Blog. Macam2 orang tulis kat blog neh. Aku da wat blog ni, dari masa aku kat u lagi. Time tu final year. Masa tu aku ngah ade hyper-problem ngan ex-BF-yang-da-nak-bertunang-da-pun-ngan-orang-lain-bulan-12-ni. Ok, ini kisah 2000 tahun lampau. So take a deep breath. Nobody's hurt anymore okey. Aku cume nak cite pasal asal usul blog aku je. Blog yang 1st aku tengok, blog cik yaya yang mana hubungan kami adalah komplikated. Hikhik. Blog dia best. Ayat dia sikit tapi meaningfull..n honestly aku mane la reti tulis camtu. Takde orang kot yang leh wat cam dia. Tapi kat situ aku nampak, blog ni ade tarikh, masa, leh letak2 gamba, leh tulis2. So aku wat cam diary. Aku tulis sume yang aku sakit hati pasal bf aku time tuh. Gile2 sumpah seranah la. Bile membe aku tanye, aku cakap saya takde blog. Sebabnye aku cume nak ngumpat laki aku je, tapi tanak orang lain tau.
Then lame tak update sebab da ala2 bahagia. Beberapa ratus tahun kemudian, bf pn da takde, aku pun start pandai blogwalking. Blaja dari blog khai, kawan baik adik aku. Tiba-tiba semangat untuk berblog aku datang. Aku delete balik sume yang aku tulis dulu, aku tuka template, aku tengok pape yang aku leh wat. Pastu aku start tulis macam manusia normal lain. Takde la aku nak emo2 kat blog sebab kang orang muntah plak kalau baca. But yet, aku tulis aktiviti harian aku gak.
Then aku discover 1 blog neh, dia tulis petanda orang takde idea tulis blog. One of the thing, bile kite g kedai beli Dynamo, then cite n post gamba Dynamo tu. Got it? Ok fine blog dia best, takde cite pasal aktiviti harian dia, banyak pasal bagaimana menjadi bla bla bla.., petanda bla bla bla.., apa yang orang lakukan bile bla bla bla.., dia memang banyak idea n follower. Sejak tu aku down. Aku tak tau ape motip aku tulis blog. Aku pn slow balik. Tapi aku create lagi 1 blog, Stories I Wouldn't Tell. Da aku tanak cite, kompem la aku tak publishkan. Hehe. Tu pun selepas aku discover camne nak private kan blog tu. Dalam tu la tempat aku maki segala jenis orang, aku cerita segala jenis masalah dan aku berterus terang tanpa konspirasi jahat menipu diri sendiri. So blog asal pun menyepi..
Tapi aku blogwalking jauh lagi..aku jumpe blog ni, follower dia beribu-ribu, lagi banyak dari blog mamat yang mendownkn aku tadi. Cite dia takde la cam mamat tadi, but then aku rasa sebab susunan ayat dia, kesinambungan cite dia, wat orang terus rasa nak baca, nak tau..dia ni pn aku kenal dari kawan aku ni yang banyak membantu di awal aku start blog lik. Kawan aku ni takyah cakap la, mmg blog dia klaka abes.
So kesimpulan pas sume yang aku membebel panjang2 ni, blog la ikut sukahati korang. Jangan ikut orang lain. Yang penting pandai buat ayat yang menarik orang untuk meneruskan membaca. Tak macam aku ni -_-'
Keep it up!
Err..aku rasa ade part yang aku tipu. Takpela. Some secret is best remains secret. :)
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
0 684 org tengah mintak lolipop:
Post a Comment