Aug 6, 2011

Janji!

 
 
 
Janji lelaki itu ~ Dengar boleh, percaya jangan!

Janji perempuan itu ~ Err..same as the above :)


The truth is, when it comes about love, never trust the promise. Cause it's have been made while your mind isn't working :p

Jul 12, 2011

Pening

Makin banyak aku cuba baca

Makin banyak aku cuba faham kan

Makin aku keliru

Ape sebenarnye kebenarannya?

Banyak sangat persoalannya

Patut la ramai pelapis negara sekarang amek jalan tengah - tak nak amek tahu

Bila amek tau, makin byk yg tak paham, makin banyak yang tak tau sebenarnye.

Serius  aku pening

Mana kebenaran?

Both sides ade BIG hole

and there is BIG question inside that hole


Tibe-tibe rasa macam tak nak amek tahu jugak. 

Tapi mana pergi tanggungjawab macam tu?

Jul 9, 2011

Bersih vs Patriot

Pernah aku mention umur aku sudah hampir suku abad? Haha. Ngeri kan? Kene la hadapi. Masa berjalan ke depan. Bukan kebelakang. Kang jadi cam Curious Case of Benjamin Button lak. Jenuh ko nk suh ank ko jaga ko nnt. Ok. Berjela2 lak aku membebel.

Sebenarnye aku nk cakap, sekarang umo da nk capai suku abad, kawan2 pun dari letak profile pic betunang, da tuka profile pic gamba kawen, sekarang da letak gamba ank pulak. Aku je tak tuka2 profile pic lagi. Oh silap. Sekarang org letak profile pic gamba kaler kuning. Hehe. Aku ingat lagi, 2thun lepas, bile aku sembang2 ngan kawan2 yg rapat ngan aku pasal politik, sume ckp

'tak tau la'
'atas pagar'
'dua2 belah pn same je'

Mase tu baru2 kuar U lagi. Budak2 sekarang pn aku berani jamin camtu gak jawapan diorg.

Tibe2 status2 di FB dalam seminggu 2 ni, dah mencerminkan pihak masing2. Aku senyum je. Macam biase. Aku pemerhati. Sampai masa untuk pangkah, aku tau sendiri nak pangkah yang mana. Teringat kau kau dan kau yang dulu masih konpius, sekarang dah ade pegangan. Bagus la. Da besar kawan2 aku ni.

Tapi, walaupun kitorg pegangan lain2, masing2 post pendapat sendiri2, tapi kitorg tak de la sampai bermusuh2. Bile masuk topik membe kawen, sume org pun masuk bersembang sama :)

Jun 16, 2011

Sudah suku abad la

Simptom2 anda sudah masuk suku abad

1. Pencuci muke yang selama ni pakai ok je, da mule bermasalah. Bukan pencuci muke sebenarnye. Muke yang da takleh terime

2. Sneakers tidak lagi diterime oleh kawan2. Kite yang pakai ni terasa diri kerdil sangat tengok kawan2 da pakai wedges. At least kasut sarung la..

3. Di majlis kenduri kawan sekolah, semua org pakai barang kemas. Seriously, semua. Aku yang tak pakai ni rase macam patutla-aku-lain-rupenye-sebab-aku-takde-barang-kemas.

4. Calit lipstick kat bibir ok. Di ulangi. Lipstick. Bukan Lipice or lipbalm. Besarr bezanye~

5. Baju bukan sekadar kurung. Dah jadi kurung moden, kebaya pendek, pesak gantung, apentah lagi. Aku pun tak tau.

6. Jenis kain baju kurung~bukan lagi di zaman duduk asrama dulu. Corak bunge2 cam budak tak matang. Sekarang dah kain chiffon ade lining kat dalam. Ntah betul ke tak aku eja


7. Handbag bukan lagi sekadar beg petak ade 2 tali warne coklat yang nampak sangat harga rm30. Even nk beli kat jln TAR je pun, dah tau paten terkini dan gred beg jln TAR. Takde la nampak sangat tiruannye.


8. Tudung bukan lagi bawal biase zaman baru nk blaja pakai tudung dulu. Paten tudung terkini semua di cuba.


9. Mekap bukan lagi perkara sukar. Sudah tau di mana patut dicalit itu dan ini.


10. Cara berjalan, bercakap, ketawa, semua sudah lain. Sile perhatikan sendiri. Tak reti aku nk tulis.


Jika anda ada simptom2 di atas, anda mungkin sudah masuk suku abad.


Jika anda sudah nak masuk suku abad tapi masih tiada simptom di atas. Anda boleh masuk group saya. Budak pelik yang selekeh dan takde org nak kawan. Haha~ Maklum le aku ni student lagi. Lalalala~

Jun 9, 2011

pertama kali

7 tahun lepas, aku ingat lagi kejadian tu..

Syahad, Fareh dan Rina yang sedang bercuti panjang kerana baru saja tamat SPM melangkahkan kaki penuh gaya kerana bangga sudah tamat sekolah menengah. Terasa seperti mahu semua orang tahu yang mereka akan melangkah masuk alam dewasa. Tidak perlu berpakaian seragam lagi. Tidak perlu memikul beg galas yang penuh dengan buku teks. Tidak perlu menghadap HEP kerana keluar asrama tanpa kebenaran. Sekarang mereka bebas. Dengan penuh yakin, mereka melangkahkan kaki di pekan kecil di mana mereka pernah berpakaian seragam asrama untuk ke situ. Kali ini berbeza. Masing2 dengan pakaian biasa yang dirasakan cukup bergaya. Heh~

Setelah berbincang, mereka membuat keputusan untuk makan di KFC. Baru lah maju kan. Kata da dewasa. Takkan mahu makan nasi berlauk di kedai biasa. Terasa seperti makan di dewan makan pula. Mereka pun melangkah girang menuju ke KFC.

Setiba di kaunter, Syahad dan Fareh berpandangan. Lantas berbisik sesama sendiri.

'Eh, kau tau ke nk order ape?'

Syahad geleng. 

Selama ni pergi ke KFC dengan mak ayah. Itu pun di suruh tunggu di meje sahaja kerana risau ank meminta yang bukan2. Jadi manalah tau nak order apa.

'Bagi Zinger burger ye'

ini Zinger burger


Rina bersuara yakin.

Syahad dan Fareh berpandangan. Kagum. 

'Kitorg pun sama la'

Syahad dan Fareh meng-kontrol malu.

Tetapi Zinger burger hanya ada 1. Jadi Rina lah yang dapat. Cashier meletakkan nombor di atas dulang dan memberitahu yang lagi 2 Zinger akan di hantar kemudian. Mereka pun melangkah mencari tempat duduk di bahagian atas. Boleh lihat ke bawah tanpa org luar memerhatikan mereka. Baru lah privacy nak bercerita kisah2 hot.

Sedang rancak bercerita, seorang pekerja KFC datang membawa 2 biji burger. Rajasegaran. Itu nama yang tertulis di tag namanya. 

'Betul?' Rajasegaran mahu memastikan.

Setelah mengangguk tanda pasti burger itu milik mereka, pekerja itu melangkah pergi. Namun setelah pembungkus di buka, Syahad dan Fareh berpandangan. Hairan kerana burger Rina lebih besar dari mereka. Kerana tidak berpuas hati. Syahad dan Fareh memanggil semula Rajasegaran yang kebetulan lalu di situ. 

ini Colonel burger


'kenapa burger kami tak sama dengan burger dia?' Fareh tunjuk ke arah burger Rina.

Rajasegaran melihat resit, dan membalas.

'ini Zinger burger. Masa saya tanye tadi, kamu ckp betul yang sy tunjuk tu. Itu Colonel burger. Packagingnye sndri dah lain. Kenapa tak bagitau sebelum bukak' Rajasegaran menjawab dengan muke budak-ni-tak-penah-mkn-KFC-ke-=,=' tetapi dengan penuh sopan meng-offer diri untuk menukar kepada Zinger burger.

ini pulak Colonel burger dalam bungkusan

dan ini baru la Zinger burger punye bungkusan ye dik


Rina tak perasan rupenye Syahad n Fareh order burger yang sama dengan dia. Kalau tak, awl2 lagi Rina dah tolong tegurkan. Hehe~

Lain kali nk belagak tu pastikan ade ilmu. Jgn main serbu je. Hehe~ Ni la kenangan SyaFarIna 1st time makan KFC bersama. Sampai hari ini kami masih bersahabat. Baru2 ni Rina ada ym aku tanye kalau nk makan Kenny Rogers camne nk order. Makanan yg mane yg ok. Kompem la aku jawab ayam quarter dengan sos BBQ. Sllrrrppppp. Side dishes tu leh pilih ikt suke. Heh~ Kenangan tul.. Haha.

Jun 6, 2011

Motivasi pagi ini :D

Pagi2 macam ni kalau da banyak sangat benda negatif masuk dalam pale, leh wat moody sepanjang hari. Jadi baik lah kita bermotivasi sket. Heh~

Pernah bercinte? Monyet? Beruk? 

Pernah gagal? Tak pernah???? Gile terer.

Sape pernah gagal tu, motivasi ni untuk anda. Sape tak pernah, anda boleh beratur di sebelah kanan untuk majlis penerimaan pingat. 


Ok. Ni motivasi pagi untuk menenangkan hati yang lara.

1. Jangan anggap perpisahan tu salah anda
Eventhough mmg salah kite pn, bende da jadi. As long as kite salahkan diri sndri, selagi tu la kite tak tenang. Ok mmg salah kite. Jangan lupe kn fact tu so that next time kite tak ulang kesilapan yang sama. Tapi jangan la sampai wat kite down. Experience is the best teacher kn. Plus, kite di pertemukan dengan org yg salah, so that bile kite bertemu dengan jodoh kite, kite da belajar something dari kesilapan masa lalu kite :)

2. Make yourself a better person.
Kalau kita di tinggalkan, make sure dia menyesal meninggalkan kite. Let say dulu kite gemok n berjerawat. Dia tak sudi. Ok takpe. Kurus kn badan anda, dan cube lah mana2 produk kecantikan yg leh memulihkan jerawat. Lepas tu anda akan ada keyakinan diri. Bukan nak tunjuk kat dia pn. Tapi diri sendiri tau, yang alasan dia tinggalkan kite tu tak munasabah, sbb we prove ouserlves yang kite boleh berubah. 
Ade tambahan sket. Klau dia tinggalkan kite sbb kite pemalas, ape lagi? Setiap hari bangun pagi kemas umah. Prove yourselves yang alasan dia tak munasabah sbb kite ni seorang yg rajin :)

3. Tetapkan tempoh menangis. Kalau boleh jangan lebih 3 hari.
Manusia mmg di lahirkan ade hati n perasaan. Kalau tak sedih lepas breakup, maknenye hubungan sebelum tu mmg tanpa perasaan pn. Tapi! Jangan la bersedih hiba bagai. Tetapkan tempoh. 'Aku limit kn 3 hari je tempoh bersedih'. Lepas tu anda boleh menangis sepuas2 hati. Cukup 3 hari, berhenti. Hari ke4 anda bangun dengan senyuman dan terus pegi jogging. Kalau malas jogging, anda boleh la ringan2 kan tulang sidai kain, kemas umah, even pergi opis awal. Bile anda lakukan perkara positif, anda akan rasa seronok. Sebab anda berjaya lakukan sesuatu yang positif. Make yourself better. Really. It's a cure. Lame2 anda akan terbiase dengan kehidupan yang lebih baik. 

4. Elakkan berfikir 'kalau la..'
Semua yang terjadi sudah tertulis sejak kite di dalam perut ibu kite. Kalau dia bukan jodoh kite, memang dia bukan jodoh kite. Tak kisah sekuat mana kita mencuba untuk dapat kan dia. Kalau dia memang jodoh kite, anda lari naek flight percuma air asia pn, takdir tetap akan menemukan anda dengan dia bile seat korang rupenye sebelah menyebelah. Takde istilah 'kalau la aku ikt dia time dia ajk masuk umah dia hari tu, mesti kitorg tak breakup' atau 'kalau la aku tak bukak fesbuk dia dan terjumpe mesej2 skandal dia, mesti kitorg tak gaduh teruk sampai breakup' atau pun 'kalau la aku tak kuar ngan skandal aku, mesti aku masih dengan bf aku'. Hentikan. Takde istilah 'kalau la..' bende memang da jadi. Dia bukan jodoh kite. Let go je. Selagi anda berfikir 'kalau la..' selagi tu u won't move on.



Ape ape pun, yang penting make urself better. Bile diri kite ok, kite akn dapat yang lagi ok. Trust me on this one :)

Amaran keras: Percintaan sebelum berkahwin tidak menjamin kebahagiaan selepas berkahwin =)

Tapi tak bermakna anda leh main sapu je ngan sesape anda nak nikah semata2 nak merasa percintaan selepas nikah. Itu lah gunanye keluarga dan kawan2. 

May 21, 2011

Memori pahit yang manis - ceh!

Tajuk nak dramatik je kan. Baru2 ni ade sorg membe aku tanye aku, bukan tanye la, lebih kepada ayat penyata..tapi diletakkan tanda soal kat hujung. Heh~ Aku pun tak tau nak kategorikan ape. Ayat dia..

Kamu mesti tak penah susah kan?, maklum la org bandar.

Hm..Tetibe je aku teringat kisah aku masa kecik...

Aku bukan org senang. Mak aku selalu ckp dulu gaji dia rm250 je. Ayah aku pun. Tu sebelum kitorg lahir la. Pastu bape ntah gaji mak ayh aku. Tapi still sikit. Kire bukan org senang la. Yang aku nak cerita ni mase umo aku tak ingt bile, tapi mase tu aku kecik lagi tapi di tahap da leh ingat kenangan. 

bukan gamba sebenar - aku ingat lagi ayam tu bahagian dada :(


Petang tu, aku, kakno aku n mak aku dok umah ber3. Pastu aku ngan kakak aku lapar. Bukak tudung saji ade seketul ayam ntah bile punye. Semalamnye kot. Tu je yang ade. Aku pun berebut ngan kakak aku. Mak aku kompem la tak rebut, name pn mak. Tapi sbb aku adik, so aku la dapat aym yg tggl 1 tu. Aku makan ngan lahapnye. Kakak aku angin je tengok aku. Tibe2 da tengah syok makan tu, tengok kat tangan aku ade mende bergerak2. Rupenye ayam tu da berulat. Pergh. Korang sume da leh g muntah. Aku pun geli time tulis ni. Mase tu aku menangis2 g muntah kat bilik air sambil gosok gg tekan2 berus gg tu kuat2 sampai kembang. Lame gile aku gosok gg menangis tak benti2. Aku terbayang2 ulat2 tu dalam badan aku.

Ok. Geli? Tapi tu la kenangan aku. Berebut ayam seketul. Tak perasan pn ayam tu da tak elok. Sampai hari ni aku ingt. Sekarang jgn harap la. Kompem mak aku bagi makanan berkhasiat tuk ank2 dia. Tapi tu pn aku selalu mkn luar skrg. Balik2 tak makan kat umah. Sedih je mak aku makanan membazir. 

Ade banyak lagi kenangan yang aku ingt time aku susah dulu. Tak dapat nk cite sume. Sekarang budak2 sume senang. Start2 keje je gaji leh capai RM1,100 bodo2 pun. 

Sape cakap orang bandar hdp senang?

May 16, 2011

Hantu ni macam pasangan hidup..kan!

Lame kan aku tak update. Opis aku da kene block da fb, blog ngan youtube. Mende2 yang aku bukak ni la yang diorg block. Nasib baik ym tak kene. Kalau tak kompem korang leh nampak muke aku macam ni.


 haha

Ok. Balik pada cite antu tadi. Hari ni aku nak membebel pasal antu. Korang suke tak tengok cite antu? cite antu yang macam mana korang suke? Ha. soklan ni boleh di jawab dihujung rancangan. Hehe.

Sebelum korang jawab, bagi aku cerita taste aku pasal antu. Ingat carik bf je ke aku letak criteria. Antu pn tau. Bagi aku, seekor [tak tau la sebuah ke seketul ke sebijik ke] antu perlulah berbentuk padu. Maksud aku bukan bayang2, bukan pompuan pkai baju putih rambut panjang, mate merah air mate mengalir, lidah terjelir dan sebagainye. Taste aku senang je. Takyah susah2 nk wat cgi canggih2 nk menggambarkan antu tu. Lagi aku rase menyampah kat antu tu. Bile antu cgi kuar, nnt aku akan 'hek elleeeeeeeeeehhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!' Bukan aku nk riak. Tapi..mgkn sbb bile tengok cgi tu wat aku spoil.

Ok mmg aku tak penah jumpe antu betul2. Tapi bagi aku la, yang menyeramkan adalah bile sesuatu tu berkeadaan di luar kebiasaan. 

Contoh 1 : Aku balik umah kul 10 mlm, mak ayah aku tengah lepak2 tengok tv. Pastu aku pn join diorg tengok tv. Tak lama pastu mak ayah aku naik bilik. Aku tengok tv sorg2. Tibe2 ade org bagi salam. Rupenye mak ayh aku baru balik dari umah mak su aku belakang rumah. Ok. Itu seram! Kalau korang, korang nk lepak ngan mak ayh baru balik or korang nk cek mak ayh korang dlm bilik. Cis! Aku da takut.

Contoh 2 : Aku ngah lepak ngan membe aku kat hostel. Biase la. Tepat kul 12 je da kene tutup lampu. So lepak ber2 dlm gelap. Sembang2 mengumpat sampai kul 2. Tibe2 membe senyap keras. Renung muke ko dalam2. Da macam kene sampuk. Ape korg buat. Korg goyang2 badan dia atau korg lari terus. Haha. Aku penah rase. Aku goyang2 gak badan dia walaupun rase nk lari je time tu. Tapi membe kan. Tak sampai hati lak. 

Contoh 3 : Kat bilik aku penuh ngan bear2 koleksi dari org ramai. Sampai la katil aku da penuh. One day aku buang sume bear aku, kecuali bear pooh besar. Ok. sangat besar. Same besar ngan aku rasenye. Sbb tu kakak aku bagi. So aku sangat sayang bear tu. Tapi tak muat katil, so aku letak kat almari bahagian atas sekali. Bahagian beg2. n Bahagian tu tak de tutup. Aku selalu terbayang, kalau la tibe2 pooh tu menoleh ke arah aku sambil bertanye 'ape salah aku kau himpit aku ngan beg2 buruk ko ni'. Wargh!! Sebab tu aku tak penah pandang bhgn ctu malam2. 

Ok. Kesimpulannye, sbb tu aku tak ske tengok cite antu omputih. Cite dia sume antu stok nk cgi je. Aku ske tengok antu jepun. Antu dia merangkak2 n seram sbb org mati tu idup balik. Miahahaha [ini gelak takut bukan suke]. 

Sebenarnye kan, motip aku tulis entry ni, aku nk bagitau, aku tengok cite seru, n bagi aku cite tu super seram. Aku tahap menjerit n nak nangis. Siap kuar panggung tu aku tarik mak ayh aku suh kuar cepat, aku takut jadi org last tggl dlm panggung. Aku tak kisah ape org lain nk cakap. Sebab sume org ckp cite tu tak best. Sume ckp tak paham. Sume ckp menyesal. Tapi aku suke. Tu antu yang menepati citarasa aku. Antu pilihan aku. Membe diorg kene rasuk. N membe diorg yg bunuh sume org. Ok. Sy suke! Sape tak suke..hm. Mmg takde org suke. Aku pny taste mmg lain dari org lain. Sekian.

May 8, 2011

Selamat Hari Ibu - macam biase

Hari ni macam biase dunia blogger, hari ibu, entry hari ibu, hari kekasih, entry hari kekasih. Tapi!!!
Aku ade baca blog yang tulis - aku tak sambut hari ibu sebab hari2 adalah hari ibu. 

Wah. Statement menarik yang membuatkan aku tertarik nk wat entry aku hari ni.

Cube anda bayangkan kalau anniversary kite, kite tak sambut, sebab hari2 pn kite syg bini kite. Tak ke merajuk bini kite??? Same la macam hari ibu. Memang la hari2 kite syg ibu kite, tapi kene appreciate 1 hari yg special. It's because it's mothers' day! Mak2 kite sume da expect, hari ni hari dia. Tetibe kite wat biase je. Sambil korek idong cakap kat mak kite 'ala mak, hari2 pn adalah hari ibu.' 

Betul ke hari2 kite layan mak kite dengan baik? So bile kite wat macam hari2 biase yg kite kuar umah salam cium tangan, pagi2 solat subuh mak kejutkan pastu kite tarik bantal tutup muke, mak suruh pegi kedai kite start moto terus pegi, dah cukup la hari2 adalah hari ibu? Yang dah kawen tu, call mak korang pn sebulan sekali. Pastu nak ckp hari2 adalah hari ibu. Boleh belah!

Ye aku tau hari2 kite kene syg ibu kita. Mmg syg . Tapi ape salahnye kite celebrate dia dengan special. Bawak pergi makan, bagi hadiah. Hari2 ke korg bagi hadiah? Hari2 ke korang bawak g makan? Asyik bawak bini sendiri je makan sedap2. Tibe balik kg..'mak nak makan air tangan mak'. Mintak makanan lagi kat mak ade la. Hm..

Eh kenapa aku emo? Haha. Sebab hari ni hari ibu.. n aku rase sume ibu deserve this day every year. 1 hari untuk menghargai mereka. Kalau korang ank yg baik, mmg hari2 akan layan dia dengan baik, itu bonus. Aku tau. Kalau aku baik ngan mak aku setiap hari ibu, mak aku akan ckp 'kan bagus kalau ank mak ni baik macam ni selalu'. So kite leh baiki diri kite, jadi baik macam tu selalu, so that bile tibe the next year punye mothers day, kite wat yg lagi baik dari yg kite wat sepanjang tahun ni. Dengan itu setiap tahun kite akan sentiase menjadi lebih baik untuk mak kite.

Ape yang aku cube sampai kan kat sini, hargai la ibu anda hari ini. Sebab dunia realiti, kite tak baik ngan ibu kite hari2. Aku berani kerat kuku la weiii kalau ade yg baik ngan ibu dia hari2. [alang2, kuku aku pn da panjang ni. hahahha]

\
Teka mane 1 mak aku. Aku pun konpius ni =,=

SELAMAT HARI IBU MAK!

Apr 30, 2011

Punca sebenar obesiti di Malaysia

Rata-rata rakyat malaysia da tau klau makan byk je gemok, makan mekdi gemok, makan kepsi gemok, sumenye makan. Makan tido makan tido pun gemok. Tapi korang tau ape punca sebenar-benarnye? Ha ce bace ce bace.

Obesiti sebab terlebih petrol. 

1. Family sllu ckp kite gemok, kite jadi stress, tahan lapar, mlm2 over lapar, mkn lagi byk dr biase.

2. Bile kite tak makan, mak ckp 'kamu ok. takyah diet2. makan je byk2. mkn lagi mkn lagi' sambil senduk kan nasi kat pinggan n tambah kan lauk ketam masak lemak. *mak aihhhh..menitik air liur!

3. Bile balik je kampung, nenek masak sekor ayam padahal kite balik sorg je. Dah la sedap, tak sampai hati lak nenek masak kite balik kadang2 tak mkn. 

4. Bile dating boifren ckp takpe, I terime U seadanya. U gemok pn lagi I syg. Terus kite ajk dia g Burger King. 

5. Asal dating je ade upacara mkn2. Time mkn la nk berckp2 berkasih syg kan. N dating lak tiap2 hari. Paham2 je la.


Tapi kan. Aku ade baca 1 e-book by Kevin Zahri, one of his advice utk diet, go get some love. Ha get some love! Bukan make love tau. Nk kene ketuk? Tak pecaye? 

Tension: Makan banyak
Sedih: Tak makan langsung
Happy: Makan berselera tapi kadang2 lupe makan sbb da kenyang sms

Lagi2 klau baru nk start bercinta. Baru nk dating. Seminggu nervous, seminggu perut memulas, seminggu tak leh makan, seminggu je da turun 4 kilo wei!!!!

Aku pn tak tau ape motif sebenar entry ni. Marilah kite menjaga pemakanan. Ramai rakyat Malaysia yg obesiti dan mengalami masalah kesihatan. Mari kite elakkan. Yeargh!! Let's get some love.

Apr 22, 2011

Kenape berbelog kalau tak suke menulis?

Ye aku tak suke menulis. Dari sekolah dulu penulisan aku teruk. Orang sakit otak je paham ape aku tulis. Sebab tu penulisan aku cam caca marba contohnye cite yang ni. Nasib baik kak diana tegur, kalau tak sampai bile2 aku tak tau orang takpaham ape aku tulis. Haha. Syok sendiri je aku kan. 

Tapi aku nak update gak aku punye blog, sebab klau takde blog sendiri, takbest la nak komen2 blog orang lain. Takkan nak jadi anon, tak glamer la kan. Ahahaha. Kalau bia je blog lame bersawang, nnt berhantu plak blog aku. So aku update bile2 aku rase terlintas idea [yang mane selalunye idea taknak melintas pun]. 

Ye..sebenarnye aku sangat suke baca blog orang..dulu balik2 bukak tenet je Fesbuk, ym, fesbuk, ym..cam takde input, takde life..balik2 status yang same je lalu kat wall aku..bosan dah. Bile ade blog best sikit. Nak2 plak blog yang panasklakaIslamic, and sengal .. leh release tension bile bace. Hilang bosan. Nak2 lak ade entry best camni. Petua hidup kat muka bumi pn ade. Takyah beli astro, kat blog pn macam2 adeeee. Cume kene pandai pilih la bahan bacaan kite. 

Jadi..mari la berblogging..wah pandai aku wat kata imbuhan tu kan..

Apr 18, 2011

Keluarga bahagia: Segmen Donald Duck & Daisy

Selalu dah kita dengar. Pembentukan sahsiah diri yang baik bermula dari rumah. [perghh. wath ke ni!] Baik keluarga kita, baik la diri kita. Sebabnye, walau teruk camne pun keadaan di luar rumah, kite tetap hepi sebab bile tension je kite balik umah. Life is s**ks kan. Manade orang takde problem. Sebab tu rumah tu penting jadi tempat lepas tension. 

Cube bayangkan.....

Donald kantoi ngan Daisy dia chat ngan pompuan lain.
 Daisy pun mengamuk. Tak dengar cakap orang lain, tak nak terima pendapat orang lain, terus tuduh. Sume sebab nampak kesan chat kat komp bilik tido dia.
Ok. Donald pun mengamuk. 
Tak pasal2 Donald tido luar bilik.
Semua sebab Donald tak mengaku dia chat ngan pompuan lain
tapi Daisy tak pecaye.

Ok. Masalah kat sini:
1. Betul ke Donald yang chat?
2. Kenapa Donald buat?. 
3. Kenapa Daisy tak bawak bincang dulu?
4. Kenapa leh jadi mende2 camni?
Paling penting
5. Kalau ade masalah settle kan je sendiri2. Tak kisah sape salah, tapi anak2 tak perlu tau. Membantutkan pemikiran anak2. Mempengaruhi emosi ank2. Gaduh sendiri2 dah la. Jangan tunjuk kat ank2.

Gambaran pompuan yang Donald chat



Kan ke bagus kalau Donald n Daisy saling sayang menyayangi, hormat menghormati. Takde jerit2. Takde marah2. Takde kutuk2. Takde hina2.



Kompem2 le ank2 pun sukeeeeeeeeeeeee je balik umah. Jangan marah ank2 kalau tak balik umah. Tapi cube Daisy ngan Donald pk balik kenapa diorg tak balik. Kalau dunia luar dah cukup teruk, jangan jadikan rumah pun tempat yang teruk. Sian anak2 takde tempat nak lepas tension. 










 Kalau still gak gaduh..aku bagi kat uncle ni.


Lu pikir la sendiri!!

Apr 15, 2011

Nape kau tanak solat Jumaat?

Hari ni aku nak membebel sikit. Aku tau aku pun bukan baik sangat. Tudung tak labuh sangat. Baju tak besar sangat. Solat pun tiap2 bulan tinggal. Heh~ Tapi aku nak membebel jugak. 

Kalau dah kat opis tu ade bangsa lain, lagi2 dia yang suke amek berat, campur perasa laser2 sikit, jaga2 la tingkah laku. Kalau korang tak kene, kitorg ni kene tempiasnye. 

Bile cakap pasal nombor ekor, korang pun main. Siap kongsi2 nombor dengan dia lagi. Lepas tu bila dia tanye kitorg, kitorg nak jawab ape?

Bile cakap pasal 'minum', korang celebrate pun korang minum, lepas tu bile ktorg cakap tak boleh, dia cakap 'korang pun minum maaa'. Kitorg nak jawab ape?

Bile cakap pasal hari Jumaat. Setiap hari korang kuar awl pegi lunch, tapi tibe hari Jumaat korang duduk senyap2 dalam bilik. Pukul 2stgh baru kuar g makan. Dia tanye kitorg nk jawab ape?

Mule2 boleh la aku cakap 'takpe, 3minggu berturut2 baru takleh.' Abes sekarang ni da berminggu2 berturut2, aku nak jawab ape?

Kita ni diperhatikan, digelakkan. Jaga2 perangai. Cukup2 la kita dipersendakan. Jangan marahkan dunia mempersendakan Islam kalau kita sendiri tak reti jaga diri. Renungan di hari Jumaat. Anggap je la sebagai ganti khutbah yang korang miss tadi.

Pesanan ringkas: Korang yang dimaksudkan disini adalah kamu2 yang makan cili. 

Apr 14, 2011

April oh April

Tolak tepi kawan2 yang lupe daratan

Tolak tepi tiket2 wayang yang aku tak dapat

Tolak tepi kawan yang dah sembunyikan diri



Selamat datang dua orang insan dalam dunia ni.

Muhammad Aqif bin Muhammad Taufik
31 Mar 2011

Dan

Muhammad Harith Hafiz bin Muhammad Hafizie
13 Apr 2011

Pesanan Mama Syada [untuk Aqif] n Mama Wath [untuk Harith]

Jangan nakal2. Jadi anak yang baik. Bukan senang mama tengok Umi n Mama kamu berdua masa mengandungkan kamu dulu. Semoga Aqif n Harith jadi anak yang soleh, yang sentiasa taat pada kedua orang tua kamu.

Congrates for Nana n Yanie. Tak sangke kawan2 aku yang aku kenal dari zaman berhingus dulu da beranak. Hehe. Yeay sy da jadi mama!! Kehkehkeh. Aunty cam tue sangat kan. Semoga korang jadi ibu2 yang berjaya :)



Apr 9, 2011

Sape lapar? Meh sini wat telur sendiri.

Sejak fenomena telur palsu ni, macam2 aku dengar tentang keburukan dia. Ye lah. Nama pun palsu kan. Tapi yang aku tertanye2 sangat, camne cara dia wat. Ha meh sini aku tunjuk.

Cekidaut!!

Senang je kan? Orang cina ni mmg terer bab2 barangan tiruan ni. Kalau korang dengar betul2 video dia, kat hujung2 tu dia ade sebut, mintak maaf bagi rakyat cina. Selagi ramai yang tak mampu kat negara diorg, selagi tu la diorg akan terus cipta mende2 murah camtu.

Up to u la nak amek yang murah ke yang mahal. Result tanggung sendiri okey!

Apr 8, 2011

kisah benar hari ini: Spongebob, Squidward dan Mr. Krab

Dari semalam Squidward buat muka dengan Spongebob. Sume sebab kantoi Spongebob bercerita kat Patrick pasal Squidward. Ini menjadikan suasana bekerja diKrusty Krab menjadi tegang.


Mr Krab yang perasan ketegangan situasi tersebut bertindak untuk menegur.

Spongebob, janganlah kamu tension2 di pagi Jumaat yang tenang di Bikini Bottom ni. Pergilah bermain dengan obor2 seperti yang selalu kamu lakukan untuk menghilangkan tekanan kamu.




Spongebob yang sedang tension tibe-tibe tersenyum.

Betul la En. Krab. Saya nak pergi main obor2. Terima kasih En Krab! Nasihat En. Krab sangat berguna.

Kamu berterima kasih untuk apa? Nasihat saya tadi berharga RM500.





Jaga kau nnt aku masak lemak cili padi







setengah jam kemudian..


Apr 5, 2011

Petua jadi mude sntiasa. Berkesan!

Ade orang klik pas baca tajuk tak? Hahaha. Nak jadi mude sangat ek. Meh sini baca petua aku. Kompem orang akan sentiasa cakap korang mude..

1. Bercinta.
Ni kira kategori cinta monyet la. Darjah 1 lagi da kene start. Aku tau budak2 zaman sekarang baru darjah 6 da bincang nama anak ngan bf korang kan? Haha. Aku tau. Aku da penah tanye sorang budak. Bangge je cite. Ceh. Malas aku nak ganggu perasaan korang ngan cerita2 lelaki buaya darat ni. Biase la. Budak lagi. Hidup penuh fantasi. Biase budak2 camni la..orang akan cakap

MUDA2 lagi da bercinta. Kan :)

2. Graduate
Ha. Kalau korang tak pk cinta dulu, belajar pandai2, dapat tahun lompat [tak tau sekarang ade lagi ke tak]. So korang leh la jimat setahun dua. Dari darjah 4 terus lompat darjah 6. Dulu kitorg ade tau. Pastu da jimat setahun tu, klau korang masuk matrik setahun, jimat lagi setahun. Tapi biasenye part matrik ni tak relevan sangat. Sbb klau dari diploma, korang akan banyak subjek leh skip, so jimat setahun gak. Tapi klau korang pandai leh skip2 ni, graduate umo 21 or 22 tahun memang power la. Ade aku kenal sorang budak UIA tu graduate umo 20 tahun. Fuh! Biase kes2 camni orang akan cakap

MUDA2 lagi da abes blaja. Kan :)

3. Kereta.
Dulu aku dapat 1st kete umo 22. Mude kan. Haha. Jangan pecaye. 22 ikut bulan. Ikut tahun 23. Kahkahkah. Ni la kelebihan lahir akhir tahun. Mude lame sket. Camni pun orang selalu cakap..

MUDA2 lagi da pkai kete. Heh :)

4. Nikah
Nikah ok. Kalau aku cakap kawen ramai pk bukan2. Umo 23 korang nikah, bercinta lama-lama pun wat tambah dosa je kan. Kompem orang2 akan cakap

MUDA2 lagi da berumah tangge. Yeay :)

5. Anak
Dapat anak secara haram or halal. Tak kisah. Yang penting umo 24 or 25 dah dapat anak. Haha. Jangan ikut yang tak elok k. Nanti korang da de anak, jiran2 akan cakap

MUDA2 lagi da ade anak. Kehkeh :)

6. Master/PhD
Ha kalau pas abes degree terus sambung Master 2 tahun, pastu PhD 1 tahun, umo 26 or 27 da leh dapat pangkat Dr. Mase tu sedara mara kat kampung sume bercerita

MUDA2 lagi da dapat jadi Dr. Wow :)

7. Gaji.
Kalau korang rajin sikit. Umo 30 da jadi kaya raya. Pangkat naik melambung2. Kalau pandai bodek lagi senang naik. Tambah plak muke cantik. Fuhhh..kawan2 opis pun cakap

MUDA2 lagi gaji da besar. Huh :)

8. Haji
Umo baru 35 da mampu pergi haji ngan suami, ngan anak2, siap leh blanje mak ayah lagi pergi sekali..Alhamdulillah. Rezeki murah..Nenek kite pun cakap

MUDA2 lagi dah dapat haji. Alhamdulillah :)

9. Nenek
Umo 40 nanti, anak da 17. Tibe2 dapat pulak cucu..lagi advance anak dia ni. Potong mak. Dalam hati mak nye

MUDA2 lagi aku da jadi nenek. Wuu :)

10. Mati
Baru 45 da meninggal. Tak pe. Orang lain time usia ni baru nk berjaya dalam hidup, baru nak kawen.Dia da capai satu peringkat menuju kehidupan di alam lain. Allah sayangkan kite bila dia cabut nyawa kita awal2 ni. Takde la makin banyak dosa yang kita buat. Hehe. Takkan nak tunggu tua baru nak wat amalan. Eh. Tue tu berapa umurnya? 50? 60? atau 70? Kire untung la ni

MUDA2 lagi da meninggal. Erk :)


Pengajaran yang aku nak sampaikan kat sini. Muda bukan pada usia. Tapi pada pencapaian kita pada sesuatu usia tu. Yang baik leh ikut, yang tak baik jangan le ikut. Renung2 kan. :D

Apr 4, 2011

Kadang-kadang yang pahit itu indah :)

Dalam hidup ni, macam - macam ujian yang kite kene lalui. Ape yang penting, cara kita lalui ujian tu. Sebelum ni aku ade bagitau kakNo disahkan mengandung, then aku bagitau dia masuk hosp. 2 hari kene tahan kat wad, 1 Apr hari tu kakNo da leh balik. Tapi doc cakap, baby dah tak de..


Seram tak. Huhu. *sumber dari pakcik Google


Baby dah takde?

Aku konpius. Kakno explain, doc cakap baby da berhenti membesar. Aku pun tak paham. Ade kene mengena ngan hormon. Tak tau la ape mendenye, tapi doc cakap nnt baby tu kuar sndri sbb kecik sangat lagi, takyah operate..dia akan kuar sekali ngan 'appointment bulanan perempuan'.

Actually hari tu kakNo masuk wad sbb kuar darah. Then kene tahan, tu yang doc check tu..n resultnye..takpe la. Belum ada rezeki. Mak pun tak berani tanye kakno lebih2, takut kakno sedih. Aku pun tak berani gak tanye2. Tapi aku tak tanye pn, kakNo cite dulu. Tau ape dia cakap?

'Baby aku da takde. Dia da stop membesar. Aku ni kire ok la baru lagi. Ade orang lain tu da 4 bulan, tibe-tibe baby stop membesar. Tau2 je da mati dalam kandungan. Lagi kesian.' 

Kakno lagi positif dari ape yang kitorg pk. Tu luaran. Dalaman dia aku tak tau..

Tapi itu la kakak saya :) 


(: I love to see the person I love to be loved by her love one :)

Mar 31, 2011

Doakan semuanya selamat..


Assalamualaikum semua..

Pagi ni masuk2 je opis, Wath dapat berita yang mengejutkan.

Kakak Wath akan di operate jap lagi. Kalau sape yang bace post sebelum ni, baru je Isnin hari tu kami di khabarkan dengan berita gembira..

Tapi Allah sedang menguji..

KakNo di tahan wad malam tadi. Tapi Sepul tak inform kat kitorg sebab dia ingat takde pape.

Tapi rupanya pagi ni doc cakap nak kene operate.

Serius.......


Ya Allah..kuat kan lah semangat Kakak ku..

Kawan2 doakan semuanya selamat ye..

Amin.

Ni yang aku malas nak blogwalking!!





Korang tau kul bape skarang?? Ikut jam laptop aku, 4.30 AM. Gile ape?? Esok keje weii. Ni sume blogwalking pny pasal. Dah la aku ni jenis kalau entry tu panjang berjela2 pun aku baca gak sampai abes. Kalau tak paham baca lagi 2 3 kali sampai paham. Mane tak lame. Haish. Pastu komen2 kadang2 tak kuar. Nak folo pn kadang2 tak kuar. Amende la broadband aku ni.

Fuh. Rasanye ni 1st time aku wat entry camni sejak blog aku di mainstreamkan. [Time underground dulu takyah cakap la].

Ok babai. Nak tido!







Pale ko wath! kalau ko tido sekarang kompem ko tak bangun g keje dah. <--- Eh pandai lak budak ni tak bagi aku tido. Ko nk tido ats katil aku kan!! Cakap je la!


Repeat scene

Ok babai! Nak basuh kain!! Pastu siap2 g keje terus. Jap tengok dapur ade mende leh wat brekpes tak.

Mau mak aku demam melihat kepelikan ank dia ni sok.


Mar 29, 2011

"segmen cikgu bertanya: best ke couple?"

Wah...1st time kene tag. Eksaited lebeh aku ni. Thanks incik Gagak sbb tag saye. Entry ni seperti tajuk di atas, segmen cikgu bertanya. Cikgu2 ni memang suke bertanye ye. Bukan cikgu ni kaunter pertanyaan murid2 ke. Kehkehkeh. Maap ye cikgu!

Klik le kalau nak berkenalan ngan cikgu. Hehe.


Ok sesi menjawab soalan plak.

1) kamu couple ke tak?
Tak cikgu. Mak ayah saya tak bagi =,=. <--ade orang percaye tak alasan ni?

2) kalau couple, ce citer sikit cam ne detik2 perkenalan...dan dah berapa lama couple? (pada yg single, citer sal org yg kamu suka )
Tapi cikgu, kalau saya cite pasal orang yang saya suke, nnt dia tau la saye suke dia..

Ok camni. Kenal melalui budak opis. Tuka2 fesbuk. Then g ke ym, g ke nset, tapi takde la rapat sangat.
Argh!! abes la org tau saye suke sape!! [dush3x]
Leh tak nak bagitau, saya suka dia sebab dia berterus terang cakap nak kawan je, tanak lebih2. <--- saya suka sebab dia jujur. Eh tak de tanye alasan ek??

pesanan untuk org kenal aku: jgn ckp ngan aku korang tau aku suke sape. wat bodo je. tau!
pesanan untuk org yg aku suke: kalau kau perasan, jangan perasan. orang tu bukan kau.

3) best ke couple?
Tak best. Nanti kene jeles, kene risau, kene wat report nak g memane......kene sedih. So tak best.......

4) pernah gaduh besar?
Tak. Hahaha. Camne nak gaduh. Kapel pn tak :D
Sebab tu best tak kapel. Sakit hati diam2 je..kehkeh

5) ape harapan korang pada gf/ bf ataupun bakal bf /gf korang?
Ntah. Takut nak mengharap. Rase macam suke dia tapi macam tanak kawen ngan dia sebab takut..
Adakah aku phobia cinta >.<      <--- sile abaikan. bunyik macam gedik. bongok

6) tag kawan2 korang (ikut la berapa orang pun)

boleh tak aku wat camni? nak tau dari perspektif bf n gf. :D

7) SILA TINGGALKAN LINK TU KAT KOMEN~
Baek!!!


Tahniah!!

Jari jemari wath pantas menekan key board. Semangat bekerja walaupun demam. Mood sangat baik selepas pulang dari planet Tioman. Tiba-tiba nset Wath berbunyi. Kakno call. Bibir wath menguntum senyum melihat nama kakak kesayangannya di skrin nset.

'Hello. Ade orang rindu saya ke??'

Wath bermadah. Tapi suara kakno tidak ceria seperti selalu. Suaranye seperti gusar dan konpius dan takut2 campur suke sikit2. Selepas bercerita dan meminta pendapat, wath macam biase memberi idea2 dan pendapatnye yang konpiden betul tu. Kakno bersetuju. Lantas berjanji akan menghubungi kembali untuk berita selanjutnya.

**********************

'Guess what?'

Wath konpius. Nak teka takut salah. Tapi wath try jugak

'bukan kot..' slow je suare wath

'ko ni tak terer la..sepul da tanye nak hadiah ape. hehe' kakno membalas sambil wat muncung [imaginasi berdasarkan nada suare] tapi terus tersenyum [pun imaginasi aku gak]

'betul ke? kompem? WARGHHHH!!!!!!!!!' wath baru dapat menangkap maksud kakno. Perbualan diteruskan sampai tak sedar da masuk asar. Badak je lepak lame2 dalam surau. Terus wath solat asar.

******************

On the way balik umah dari tempat keje, Wath dah tak leh sabar. Tangannya pantas mencapai handphone dan mendial nombor ayahnye.

'Yah, jangan pegi mana2. Dekdah ade benda nak bincang ngan sume.'

Ayah mule nervous. Celaru pk apekah bende Wath nk bagitau.

'ok. kamu balik cepat. Kalau lambat ayah keluar.' Bijak ayah nk ugut Wath kan. Heh~

Tapi wath lagi bijak

'ayah kuar dekdah tanak bagitau' hahaha.

Ayah mengalah. Terus ayah surrender. Nervous la tu.


***********

Wath berkejar turun dari kereta. Tak sabar untuk di khabarkan pada seluruh keluarganya. Tapi hatinya kecewa melihat mak sedang berbaring. Di sangka mak sedang tidur. Terus hilang semangat nak bercerita. Tapi ayah terus mendesak. Rupanya mak bukan tidur, tapi sedang berehat. Mak demam. Tak larat nak bangun.

'mak, mane sedap. Cik da ke mak ngah?'

Mak buat muke konpius. 'Untuk ape?' ujar mak

'panggilan dekdah la. ha mak nak panggil ape? nenek ke onni? Ayah? Atuk?'

Mak dan ayah masih blur. 'tu klau kakno ade baby boleh la..'

'sebab tu kite da kene pk' aku tersenyum.

Setelah puas berfikir2, mak tersenyum. 'Kakno da pregnant?'

'5 minggu mak. Baby dia da selamat snorkeling bersama2 kita dah mase kat tioman hari tu :) '

Mak terus capai nset dan mendial no kakno. Berjela2 mak nasihatkan kakno itu ini. Hehe. Lepas letak nset, mak terus masuk bilik air basuh kain. Wah. mane hilang demam tadi mak? Tak putus2 mak ucapkan Alhamdulillah..

Tahniah kakno! Selepas setahun lebih penantian. Maafkan aku kalau aku agak eksaited. 1st time nak jadi makcik, 1st time nak terima ahli baru.. membe2 ade gak nasihat, jgn over eksaited. Ok. Saye paham. Thanks sume :)


Mar 28, 2011

Petua menghadapi orang gile

Orang selalu cakap, hidup ni kene positif. Baru la orang2 sekeliling suka kat kita. Even dalam dunia blogging pun orang selalu cakap, tulis yang positif, sebab tulisan kite mencerminkan diri kita. Tapi kadang2 sangat susah nak jadi positif bile hidup dikelilingi orang negatif yang membuatkan kita naik darah lalu menjadi negatif. [korang paham ke ape aku nk sampaikan ni?]

So kat sini aku kemukakan beberapa idea camne nak menghadapi aura negatif orang lain untuk mengekalkan aura positif kita.


Situasi 1
Bos suruh kita call supplier untuk hantar barang. Tapi supplier cakap kene tunggu bos dia balik dari bercuti. Bos kita plak mula gelabah dan start call kita setiap 2minit untuk bertanya ape cite supplier tu walaupun kita dah bagitau yang dia takleh wat ape2 sebab kene tunggu bos dia balik.

Cara menghadapi
Call bos setiap setengah min lepas tu ckp kuat2 'kau gila!'


Situasi 2
Opis mate kuat ngumpat. Aku rasa setiap opis ade makhluk macam ni. Setiap pagi petang siang malam ade je cerita tentang senah joyah dan tipah yang nak diceritakan. Bile kita cakap kita sibuk untuk dengar cerita dia, dia leh maki kita pulak cakap perangai kite sama dengan meon belakang umah dia.

Cara menghadapi
Korang pegi kat depan dia, fokus pada mulutnya yang terkumat kamit tu, then hembus nafas kuat2 menggunakan mulut korang bagi berkongsi aura positif korang kat dia.


Situasi 3
Budak sebelah meje selalu tanye keje korang yg bukan keje dia. Penah tak jumpe orang macam ni? Kalau dia tanye sebab dia nak tolong or dia amek berat takpe. Ni tanye pastu cakap bende2 tak elok yang menjatuhkan semangat korang untuk bekerja, in the end dia ckp 'aku tanak masuk campur' padahal dia yang sibuk2 tanye2 keje korang da sampai level mane.

Cara menghadapi
pandang muke dia lame2, lepas tu jerit kuat2 'kau bangang'

Tahniah untuk diri sendiri :D

Lame aku tak post kan.
Aku baru balik ke bumi.
Khamis mlm jumaat hari tu gerak g planet Tioman.
Jangan kan nak post, nak blogwalking pun tak sempat.

Haish.





Tengah malam tadi baru selamat kembali ke bumi.
Demam




Tapi tadi dapat good news
Eksaited





So tunggu la next post ye
[macam ade org nak tunggu. hoho]


Mar 23, 2011

Ron 95 nk naik lagi?

Pagi tadi korang dengar radio tak? Kerajaan tak leh janji hg Ron 95 akn kekal dengan harga sekarang. Sebabnye, Libya yang ngah tak stabil tu salah satu pengeluar terbesar minyak. So ade effect kat hg minyak.

Beb. Aku bekerja di PJ, di mana jalan2 menuju ke sana amat lah pelik kalau lapang di pagi hari. Begitu juga di petang hari. Sekarang ni aku da fedup nk tengok bar minyak aku turun ketika tayar kereta aku tak berpusing pun. Even sekarang aku suke lepak opis sampai malam semata-mata nak tunggu jalan lapang dalam area kul 9 camtu. N now ade kebarangkalian untuk harga minyak naik lagi?? Harap2 tak la ye. Sebab kalau ye..

Aku nak naik moto balik lepas ni. Leh kuruskan badan gak ape. Kan.

Mar 19, 2011

Antara malu dan takut, mane korang pilih?

Aku ade satu kisah....pelik.....ke? [ayt tak yakin]

Eh. Dua sebenarnye..

Kisah 1.

Dulu aku study kat matrik kedah. Mase tu tahun 2004. Mase tu kolej matrikulasi tu paling bongsu. Kolej matrikulasi paling baru. Aku punye block sebelah blok budak laki. Mmg dekat gile. Pemisah kitorg lorong kecik yg muat 1 kete lalu je. Block aku tak rmai org sbb kolej baru kan. Blok aku ade 3 tingkat. Aku dok tingkat 2. Eh aku tak ingt. 2 ke 3 ntah. Tingkat 1 kosong. 1 floor tu kosong. Sebab tak cukup student. Diorg cakap masa batch sebelum kitorg, pihak pengurusan kosongkan aras 3. Tapi jadi berhantu sebab takde org naik langsung. Bile dia kosongkan aras 1, at least ktorg kne lalu gak la aras tu. Takde la tak berusik langsung. Nak dijadikan cerita, malam2 ade discussion kat bilik tutor. Wajib. Bile balik, setiap kali lalu aras 1 ktorg mesti lari. Tapi ade sorang membe aku ni. Walaupun dia da tertinggal sorg2, dia takkan lari. Sebab dia malu lari2 ni. Betul gak tu. Time lari tu kompem la terselak kain tu tinggi2 kan [budak baik g discussion pkai baju kurung]. Aku tanye, ko tak takut ke? Dia jawab takut. Peliknye =,=

Klau korg..korg lari tak?

Kisah 2.

Klik utk imej lebih jelas. Sori tak cantik. Bersungguh2 aku lukis bagi korang paham =,=

Ni pun aku pelik. Kisah ni jadi mase aku form 3. Mase tu dok asrama. Kat tepi asrama kitorg (p) ade meje bulat tempat lepak ptg2 minum teh. Mase tu ngah kecoh ade dak nampak askar jepun berkawad kat dataran. Ade satu malam tu blackout. So ktorg takde la dok dalam dorm. Sume lepak kat luar. Dak2 laki siap standby  rmai2 nk tengok askar jepun berkawad. Cari penyakit tul diorg ni. Ktorg mase tu ngah lepak kat meje tepi tu. Time tu awl lagi. Dalam kul 10 camtu. Ngah rancak sembang2 tu, tibe2 sume org senyap. Tibe2 je. Then tibe2 gak sume org seram. And tibe2 gak sume org lari ke arah tangge naik masuk dorm masing2. KECUALI sorg membe aku ni. Dia punya takut sampai dia terdiam sorg2 kat kerusi tu. Dia tunduk je. Tak angkt2 muke. Aku ngan yang lain2 dah lari, tapi bile aku tengok dia tak lari, aku patah balik ngan sorg membe aku. G dekat dia pelan2. Nak sapa takut, nk bia tak sampai aku. Aku pun dah nk dekat tu ckp..'fareh, jom la naik..' 
Dia diam je weh. Aku g kat dia. Aku tarik tangan dia. Then dia ikut wlaupun tak cakap pape. Tapi dia tak lari. Dia jalan slow2 je. Gile seram aku time tu. Betul ke aku tarik membe aku ni. 

Sok nye aku tanye nape dia tak lari, dia ckp dia takut sangat. Peliknye org takut tapi tak lari =,='

And dak2 laki yang stay up nak tgk jepun berkawad tu tak nampak pn jepunnye. Apelah..




Ok aku tau cite ni takde antu. Aku bukan nk cite antu, nk cite pasal takut je. Hahaha. Hm..kalau korang takut lak, ape korang wat?

Mar 18, 2011

Don't judge a book by it's cover

Ade membe aku cakap, klau dia nak judge gak buku tu based on cover dia, sape nk halang kan. 

Ye betul. Tapi quote tu ckp 'don't' bermaksud 'jangan', bukan 'tak boleh'. Memang korang leh judge buku tu, tapi betul ke judgement korang based on kulit dia je? Kalau korang baca dulu, kan korang lebih paham untuk menilai?


YOU CAN STAND OUTSIDE AND JUDGE ME

OR

YOU CAN COME INSIDE AND GET TO KNOW ME


Pernah tak korang rase bengang, tibe2 ade sorg membe yang korang tak rapat pun ngan dia, yang korang baru kenal, tibe2 cakap

 'aku kenal sangat ko ni. Ko jgn la camni..bla bla bla..ko kne camni..bla bla bla..'
 tibe2 bagi nasihat yang rasanye takde kene mengene pn ngan korang.

Padahal sumber dia status kat fb n shout out kat ym je or tambah2 sket kata2 dari kawan korang. Sumber dia pun bukan kawan rapat korang. Kawan biase je. Main point aku nak cakap, ape perasaan korang bile orang luar datang dan cakap yang dia lagi kenal korang dari korg kenal diri korang sendiri? Kalau dia memang rapat tak pe. Dia memang da selalu ngan korang, da paham sangat ape yang korang akan wat bile marah, bile sedih, bile hepi. Ni tak.  Baru je ym seminggu, bile jumpe da cakap camtu. Apekah?

Aku senyum je dengar nasihat dia yang aku tak tau tuju kat sapa sebenarnye tu.

Ok aku bagi contoh la. Kang orang pk aku bodoh sombong lak, orang nasihat tanak dengar.

Cth: A cakap ngan B,
A: awk takleh tunjuk sangat klau awk suke kat seseorang tu. Lelaki ni klau tau pompuan tu syg sgt kat dia, nnt ego dia naik melambung. Sy tau awk ni senang jatuh cinta.

B: Sape cakap saye senang jatuh cinta??

A: Saye leh nampak. Awk tak pandai menipu. 

B: senyum. [dalam hati..apekahhh mamat ni?? aku takde perasaan kat sape2 pn. apsal dia lak tau aku da jatuh cinta?? aku yang rasa, aku tau la!]

Hm..korang penah rase ke ape aku rase ni? ke aku sorg je rase camni?

Aku sedih lately. That's y aku jarang update. Tapi aku rajin BW tau. Peace :)

Mar 17, 2011

Saye sangat terharu.. :'-)

Pagi tadi bukak2 je blog, eh pesal banyak sangat komen ni?

Bukak2 je komen, kay are promote aku?

Tibe2 terkejut. Eh followers aku bertambah??

Sangat teruja. Sangat terharu. Sangat touching.

thanks! thanks! thanks!

Terima kasih incik Kay Are sebab tolong promote blog saya. Tak penah terpk akan ade org tolong promote camni. Segan =,=' . Selama ni mmg aku rase blog aku tak best. Sebab tu aku tak penah promote pn entry aku. Dan terima kasih jgk readers aku sebelum2 ni. Walaupun sikit, tapi rajin baca n komen2 kat blog aku yang tak best ni terutama incik gagak and awek jhowo  ni.

Thanks jugak kat sume yg sudi follow blog saya yang tak seberapa ni. InsyaAllah dengan sokongan anda akan mantop le sikit lagi. Best dapat kawan baru..kannn.



Berusaha!



Best kan berbelog ni. Leh dapat ramai kawan :D


Actually post ni da ditaip dari pagi tapi tak settle2 sbb byk sangat gangguan.