Jun 9, 2011

pertama kali

7 tahun lepas, aku ingat lagi kejadian tu..

Syahad, Fareh dan Rina yang sedang bercuti panjang kerana baru saja tamat SPM melangkahkan kaki penuh gaya kerana bangga sudah tamat sekolah menengah. Terasa seperti mahu semua orang tahu yang mereka akan melangkah masuk alam dewasa. Tidak perlu berpakaian seragam lagi. Tidak perlu memikul beg galas yang penuh dengan buku teks. Tidak perlu menghadap HEP kerana keluar asrama tanpa kebenaran. Sekarang mereka bebas. Dengan penuh yakin, mereka melangkahkan kaki di pekan kecil di mana mereka pernah berpakaian seragam asrama untuk ke situ. Kali ini berbeza. Masing2 dengan pakaian biasa yang dirasakan cukup bergaya. Heh~

Setelah berbincang, mereka membuat keputusan untuk makan di KFC. Baru lah maju kan. Kata da dewasa. Takkan mahu makan nasi berlauk di kedai biasa. Terasa seperti makan di dewan makan pula. Mereka pun melangkah girang menuju ke KFC.

Setiba di kaunter, Syahad dan Fareh berpandangan. Lantas berbisik sesama sendiri.

'Eh, kau tau ke nk order ape?'

Syahad geleng. 

Selama ni pergi ke KFC dengan mak ayah. Itu pun di suruh tunggu di meje sahaja kerana risau ank meminta yang bukan2. Jadi manalah tau nak order apa.

'Bagi Zinger burger ye'

ini Zinger burger


Rina bersuara yakin.

Syahad dan Fareh berpandangan. Kagum. 

'Kitorg pun sama la'

Syahad dan Fareh meng-kontrol malu.

Tetapi Zinger burger hanya ada 1. Jadi Rina lah yang dapat. Cashier meletakkan nombor di atas dulang dan memberitahu yang lagi 2 Zinger akan di hantar kemudian. Mereka pun melangkah mencari tempat duduk di bahagian atas. Boleh lihat ke bawah tanpa org luar memerhatikan mereka. Baru lah privacy nak bercerita kisah2 hot.

Sedang rancak bercerita, seorang pekerja KFC datang membawa 2 biji burger. Rajasegaran. Itu nama yang tertulis di tag namanya. 

'Betul?' Rajasegaran mahu memastikan.

Setelah mengangguk tanda pasti burger itu milik mereka, pekerja itu melangkah pergi. Namun setelah pembungkus di buka, Syahad dan Fareh berpandangan. Hairan kerana burger Rina lebih besar dari mereka. Kerana tidak berpuas hati. Syahad dan Fareh memanggil semula Rajasegaran yang kebetulan lalu di situ. 

ini Colonel burger


'kenapa burger kami tak sama dengan burger dia?' Fareh tunjuk ke arah burger Rina.

Rajasegaran melihat resit, dan membalas.

'ini Zinger burger. Masa saya tanye tadi, kamu ckp betul yang sy tunjuk tu. Itu Colonel burger. Packagingnye sndri dah lain. Kenapa tak bagitau sebelum bukak' Rajasegaran menjawab dengan muke budak-ni-tak-penah-mkn-KFC-ke-=,=' tetapi dengan penuh sopan meng-offer diri untuk menukar kepada Zinger burger.

ini pulak Colonel burger dalam bungkusan

dan ini baru la Zinger burger punye bungkusan ye dik


Rina tak perasan rupenye Syahad n Fareh order burger yang sama dengan dia. Kalau tak, awl2 lagi Rina dah tolong tegurkan. Hehe~

Lain kali nk belagak tu pastikan ade ilmu. Jgn main serbu je. Hehe~ Ni la kenangan SyaFarIna 1st time makan KFC bersama. Sampai hari ini kami masih bersahabat. Baru2 ni Rina ada ym aku tanye kalau nk makan Kenny Rogers camne nk order. Makanan yg mane yg ok. Kompem la aku jawab ayam quarter dengan sos BBQ. Sllrrrppppp. Side dishes tu leh pilih ikt suke. Heh~ Kenangan tul.. Haha.

8 684 org tengah mintak lolipop:

Unknown said...

hehhe...
masa sekolah gitu akak pun malu2 nak oder kalau masuk kat restoran2 gini..
cakap pun bisik2..
macam ada buat benda haram pulak..
waakakak

Unknown said...

hahaha. tu la.tengok dak2 sekarang, mende2 camni setakat mknn tghri diorg je. da tak heran da.

qasehraihan said...

ni makanan ruji rakyat mesia skang..hehehe

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/06/boikot-je-la-konsert-final-af-tu.html

Solihin Zubir said...

1st time mkn KFC? heheh...
sy pun jrg sebenarnya nk mkn kt kdai fastfood ni..

salu membe je yg ajak.. sblum ni jakun jugak.. heheh..

James Alexander said...

hehehe...


kelakar...


ok... dulu sy pon cmtu...


damn... malu...

kay_are said...

lain kali taktau rajin2 bertanye.. ni nak berlagak macam tau tu sebab dapat malu free camtu.. lawak2..

Fendy TZM said...

Bro suka Zinger Burger dari Colonel Burger.. Nyum nyum..

Cikya said...

haha..
Teringat masa 1st time makan kenny rogers.
Masuk dgn member buat muka confident. Member pom sama je tak pernah makan kat situ.
Puas tilik menu dan order. Hujung cerita, member yg dah biasa makan kenny sampai, jadi sempat berguru cane nak bayar..
Hahaha. Kelakar pulak bila tulis..