu best tak kapel. Sakit hati diam2 je..kehkeh

5) ape harapan korang pada gf/ bf ataupun bakal bf /gf korang?
Ntah. Takut nak mengharap. Rase macam suke dia tapi macam tanak kawen ngan dia sebab takut..
Adakah aku phobia cinta >.<      <--- sile abaikan. bunyik macam gedik. bongok

6) tag kawan2 korang (ikut la berapa orang pun)

boleh tak aku wat camni? nak tau dari perspektif bf n gf. :D

7) SILA TINGGALKAN LINK TU KAT KOMEN~
Baek!!!


Tahniah!!

Jari jemari wath pantas menekan key board. Semangat bekerja walaupun demam. Mood sangat baik selepas pulang dari planet Tioman. Tiba-tiba nset Wath berbunyi. Kakno call. Bibir wath menguntum senyum melihat nama kakak kesayangannya di skrin nset.

'Hello. Ade orang rindu saya ke??'

Wath bermadah. Tapi suara kakno tidak ceria seperti selalu. Suaranye seperti gusar dan konpius dan takut2 campur suke sikit2. Selepas bercerita dan meminta pendapat, wath macam biase memberi idea2 dan pendapatnye yang konpiden betul tu. Kakno bersetuju. Lantas berjanji akan menghubungi kembali untuk berita selanjutnya.

**********************

'Guess what?'

Wath konpius. Nak teka takut salah. Tapi wath try jugak

'bukan kot..' slow je suare wath

'ko ni tak terer la..sepul da tanye nak hadiah ape. hehe' kakno membalas sambil wat muncung [imaginasi berdasarkan nada suare] tapi terus tersenyum [pun imaginasi aku gak]

'betul ke? kompem? WARGHHHH!!!!!!!!!' wath baru dapat menangkap maksud kakno. Perbualan diteruskan sampai tak sedar da masuk asar. Badak je lepak lame2 dalam surau. Terus wath solat asar.

******************

On the way balik umah dari tempat keje, Wath dah tak leh sabar. Tangannya pantas mencapai handphone dan mendial nombor ayahnye.

'Yah, jangan pegi mana2. Dekdah ade benda nak bincang ngan sume.'

Ayah mule nervous. Celaru pk apekah bende Wath nk bagitau.

'ok. kamu balik cepat. Kalau lambat ayah keluar.' Bijak ayah nk ugut Wath kan. Heh~

Tapi wath lagi bijak

'ayah kuar dekdah tanak bagitau' hahaha.

Ayah mengalah. Terus ayah surrender. Nervous la tu.


***********

Wath berkejar turun dari kereta. Tak sabar untuk di khabarkan pada seluruh keluarganya. Tapi hatinya kecewa melihat mak sedang berbaring. Di sangka mak sedang tidur. Terus hilang semangat nak bercerita. Tapi ayah terus mendesak. Rupanya mak bukan tidur, tapi sedang berehat. Mak demam. Tak larat nak bangun.

'mak, mane sedap. Cik da ke mak ngah?'

Mak buat muke konpius. 'Untuk ape?' ujar mak

'panggilan dekdah la. ha mak nak panggil ape? nenek ke onni? Ayah? Atuk?'

Mak dan ayah masih blur. 'tu klau kakno ade baby boleh la..'

'sebab tu kite da kene pk' aku tersenyum.

Setelah puas berfikir2, mak tersenyum. 'Kakno da pregnant?'

'5 minggu mak. Baby dia da selamat snorkeling bersama2 kita dah mase kat tioman hari tu :) '

Mak terus capai nset dan mendial no kakno. Berjela2 mak nasihatkan kakno itu ini. Hehe. Lepas letak nset, mak terus masuk bilik air basuh kain. Wah. mane hilang demam tadi mak? Tak putus2 mak ucapkan Alhamdulillah..

Tahniah kakno! Selepas setahun lebih penantian. Maafkan aku kalau aku agak eksaited. 1st time nak jadi makcik, 1st time nak terima ahli baru.. membe2 ade gak nasihat, jgn over eksaited. Ok. Saye paham. Thanks sume :)


Mar 28, 2011

Petua menghadapi orang gile

Orang selalu cakap, hidup ni kene positif. Baru la orang2 sekeliling suka kat kita. Even dalam dunia blogging pun orang selalu cakap, tulis yang positif, sebab tulisan kite mencerminkan diri kita. Tapi kadang2 sangat susah nak jadi positif bile hidup dikelilingi orang negatif yang membuatkan kita naik darah lalu menjadi negatif. [korang paham ke ape aku nk sampaikan ni?]

So kat sini aku kemukakan beberapa idea camne nak menghadapi aura negatif orang lain untuk mengekalkan aura positif kita.


Situasi 1
Bos suruh kita call supplier untuk hantar barang. Tapi supplier cakap kene tunggu bos dia balik dari bercuti. Bos kita plak mula gelabah dan start call kita setiap 2minit untuk bertanya ape cite supplier tu walaupun kita dah bagitau yang dia takleh wat ape2 sebab kene tunggu bos dia balik.

Cara menghadapi
Call bos setiap setengah min lepas tu ckp kuat2 'kau gila!'


Situasi 2
Opis mate kuat ngumpat. Aku rasa setiap opis ade makhluk macam ni. Setiap pagi petang siang malam ade je cerita tentang senah joyah dan tipah yang nak diceritakan. Bile kita cakap kita sibuk untuk dengar cerita dia, dia leh maki kita pulak cakap perangai kite sama dengan meon belakang umah dia.

Cara menghadapi
Korang pegi kat depan dia, fokus pada mulutnya yang terkumat kamit tu, then hembus nafas kuat2 menggunakan mulut korang bagi berkongsi aura positif korang kat dia.


Situasi 3
Budak sebelah meje selalu tanye keje korang yg bukan keje dia. Penah tak jumpe orang macam ni? Kalau dia tanye sebab dia nak tolong or dia amek berat takpe. Ni tanye pastu cakap bende2 tak elok yang menjatuhkan semangat korang untuk bekerja, in the end dia ckp 'aku tanak masuk campur' padahal dia yang sibuk2 tanye2 keje korang da sampai level mane.

Cara menghadapi
pandang muke dia lame2, lepas tu jerit kuat2 'kau bangang'

Tahniah untuk diri sendiri :D

Lame aku tak post kan.
Aku baru balik ke bumi.
Khamis mlm jumaat hari tu gerak g planet Tioman.
Jangan kan nak post, nak blogwalking pun tak sempat.

Haish.





Tengah malam tadi baru selamat kembali ke bumi.
Demam




Tapi tadi dapat good news
Eksaited





So tunggu la next post ye
[macam ade org nak tunggu. hoho]


Mar 23, 2011

Ron 95 nk naik lagi?

Pagi tadi korang dengar radio tak? Kerajaan tak leh janji hg Ron 95 akn kekal dengan harga sekarang. Sebabnye, Libya yang ngah tak stabil tu salah satu pengeluar terbesar minyak. So ade effect kat hg minyak.

Beb. Aku bekerja di PJ, di mana jalan2 menuju ke sana amat lah pelik kalau lapang di pagi hari. Begitu juga di petang hari. Sekarang ni aku da fedup nk tengok bar minyak aku turun ketika tayar kereta aku tak berpusing pun. Even sekarang aku suke lepak opis sampai malam semata-mata nak tunggu jalan lapang dalam area kul 9 camtu. N now ade kebarangkalian untuk harga minyak naik lagi?? Harap2 tak la ye. Sebab kalau ye..

Aku nak naik moto balik lepas ni. Leh kuruskan badan gak ape. Kan.

Mar 19, 2011

Antara malu dan takut, mane korang pilih?

Aku ade satu kisah....pelik.....ke? [ayt tak yakin]

Eh. Dua sebenarnye..

Kisah 1.

Dulu aku study kat matrik kedah. Mase tu tahun 2004. Mase tu kolej matrikulasi tu paling bongsu. Kolej matrikulasi paling baru. Aku punye block sebelah blok budak laki. Mmg dekat gile. Pemisah kitorg lorong kecik yg muat 1 kete lalu je. Block aku tak rmai org sbb kolej baru kan. Blok aku ade 3 tingkat. Aku dok tingkat 2. Eh aku tak ingt. 2 ke 3 ntah. Tingkat 1 kosong. 1 floor tu kosong. Sebab tak cukup student. Diorg cakap masa batch sebelum kitorg, pihak pengurusan kosongkan aras 3. Tapi jadi berhantu sebab takde org naik langsung. Bile dia kosongkan aras 1, at least ktorg kne lalu gak la aras tu. Takde la tak berusik langsung. Nak dijadikan cerita, malam2 ade discussion kat bilik tutor. Wajib. Bile balik, setiap kali lalu aras 1 ktorg mesti lari. Tapi ade sorang membe aku ni. Walaupun dia da tertinggal sorg2, dia takkan lari. Sebab dia malu lari2 ni. Betul gak tu. Time lari tu kompem la terselak kain tu tinggi2 kan [budak baik g discussion pkai baju kurung]. Aku tanye, ko tak takut ke? Dia jawab takut. Peliknye =,=

Klau korg..korg lari tak?

Kisah 2.

Klik utk imej lebih jelas. Sori tak cantik. Bersungguh2 aku lukis bagi korang paham =,=

Ni pun aku pelik. Kisah ni jadi mase aku form 3. Mase tu dok asrama. Kat tepi asrama kitorg (p) ade meje bulat tempat lepak ptg2 minum teh. Mase tu ngah kecoh ade dak nampak askar jepun berkawad kat dataran. Ade satu malam tu blackout. So ktorg takde la dok dalam dorm. Sume lepak kat luar. Dak2 laki siap standby  rmai2 nk tengok askar jepun berkawad. Cari penyakit tul diorg ni. Ktorg mase tu ngah lepak kat meje tepi tu. Time tu awl lagi. Dalam kul 10 camtu. Ngah rancak sembang2 tu, tibe2 sume org senyap. Tibe2 je. Then tibe2 gak sume org seram. And tibe2 gak sume org lari ke arah tangge naik masuk dorm masing2. KECUALI sorg membe aku ni. Dia punya takut sampai dia terdiam sorg2 kat kerusi tu. Dia tunduk je. Tak angkt2 muke. Aku ngan yang lain2 dah lari, tapi bile aku tengok dia tak lari, aku patah balik ngan sorg membe aku. G dekat dia pelan2. Nak sapa takut, nk bia tak sampai aku. Aku pun dah nk dekat tu ckp..'fareh, jom la naik..' 
Dia diam je weh. Aku g kat dia. Aku tarik tangan dia. Then dia ikut wlaupun tak cakap pape. Tapi dia tak lari. Dia jalan slow2 je. Gile seram aku time tu. Betul ke aku tarik membe aku ni. 

Sok nye aku tanye nape dia tak lari, dia ckp dia takut sangat. Peliknye org takut tapi tak lari =,='

And dak2 laki yang stay up nak tgk jepun berkawad tu tak nampak pn jepunnye. Apelah..




Ok aku tau cite ni takde antu. Aku bukan nk cite antu, nk cite pasal takut je. Hahaha. Hm..kalau korang takut lak, ape korang wat?

Mar 18, 2011

Don't judge a book by it's cover

Ade membe aku cakap, klau dia nak judge gak buku tu based on cover dia, sape nk halang kan. 

Ye betul. Tapi quote tu ckp 'don't' bermaksud 'jangan', bukan 'tak boleh'. Memang korang leh judge buku tu, tapi betul ke judgement korang based on kulit dia je? Kalau korang baca dulu, kan korang lebih paham untuk menilai?


YOU CAN STAND OUTSIDE AND JUDGE ME

OR

YOU CAN COME INSIDE AND GET TO KNOW ME


Pernah tak korang rase bengang, tibe2 ade sorg membe yang korang tak rapat pun ngan dia, yang korang baru kenal, tibe2 cakap

 'aku kenal sangat ko ni. Ko jgn la camni..bla bla bla..ko kne camni..bla bla bla..'
 tibe2 bagi nasihat yang rasanye takde kene mengene pn ngan korang.

Padahal sumber dia status kat fb n shout out kat ym je or tambah2 sket kata2 dari kawan korang. Sumber dia pun bukan kawan rapat korang. Kawan biase je. Main point aku nak cakap, ape perasaan korang bile orang luar datang dan cakap yang dia lagi kenal korang dari korg kenal diri korang sendiri? Kalau dia memang rapat tak pe. Dia memang da selalu ngan korang, da paham sangat ape yang korang akan wat bile marah, bile sedih, bile hepi. Ni tak.  Baru je ym seminggu, bile jumpe da cakap camtu. Apekah?

Aku senyum je dengar nasihat dia yang aku tak tau tuju kat sapa sebenarnye tu.

Ok aku bagi contoh la. Kang orang pk aku bodoh sombong lak, orang nasihat tanak dengar.

Cth: A cakap ngan B,
A: awk takleh tunjuk sangat klau awk suke kat seseorang tu. Lelaki ni klau tau pompuan tu syg sgt kat dia, nnt ego dia naik melambung. Sy tau awk ni senang jatuh cinta.

B: Sape cakap saye senang jatuh cinta??

A: Saye leh nampak. Awk tak pandai menipu. 

B: senyum. [dalam hati..apekahhh mamat ni?? aku takde perasaan kat sape2 pn. apsal dia lak tau aku da jatuh cinta?? aku yang rasa, aku tau la!]

Hm..korang penah rase ke ape aku rase ni? ke aku sorg je rase camni?

Aku sedih lately. That's y aku jarang update. Tapi aku rajin BW tau. Peace :)

Mar 17, 2011

Saye sangat terharu.. :'-)

Pagi tadi bukak2 je blog, eh pesal banyak sangat komen ni?

Bukak2 je komen, kay are promote aku?

Tibe2 terkejut. Eh followers aku bertambah??

Sangat teruja. Sangat terharu. Sangat touching.

thanks! thanks! thanks!

Terima kasih incik Kay Are sebab tolong promote blog saya. Tak penah terpk akan ade org tolong promote camni. Segan =,=' . Selama ni mmg aku rase blog aku tak best. Sebab tu aku tak penah promote pn entry aku. Dan terima kasih jgk readers aku sebelum2 ni. Walaupun sikit, tapi rajin baca n komen2 kat blog aku yang tak best ni terutama incik gagak and awek jhowo  ni.

Thanks jugak kat sume yg sudi follow blog saya yang tak seberapa ni. InsyaAllah dengan sokongan anda akan mantop le sikit lagi. Best dapat kawan baru..kannn.



Berusaha!



Best kan berbelog ni. Leh dapat ramai kawan :D


Actually post ni da ditaip dari pagi tapi tak settle2 sbb byk sangat gangguan.

Mar 16, 2011

Takut pada perubahan? Janganla..

Sebenarnye malas nak update entry ni. Tapi tibe2 bace komen, incik kay are da tanye bile nak update. Ade gak org nk bace blog aku rpenye. Hu~
Ok meh kite update.

Korg penah tak rasa, takut nak hadapi perubahan. Contohnye da selesa kat sek men A, da rmai kawan, da ade admirer, tibe2 mak suh pindah masuk sek B. Best? Tak best?

Klau aku. Aku selalu takut pada perubahan. Aku takut tempat baru tak best. Aku takut kawan baru tak best. Aku takut terlepas peluang kat tempat asal. Ntah la. Negatif betul. Tak patut sangat!

Sebenarnye hari ni aku pegi interview. [harap2 takde budak opis aku baca post ni. haha] Offer ok. Semua ok. Cume..tempatnye kat Shah Alam. Aku dari kecik sampai la ke besar dok kat area Lembah Klang. Tak penah la kuar2 dari ctu. Tibe2 aku rase lepas je dari tol batu 3 tu, adalah sebuah planet baru yang sangat asing dari aku.

Lepas ni da takleh lunch ngan besfren aku.
Lepas ni da takleh lik keje kuar ngan besfrens aku.
Lepas ni da takleh tdo umah besfren aku n esoknye gerak g keje dari umah dia
Lepas ni da takleh curik tulang kat opis main kejar2 ngan opismate.
Lepas ni da takleh gosip2 kan opismate ngan budak stor
Lepas ni da takyah dengar SY memekak pagi sampai ke petang. eh. YEAY!!

Hm..ape la yang susah sangat nak berubah kan?
Hidup kene la campak kat mane2 pun boleh hidup.
Campak ke laut jadik kapal
Campak ke darat jadik pokok
Campak ke langit jadik awan
Campak ke kandang rimau jadik makanan.

Ok. Cukup!

Kuatkan semangat saya. Demi pengalaman dan masa depan.

Mar 11, 2011

Bile tindakan tidak selari dengan pemikiran

Rajin lak aku update hari ni. Sebenarnye da lame terpk, tapi baru hari ni teringt nk update pasal ni. Tapi post aku ni mungkin menyentuh sensitiviti sesetengah [or majoriti ] pihak. Tapi ni pendapat aku je la kan.

Aku nak cite pasal budaya kat fb aku sekarang. Ni antara kawan2 kat fb aku la. Kat fb org lain aku tak tau ape trend nye. Mungkin bagi budak2 sebaya aku, yg da layak berkeluarga ni, da timbul la rasa2 keinsafan kot. Untuk level2 budak2 yang baru kenal fb, mesti la baru nk belajar2 berkenalan, berchenta2 kan. Ok aku teruskan, trend kawan2 kat fb aku sekarang, sume ske nk bagi note berantai pasal kisah2 bercinta selepas nikah. Lepas tu note2 tu plak memberitahu pasal bahawasanya tiada istilah bercinta sebelum nikah dalam Islam. Islam tidak mengiktiraf apa2 hubungan seperti itu. Kite je yang pandai2 iktiraf name hubungan tu "kapel". Maklum la nak nikah takde duit lagi, nak bertunang, blaja lagi, mak da pesan jangan gatal2 nak bertunang. So nk reserve dulu, kite pakai la istilah kapel kan. Betul tak? Padahal da terang2 dalam Islam mende tu salah.

Aku tau aku pun bukan baik sangat. Macam la aku tak penah kapel kan. Macam la aku tak penah wat salah. Dah trend org zaman sekarang, takkan la nk main tibai je sesape yang masuk minang kan? Ntah per***l mane ntah, perompak mane ntah yang mak ayah kite berkenan sangat nak jodohkan tu kan. Sebab tu kene kapel dulu. Lagi pun mane la tau kan tetibe da kawen, tak berkenan lak. Rupenye mamat ni pas makan ske sendawa kuat2 sambil usap2 perut. Iskk. Tak senonohnye! Sebab tu kne try dulu kan. Klau tak sesuai kite breakup je. Cari lain. Sampai la kita jumpe yang betul2 berkenan.

Err. Ade ye dalam Islam aja sume ni?

Ok fine. Aku tau susah nak cari lelaki baik yang memang taknak bercinta sebelum nikah. Tapi sebab budaya camni lah masyarakat kita makin lama makin teruk. Kan best klau macam dulu2. Agak berkenan je g pinang terus. Takyah kapel2. Sebab tu pompuan zaman dulu kne blaja masak pandai2. Umah mesti kemas je. Kalau tak nanti takde sape nk masuk minang. Laki plak kne pandai jadi imam. Klau tak nanti mase meminang, bakal bapak mertua try suh bace doa qunut, baru la nak garu kepala. Camne keluarga pihak perempuan nak terima pinangan? Tapi takpe..zaman sekarang dah tak penting. Yang penting kau cantik. kau hensem, kau ada degree. Takde diploma pun takpe, janji keje government, terjamin sket klau anak bini kau sakit. Takleh jadi imam? Takpe..awek terima seadanye. Pompuan pun tak pandai masak takpe, laki kaye leh makan luar hari2. Kan?

Korang marah aku ke? Jangan la..

Aku cume nak cakap, tindakan biarlah seiring pemikiran. Jangan lah like cerita2 macam tu, kisah2 macam tu, tapi dalam masa yang sama korg tak ambil iktibar pn. Bersepah2 aku tengok post2 iLuvIslam macam ni kat fb aku. Berebut2 kawan2 aku post. Tapi same je. Tak de ape yang berubah pn. Aku bercakap bukan untuk korang je, main point aku nak ingatkan diri sendiri sebenarnye. Bersama kita renung2 kan.

Harap maaf kepada sesiapa yang terasa. Sekian. Aku sendiri pun terasa. Aku mengaku. hu~


Aku nak jadik dr. psikologi la..boleh?

Aku da bosan jadik akauntan. Hari2 kire duit org. Dok kat opis. Membosankan. Tapi org kate kite kne selalu bersyukur. Sekurang2 nye aku keje. Org lain rmai lagi tak dpt keje. Hm..time2 camni tetibe rase kan best klau aku jadik Dr. Psikologi. Ade banyak bende aku leh kaji. Salah satunye, sikap dan perangai seseorang individu tu, terbentuk hasil didikan atau keturunan.

Aku curious pasal bende ni. Aku penah request kat mak aku nk bele ank angkat. Mak aku bising. Alasan mak aku:

1. Klau aku da de ank angkat, tibe2 org tak jadik meminang aku sbb takleh terime ank angkt aku. Ye la, ank ntah sape2 ntah. Even ank tiri pn org ssh nk trme, ape lg ank angkt.

2. Ank tu nnt besar memberontak. Bile tau dia ank angkat, mule la cari pasal. Kalau da remaje, aku tak bagi kuar malam2, nanti kate kongkong dia sbb dia ank angkat. Pastu mak aku ckp, mak ayh dia kite tak tau jns camne. Nape. Ade kaitan ke?

Macam2 kes budak2 zaman sekarang ni. Jangan kate ank angkat, ank sendiri pn kurang aja. Camne klau didikan mak ayh da bagi, tapi budak tu sndri degil. Nak salah kan persekitaran? Kalau didikan tu sendiri dah kuat, mesti la tau sendiri mane baik mane buruk kan? Ke nk salahkan keturunan?

Bagi aku la. Sikap kite mencerminkan isi rumah kita. Contoh klau budak tu kuat memberontak, mesti kat rumah jenis yang mak ayah dia tak dengar pendapat dia. Aku cakap CONTOH. Jgn plak salahkan aku klau ape aku ckp ni salah. Hoho.

Tapi most yang aku tengok, klau budak2 yang berjaya [ Berjaya maksud aku kat sini bukan setakat pandai dalam pelajaran je, tapi berjaya dari segi pemikiran, dia tau mane baik mane buruk utk diri sendiri, untuk keluarga, masyarakat, negara ] mesti family diorg educated. Means ayah keje bagus. Mak plak suri rumah. Tapi bukan yang jenis tengok cite bawang putih bawang merah setiap hari, pastu chatting kat fesbuk ngan mane2 org ntah tu, ni suri rumah yang betul2 pastikan keluarga dia terjaga. Bile anak2 ade masalah, dia leh detect n pandai lak cari penyelesaian untuk masalah ank dia. Kire cam superwomen la. Lepas tu suami balik pn dia da siapkan sume keperluan suami dia. Suami pn takde masalah 'makan-luar' ke ape ke. Ank2 dia korg tengok, mesti superb.

Tapi yang peliknye, klau ade 3 adik beradik, tibe2 ade sorg plak yang perangai slek sket. Tu nak salahkan sape? Keturunan? Nape adik beradik lain ok je. Didikan? Ape beza ngan yang lain?

Haish. Konpius aku memikirkan nye. Aku ade gak bercita2 nak wat research pasal mende ni. Tapi sape nk lyn aku. Lain la aku ngah amek master utk subjek ni ke ape, baru org nk lyn aku tny2 pasal mende2 ni kan.

Contoh paling aku nk try kaji, Umi Aida. Bagi aku dia terer sbb dia ngan ank angkat dia mmg rapat. Tapi dia garang ngan diorg. But yet bdak2 tu tau yg Umi Aida syg diorg. hm~ Poning palo den

Mar 8, 2011

Aku tanak review Hikayat Merong Mahawangsa


Abg Merong. Haha! Cite ni baru la org countdown..wlaupun tak target 40 juta. Ops!

Malam tadi aku da tengok Hikayat Merong Mahawangsa. Ye aku tau cite tu lum keluar. Malam tadi preview dia. Siap de red carpet, press conference, artis2 datang lagi. Tapi aku tak kisah. Sbb aku dapat mesej free tiket tu pagi semalam. Tak sempat la aku sedia kan jeans ke baju cantik2 ke. Aku tibai je la baju keje aku. Lagi pun kat cineleisure Damansara. Takde la plak mase aku nk lik umah dulu mandi2 ke ape ke. Rasenye bloggers pn mesti ade yang da tgok cite ni sbb aku ade nampak table ticket collection utk bloggers. Tapi aku menang bukan under bloggers, aku under radio Era.

Cite ni aku tak leh nk wat review skrg. Cite lum kuar. Aku tau cite ni expectation tinggi. Tgk je la trailer dia, gempak gile kan. So aku nk bia ape ade dalam pale korg time tgok trailer tu, kekal dalam kepale korg. Aku tanak korg judge dulu sblm tgk cite tu based on pendapat orang lain. Lain orang, lain pendapat. Korang tengok sendiri, korang judge sendiri. Baru puas hati. Tapi bagi aku, aku respek ngan KRU. Diorg banyak mencube nak bawak pembaharuan dalam industri filem Melayu. So, datang la beramai2 untuk menyokong industri filem tanah air. Cewahh!! Haha.

Tapi pas cite ni da masuk astro 1st nnt aku tetap ade certain thing aku nk sentuh sket. Tapi wat mase ni, judge sndri. Pastu baru leh bincang same2. Haha

Aku nak sebut ni pasal penonton semalam. Sume pakai baju lawa2. Diorg cam tau je ade artis nk datang, ade wartawan nk datang. Aku tengok baju diorg sume nk gempak2 je. Dress labuh, tapi ats tak cukup kain. Seksi nye da macam kat ape da. Macam2 style la. Aku ngan membe2 aku je cam kampung sket. Haha. Ala klau kitorg llik umah tuka baju dulu pun, bukan kami ade baju cam tu. So same je.


Tapi kan..artis pny baju tak de la nk seksi2 cam diorg. Tetibe konpius. Sape yg nk wat press conference ni?

Mar 5, 2011

Bile budak bandar masuk kebun..

Aku sebenarnye takde idea nk update blog. Aku cite je la ye pengalaman aku masuk kebun nenek aku hari ni. Sebenarnye aku da penah masuk da duluuuuuuuuuuuuuuuuu sangat mase kecik2. Mase tu ade lagi pokok2 getah. Nenek aku menoreh time tu. Aku plak folo je. Tak ingt la aku mmpi ke ape, tapi takkan la mimpi kan. Leh plak aku tau camne suasana kebun nenek aku.

Sebenarnye tak budget pn nak masuk kebun, nenek cume ckp kat mak je kebun da lame tak d jenguk. Org yang nenek byr upah jage kebun tu tak wat keje. Menipu je byk. So mak pun semangat la nak g kebun, nak selongkar misteri kebun nenek.

Pinjan kasut masuk kebun nenek. Crocs beb nenek aku masuk kebun!


Ni la jalan nk masuk kebun..pagar tu pagar tadika. Kebun nenek aku belakang tadika..


Cantekkann!!! Klau ade DSLR lagi best =,='


Ni la pokok getah nenek aku. Baru tanam. Tu la aku cakap, mane g ntah yg dulu punye..dulu besar2, leh toreh dah..dah tue kot. Tu yang kne tanam lik tu.


Nenek melihat kebunnye..


Mak aku berbincang ngan ayah bajet nk berkebun d masa lapang padahal tiap2 mggu bz mengalahkan menteri. Haha.


Ni la budak paling berdedikasi! Hahaha. Aku semangat gile kot tolong nenek aku menebas. Sampai tegolek la aku masuk semak.

Ayah aku nak cube menjadi menantu contoh d mata nenek aku.

Nenek melihat kebunnye yang semak samun. Tak abes2 nenek ckp nk bersihkan sendiri klau ade org teman. Membebel2 mak aku dgr nenek ckp camtu. Ye la, nenek da 70 lebih. Lutut da sakit, solat pn kne pkai kerusi..sbb bile da duduk ats lantai, nenek ssh nk bangun.

Ni la wajah yang penuh kepenatan. Ceh kau amek sendiri Wath time sume org sibuk memantau kebun!
Klau korg tgok betul2, banyak weh peluh aku mengalir time tu. Hahaha.

Nak menunjukkan betapa teriknye matahari time tu. Kul 11stgh kot. Da la aku pandai sangat g pkai baju itam.



Mak memberi ilham berpayung menggunakan alam semulajadi.

Aku pn nk la gak kan.

Ni pokok getah muda tau..tapi liar punye.


Mak aku cite, mase kecik dak2 sekolah dia ckp klau nk wat tahilalat, amek getah tu letak kat muke. hahaha. Sekarang mak aku da besar, mak aku da tau..MEMANG LA ITAM, TAPI BUKAN TAHI LALAT, TU KNE GETAH.  Hahaha. Bese la dak2 kecik kan. Same la ngan mase aku sekolah ade gak dak2 cakap pokok sabun [tak tau name pokok tapi ade daun putar2], klau gosok, kuar buih. Ha tu la sabun. Apekah!




Mak aku cakap aku poyo je amek gamba padahal tak membantu pape. Huhu


Pas balik tu kepenatan n kehausan, sume org makan eskem 20sen [aku tak tau sebenarnye bape hg dia skrg, mak yg beli]



Best masuk kebun! Rase cam 'e geramnye..aku leh je bersihkan kebun ni..cume takde cangkul je'. Aku ade gak cakap ngan mak aku nak benti keje, fokus jage kebun getah nenek je. Tapi mak aku cam wat muke tekejut. Haha.

'Ish ank dara tak elok keje sorg2 kat kebun getah'.

Hu~
'Ala blaja la taekwondo dulu' [aku tak sebut silat sbb aku da penah masuk tapi sumpah aku tak dapat tangkap bunge dia. Berpusing2. Sehari je, pastu takpenah datang dah.]

'Klau 5 6 org camne?'

Aku diam. Tul gak tu. Byk gak kes dalam kebun skrg kann. Hu. Takut gak tu.

Mar 2, 2011

Aku cume nk 10k je wat masa ni

Aku bukan nak banyak. RM10k je. Aku nk wat pe?

DSLR 550D                    RM3k













Iphone 3gs                       RM2k












WTB                               RM5k






Leh jadi smart camni tak Audi Saga Blm aku.






Cincai kire la. Total RM10k

Tapi aku ade RM10 je. =,='





* Nafsu manusia mmg unlimited. Ni aku ade RM10, aku nk RM10k, klau aku ade RM10k??? Lu pk la sendiri :D