Jan 28, 2014

Stand by your self

27 Jan 2014. Asfa genap 9bulan 3hari.
Selalu Asfa berdiri berpaut kat ibu. Tapi ibu pelik sebab Asfa tak pegang ibu. Bila ibu pandang. Eh! Anak ibu dah berdiri lah!!

Cepat2 ibu panggil abah. Abah pulak panik semacam dengar ibu panggil. Hahahahha. Rupanya nak tunjuk Asfa da berdiri je :p

Dapat tengok pertama kali anak berdiri pun dah rasa heaven..macam ni rupanya perasaan jadi ibu. Takde perkara yang lebih membahagiakan selain tengok perkembangan anak sendiri.

Kalau lah aku paham lebih awal. Fasa remaja aku takkan jadi seperti dulu.
Kalau lah semua remaja paham dan tahu. Mereka takkan jadi seperti sekarang.
Kalaulah...

Cinta ibu lebih besar dari cinta kekasih kita
Bila kita menangis, ibu lebih kuat menangis
Bila kita gembira, ibu lebih lagi gembira
Tapi bila ibu sedih
Dia sembunyi sendiri, kesat air mata
Kalaulah aku paham dulu..


Tapi aku paham..sebab aku pernah lalu fasa tu..
Fasa dimana..
'Mak ayah tak paham aku!'

Kalau lah aku tahu..bahawa mereka lebih paham..



Dan roda terus berputar.......

Jan 24, 2014

9m = 1t

24.1.14

Hari ni genap Asfa 9bulan. Dan semalam ibu berguling2 keseronokan sebab dah rasa gigi pertama Asfa.




Campur keseraman sebenarnye. =,=



Oh. Hari ni juga birthday mak mentue. Tapi tak sempat call lagi. Jap lagi sy call ye umi.