Dec 18, 2010

Saya akan terus ingat kamu

18 Dec 2010, Sabtu..

Masa aku kat SAMSES, ade sorang budak kelas aku ni, nakal, kuat tido dalam kelas. Bile ustazah masuk, budak2 selalu tanak kejut dia, sume bangun bagi salam, tapi dia sorg je tido. Bile dia bangun terpisat2 sambil kesat air liur basi dia, sume org gelakkan dia. Sekarang da abes sekolah, bile jumpe balik lepak sama2, time dia bercerita kenangan2 kat sekolah wat orang ketawa terbahak2. Dia memang klaka..aku bukan rapat ngan dia, tapi 1st time dok sembang sama dah rasa kitorg cam mmg kawan rapat dari kecik. Bila dia tengok kereta aku, dia leh bagi pendapat ikut mana yang dia rasa terbaik, ikhlas. Aku suka dia. Jujur aku cakap. Dia la arwah Roslizan.

Aku baru je balik dari Batang Kali. Takziah buat keluarga arwah Roslizan, kawan SAMSES aku. Dia baru je meninggal pagi tadi sebab eksiden, otw nak g memancing. Cam tak caye. Rase baru je aku jumpe dia kat menara rebung tpt keje dia, sembang2 sbb lama tak jumpe. Time tu aku nak byr bil tepon. Then kadang2 chat ngan dia kat fesbuk n ym, dia mintak tolong tanye kn sape nk sport rim dia. Tu lum bual2 kosong, aku tanye pasal kedai skirting n tinted yang sampai hari ni aku tak wat ape pun. Aku rindu dia. Sebak tengok mak dia menangis..

Masa otw balik tadi, aku terpikir, camne la dia malam ni..dok sorang2 kat kubur. Mesti dia tengah jumpe malaikat Mungkar Nangkir, yang ngah soal siasat dia. Takutnye. Mampukah dia jawab. Aku doakan yang terbaik untuk dia. Dia pun manusia macam kita semua, yang tak lari dari wat kesalahan. Mesti dia da lalui macam ape yang tertulis dalam Al-Qur'an, N mesti dia terpk,

'kalau lah aku boleh bertahu semua kawan2 aku, bahawasanya siksa kubur itu benar, bersedialah, jangan asyik mengejar dunia, sebab mati itu pasti, hidup, insyaAllah.'

Mulai hari ini, dan hari2 selepas ni, dia da takde peluang beribadah, dia lebih dulu melangkah ke alam baru, tinggal lah kami kawan2 dia yang terus hidup dan hanyut dalam arus kemodenan, sampai konpius yang mana betul yang mana salah. Sedangkan dalam Islam dah tunjuk yang mana hitam dan yang mana putih, tapi kita jadi kan dia kelabu, agar kite boleh menumpang hitam, atas nama putih. Nau'zubillah. Kadang2 aku rasa nak berubah, tapi aku selalu leka. Maafkan aku Allah. Aku takut dengan siksa Mu.

Sesungguhnya, dunia itu tak boleh di bawa ke sana, tapi kite selalu jugak kejar dunia. Aku tak nak lagi dah. Doakan aku berjaya. Amin.

2 684 org tengah mintak lolipop:

Aen de c0ol said...

Innalillah..ni mbe yg ko cte dlu 2 ek?wlupn bkn kwn aq,tp tkilan gak..kdg2 org yg dkt ng kte pn blh mninggal.kte ble la kn?mati 2 pasti..

Unknown said...

Yup..mati itu pasti. Takut sebab tak cukup amalan, tapi terus jugak terleka..