Rajin lak aku update hari ni. Sebenarnye da lame terpk, tapi baru hari ni teringt nk update pasal ni. Tapi post aku ni mungkin menyentuh sensitiviti sesetengah [or majoriti ] pihak. Tapi ni pendapat aku je la kan.
Aku nak cite pasal budaya kat fb aku sekarang. Ni antara kawan2 kat fb aku la. Kat fb org lain aku tak tau ape trend nye. Mungkin bagi budak2 sebaya aku, yg da layak berkeluarga ni, da timbul la rasa2 keinsafan kot. Untuk level2 budak2 yang baru kenal fb, mesti la baru nk belajar2 berkenalan, berchenta2 kan. Ok aku teruskan, trend kawan2 kat fb aku sekarang, sume ske nk bagi note berantai pasal kisah2 bercinta selepas nikah. Lepas tu note2 tu plak memberitahu pasal bahawasanya tiada istilah bercinta sebelum nikah dalam Islam. Islam tidak mengiktiraf apa2 hubungan seperti itu. Kite je yang pandai2 iktiraf name hubungan tu "kapel". Maklum la nak nikah takde duit lagi, nak bertunang, blaja lagi, mak da pesan jangan gatal2 nak bertunang. So nk reserve dulu, kite pakai la istilah kapel kan. Betul tak? Padahal da terang2 dalam Islam mende tu salah.
Aku tau aku pun bukan baik sangat. Macam la aku tak penah kapel kan. Macam la aku tak penah wat salah. Dah trend org zaman sekarang, takkan la nk main tibai je sesape yang masuk minang kan? Ntah per***l mane ntah, perompak mane ntah yang mak ayah kite berkenan sangat nak jodohkan tu kan. Sebab tu kene kapel dulu. Lagi pun mane la tau kan tetibe da kawen, tak berkenan lak. Rupenye mamat ni pas makan ske sendawa kuat2 sambil usap2 perut. Iskk. Tak senonohnye! Sebab tu kne try dulu kan. Klau tak sesuai kite breakup je. Cari lain. Sampai la kita jumpe yang betul2 berkenan.
Err. Ade ye dalam Islam aja sume ni?
Ok fine. Aku tau susah nak cari lelaki baik yang memang taknak bercinta sebelum nikah. Tapi sebab budaya camni lah masyarakat kita makin lama makin teruk. Kan best klau macam dulu2. Agak berkenan je g pinang terus. Takyah kapel2. Sebab tu pompuan zaman dulu kne blaja masak pandai2. Umah mesti kemas je. Kalau tak nanti takde sape nk masuk minang. Laki plak kne pandai jadi imam. Klau tak nanti mase meminang, bakal bapak mertua try suh bace doa qunut, baru la nak garu kepala. Camne keluarga pihak perempuan nak terima pinangan? Tapi takpe..zaman sekarang dah tak penting. Yang penting kau cantik. kau hensem, kau ada degree. Takde diploma pun takpe, janji keje government, terjamin sket klau anak bini kau sakit. Takleh jadi imam? Takpe..awek terima seadanye. Pompuan pun tak pandai masak takpe, laki kaye leh makan luar hari2. Kan?
Korang marah aku ke? Jangan la..
Aku cume nak cakap, tindakan biarlah seiring pemikiran. Jangan lah like cerita2 macam tu, kisah2 macam tu, tapi dalam masa yang sama korg tak ambil iktibar pn. Bersepah2 aku tengok post2 iLuvIslam macam ni kat fb aku. Berebut2 kawan2 aku post. Tapi same je. Tak de ape yang berubah pn. Aku bercakap bukan untuk korang je, main point aku nak ingatkan diri sendiri sebenarnye. Bersama kita renung2 kan.
Harap maaf kepada sesiapa yang terasa. Sekian. Aku sendiri pun terasa. Aku mengaku. hu~
8 684 org tengah mintak lolipop:
sebenarnya agak betul. memang kalau boleh nak jugak buat mcm tu. bercinta lepas nikah. tp kita ni sebagai pompuan kalau boleh nak nikah sekali seumur hidup.lain lah lelaki kan. Kalau tak suka boleh kahwin lg 3 in a row.
Maka aku juga rasa adalah perlu utk mengenali dulu siapa yg kita nak jadikan bakal suami. mengenali tak semestinya menterlanjurkan diri dengan dia. =B
Kalau perempuan tak pandai masak. Laki kaye memang la 'makan luar' hari-hari. hehehe..
Ape pun, bukan tak blh nak bercinte sebelum kahwin. tapi kene lah pandai kawal dugaan nafsu. Berpasangan ni, wujud pun dari nafsu. kan? kan? koh3..
(^____^)
salam
hidup ini bukan semudah yang kita fikirkan. setiap apa yang kita miliki pasti akan teruji..
jarang2 dah bukak fb,, tapi memang setuju r dengan entri ni.. orang zaman sekarang pandai nasihat je.. jangan itu r, jangan ini r.. tapi sedar x sedar dorang wat gak bende yang same kan.. so senang cite.. jage diri sendiri dulu r dari sebok pk hal orang len kan =)
nak kenal hati budi sebelum nikah tu boleh..
tp jgn 'test drive' sblum nikah plak.. heheh..
xde entri baru lak kat sini.. rajin2 menulis lagi ye nanti? =)
tkpe,ada benar gak entry ni..tkde guna nak publish sni sana,kalu kita tak sdr2 diri gak...'org dulu2 tak kapel pun,tapi lagi bhgia pun,..org skg ni lagi kuat cerai berai..ermmmm
follow sni,dtg bri blog kayare..jgn ptus asa,sy pun baru berblog rasa mcm tu..lama2 ok,blog anda ni bgus,cntik so insyaallah akan bnyak org akan dtg..insyaalah.
*cuma rasanya tak perlu la word vertifacation tu,akan membuatkn org mls nak komen..skdr pndgan.
woah..pon entri yg baik..mmg jelas kita tgk kat FB kapel tu haram..pd masa yg same dia tayang gambar boifrend dia. haha..pelik2...katakan kalo buat seseuatu yg dilarang agama sekalipon, diam2 je. tak payah bgtau kat orang lain dah la..kalo tak, secara tak langsung kita membuka aib sendiri sbnrnya..
Post a Comment