Jul 29, 2010

Perkara yang tak patut dilakukan kepada orang yang baru breakup

Oleh sebab ni post aku yang ke - 100, so special sket aku nak merapu. Haha

Kalau ade kawan2 korang or adik beradik or family korang yang baru breakup, bagi la support kepada mereka. Sekurang2 nye anda boleh menaikkan semangat diorang disamping mengurangkan kadar bunuh diri kat Malaysia ni. [tinggi ke kadar nye? takpe la. janji leh kurang lagi]




1. Jangan mention name ex mereka.

Beware. Tak kisah la memain ke, tak sengaje ke, elakkan. Sebab anda akan wat orang tu menyampah jika anda sedang wat lawak sebab memang tak lawak pn. Atau anda akan wat orang tu sedih kalau dia still angau kat ex dia. Atau mungkin juga anda wat dia rase anda tak peduli tentang dia kerana anda tak sensitif tentang situasi dia, terutama jika anda adalah seorang yang rapat dengannye. So elakkan.




2. Jangan layan dia macam dia yang rugi

Got what I mean? Contoh ayat:

'Sian ko. Sabar la'

Nampak? Nape nak kesian kat dia plak. Bukan ke si ex dia yang patut di kesiankan. Ex dia yang rugi sebab tak dapat dia. Ex dia yang tak reti menilai dia. Dengan care itu, secare automatiknye kite menaikkan semangat dia. Dia bukan loser utk di kesiankan. Tak bernilai pn air mate utk ex dia. SO make it worth for them.




3. If dia nak cerita, dengar dan sokong

Tak kisah la dia nak cerita pasal ape pun. Dengar. Kalau dia bercerita dengan anda, itu bermakna dia percayakan anda. Jika anda tidak mahu dengar (tak kisah la sebab ape pun), dia berkemungkinan akan jadi lebih stress. Mungkin anda tak mahu dengar dia bercerita dengan alasan anda tak mahu dia ingat tentang ex dia, tapi dia akn lebih tertekan kerana tiada tempat untuk meluahkan kemarahan, kebencian n bermacam2 ke...an lagi. Ketika ini, dia betul2 perlukan tempat luah perasaan. n lagi bagus jika anda sokong dia.

4. Jangan menangkan ex dia.

Mungkin ada kebaikan ex dia. Tetapi adalah lebih baik di diamkan sahaja kerana ini akan membuat kan si dia lebih tertekan memikirkan 'kerugian kerana kehilangan ex nye yang ada kelebihan itu'. Begitu juga di FB, YM, dsb. Jangan la kite melayan ex dia pulak. Nanti rase cam mengkhianati dia walaupun tu sebenarnye kebebasan berkawan. Consider la sket, at least sampai dia pulih.



5. Cuba ikut kan kehendak dia

Yang tak melampau, ikut kan je. Nak ajk tengok wayang, pegi. Nak ajk g jejalan, pegi. Kang dia sunyi, kesian dia. Benda ni memang la tak de balasan..tapi sekurang2nye kite membantu org yang kite sayang. Kalau takde kite, sape lagi. Mungkin hari ni hari dia, esok lusa sape tau hari kite?

p/s: renung2kan..dan. selamat beramal :)

Sherlock Holmes & Jennifer's Body

Malam tadi adalah malam rabu, malam sepatutnye tengok wayang. Da lame gile tak tngok wayang. Tapi sebab dilanda kemalasan malam tadi, so aku pn lepak layan movie dalam external aku je. Aku ingt lagi, Jennifer's body tu nak tgok kat wayang, tapi membe aku Yani takut tengok cite antu. So tak tengok. Haha.

**************************************************************

SHERLOCK HOLMES

Cite pasal Sherlock Holmes yang kacak, selalu wat experiment untuk buktikan penyisatan dia. Anjing diorang ( Holmes n Dr ) selalu jadi bahan experiment. Aku suke tul kat Dr tu. Da la kacak, waras. Haha. Tapi kompem la lagi ske kat Holmes. Sbb dia tu gile.


Ha..kacak tak Watson. Dia selalu ade untuk selamatkan Holmes. Sampai aku jadi sedih if dia takde. Huhu



Blackwood. Sian pengikut2 dia kne tipu hidup2. Mati2 ingt magic ek.


Dalam cite ni, diorg nak buktikan kat sume orang yang magic sebenarnye tak wujud. Blackwood yang kononnye leh hidup lik pas mati, leh bunuh org gune macam2 care, sebenarnye menggunakan bahan2 kimia untuk wat magic tu. Bayangkan mase zaman tu, electric pn diorg tak tau amende. Sebab tu yang bijak sket ni leh tipu diorang bulat2.  Memang best la cite ni. Tapi aku memang penah tengok, kat mane ntah, yang ade sejenis ubat yang leh wat nadi kite berhenti, tapi tak mati. Sebab tu Watson (Dr) leh isytihar Blackwood dah mati. Sebab dia cek nadi. Memang best. And cam biase, anjing diorang la jadi bahan experiment :DD


JENNIFER'S BODY


Jen n Needy



Cite ni pn best gak. Kisah pasal Jennifer n Needy yang bersahabat baik (ye ke?) dari kecik. Needy cam nerdy sket. Sebab tu kot dia jadi besfren Jennifer. Sebab Jen tak suke org lebih dari dia. 1 malam tu Jen n Needy g kt Devil's-pe-ntah club. Nk tengok Low Shoulder. Indie band yang tak bape nk glamer. Then malam tu terjadi kebakaran n Jen g ikt dak2 Low Shoulder. Rupenye dia kne jadi korban. Tapi sebab dia tak cukup syarat - pure virgin, so dia just jadi replacement. Setan masuk dalam badan dia n dia kne makan orang utk terus hidup segar. Da la hot gile Megan Fox ni. Fuh. Sape la yang tanak ngan dia kan.

Last2 dia g makan Chip, bf Needy. Mengamuk la Needy. Ha. Amek ko. Ubatnye kne bunuh ngan boxcutter je. Tu yang aku tak paham. Cakap la pisau dari perak ke ape ke kan. Ye la. Zaman dulukala manade boxcutter. Camne diorg nak bunuh antu tu. Ha..merepek suda. Ok2. Pastu mati. Abes.

Jul 28, 2010

kadang2 berputus asa tu lebih mudah


Pernah baca atau tengok tak cite Naruto: Puteri Negara Salji?
Cite nye pasal Puteri Funn, puteri d negara Salji yang melarikan diri dari negaranya sebab dia berputus asa untuk mempertahankan negara dia. Sampai la orang2 dia yang berani mati terbunuh, Naruto kene tangkap n dia kene penjara pn, dia tetap tak buat ape2. Sebabnye..berputus asa lebih mudah. Even Puteri Funn tgk rakyat dia yang tak putus asa mati, dia boleh cakap kalau berputus asa kan lebih mudah. Tapi Naruto tak penah putus asa. Naruto tetap kuat kn semangat lepaskan diri dari kurungan walaupun chakra dia dah kne sedut. Hm.. mase tu Naruto cakap,

'Sebab tak putus asa, saya dapat ramai kawan'

Tu yang aku ingt. Ade lagi dia cakap.

n akhirnye Naruto kalahkan org jahat dengan chakra 7 warna.

Ok. Tu pasal Naruto. Pas tengok cite tu, aku terpk. Betul. Kadang2 berputus asa tu lebih mudah. But in the end kite takkan dapat ape2.

Kalau rase nk cari keje baru. Kne rajin bukak jobsmalaysia, isi borang yang berjela2, amek gamba pasport, pos form kt pejabat pos, sahkan sijil2. Banyak bende. Bace memang senang. Nak wat. leceh.

If rase nk sambung belaja, kne log in. Password da lupe. Kne kol bahagian IT. Pastu kne lak download form. Anta kat 2 org reference, sahkan, proposal, anta kat opis. Wat Bank draft untuk bayaran. Sume tu keje leceh.

Berputus asa kan senang!

Tak perlu lakukan semua tu. Tapi dengan berputus asa, this is where I stand now.

So Puteri Salji, wake up! Jadikan Negara Salji, Negara Musim Bunga :)

Jul 26, 2010

Korang memang best!!!


Kitorang g genting. Sangat best!! n puas hati. Sebab aku tak yah nk hepi kan sesape. Yang penting aku enjoy ngan dak2 ni. Haha.






Ain n Apih 4ever :)




Kakno n Cepul : The mastermind



Aku n bf baru aku, Raihan. Kacak tak beliau :DDDD


Adik aku n pasangannye..ops. Bukan!



Ha yang tengah tu pasangan adik aku. Cik Wahida kite :)



Ansar n pasangannye. [shhh..skandal nih]



Ape yang cube ditunjuk disini..jari Ain ade Apih!!!
[kihkihkih]



'Aku bukan nak mintak mahal2 sangat hantaran adik aku tu..tp ko tau la..krisis kewangan sekarang kan..bagi la lebih sikit..dalam 10% untuk aku'
Mungkin itu yang sedang diperkatakan oleh An kepada Apih.


Tiga jejaka kacak. 2 Sold out. Yang de headphone tu still available :DD


Lepas puas main sampai malam, Ain si gila dah main solero 4 kali [ke 5 ntah], An dah 10 kali mancing itik tak berjaya [patut la mancing awek pn tak dapat. takde skill], Apih pn da dapat kn bear rm4 untuk Ain [wahahhaahhahahahahahaahhaha. gelak guling2 tengok bear tu!!] , Kakno cam bese dapat bear lagi. Cepul memang terer. Aku rase Raihan yang tolong jampikan kot ngan muke toye dia tepi tmpt mancing tu.

Sebelum masuk, sempat lagi main nek kete yang masuk tempat antu tu. Ape ntah name nye. Takde keje tul. Haha. Tengok kosong je g naik. Ingt kn jalan reramai. Rupenye dia lepaskan 2org 2org. Hahaha. Lawak tul. An naik ngan aku. Tutup muke sepanjang jalan. Pastu kuar tanye aku, 'mane antu nye takde pn'. Sengal! Hahahaha. Aku bet Ajim pn same tutup mate. Dak tu penakut yang amat. Lawak tul mainan tu.

Da masuk dalam tu, da tengok magic, Ansar n Apih da lap air liur tengok pompuan separuh bogel menari, g makan piza lak bawah tangge. Kenape bawah tangge?? Memule ingat nk lepak amek angin. Tapi kami da beku. Sebelum jadi cam cite Frozen, kitorg pn cari la port baekk bawak eskalator. Then masuk umah antu. Pesal ntah umah antunye. Da la kne naik manual. Pastu antu nye banyak takde. Kambing itam tul!! Huh.

Then main lak buai pusing. Orang2 bercinta nak naik [peace Ain n Apih ^_^ v ]. Aku ngan An yang tak bercinta ni terpakse la bincang masalah negara dalam buai tu ngan muke serius ~_~' . Pastu g lak main roller coaster yang saaaaaaaaangat seram. Haha. Nak naik lagi sekali tapi tak sempat dah. Last round dah penuh. Then main bumper car, pn last round gak. So aku terpakse kongsi nek kete ngan Ansar yang ntah ade lesen ke tak ntah  x_x'.

Soknye masuk umah salji lak. Main kejar2. Best. Sampai tercampak la spek Apih kne ngan Wahida. Kihkih. [Ain, g ketuk Wahida!] Bak kate An, kat dalam umah salji la nampak Wahida brutal sket. [Ampun Jim!!] Tapi tak sempat amek gamba n aiskrim pn takde. Apekeheinyopohbedahoiiiii!! Ha. Aku pn tak tau nape Pah Bedah yang kene marah.

Takpe2. Len kali kite g lagi. Ajak Farah lak ek. Dak tu da marah. Ayok!!


Perhatikan ayat bawah sekali. Dia sudah merajuk Haha




Hoh!! Dah abes tengok ke!!


Jul 22, 2010

You're my angel :)




Tak tau nape, rase excited, rase hepi dengar lagu ni :)

Saya Benci Bila..

Saya benci bila..

Lelaki tu suka kan kanak2. Betul ke kau suke? Ke saje2 wat suke, supaye nampak more adorable? Blah la wei. Kalau betul ko suke kanak2, akan terlihat sendiri. Tak payah la kau nak gune bende tu untuk tarik perhatian. Takleh blah.

Lelaki itu caring terlebih dengan keluarga saya. Betul ke ko caring? If ko betul2 caring, nape bile time2 klimaks kau tak ade pn? lepas tu tak payah cakap la kau suke kenangan berkeluarga. If ko betul2 appreciate, kau tau mane nk diutamakan dulu.

Lelaki itu appreciate kawan2 saya. Betul ke ko amek berat pasal diorang? Kenape sampai satu mase, ko tak kisah pn bile aku cerita pasal diorg? Ntah pape ntah.

Lelaki itu bercakap tentang dirinye saje. Bagus ke ko? Bile luahkan masalah kat dia, dia pn sebok cite masalah dia yang lagi besar. Bile cerita pengalaman sikit, dia pn sebok cite pengalaman dia yang lagi gempak. If all about u, when is it abt me? Kau cerita la dengan dinding. Tengok dinding leh tahan ke tak ngan cerite kau tu. Ntah2 dinding pn retak tak sanggup dengar

Lelaki itu tak paham bahasa. Ko sengal ke? Kau yang dah wat pilihan, live with your choice. Tak payah la terhegeh2 nak amek tau pasal ex lagi. If org da remove kt fb, tak payah la nk add2 balik. Org da menyampah. Sedar la diri sikit.

Lelaki itu menipu. Paling tak suke. Sangat tak suke. Tolong jangan dekat ngan aku if ko kategori ni. Wat menyusahkan aku je nk kne masukkn ko dalam memori aku. Takyah wujud langsung lagi bagus.

Ade yang aku benci, nampak macam positive kn? Tapi tu la manusia. Mase nk dapatkan, sanggup wat itu ini. Bile dah steady, leka. Tak jaga. Ape gune if handal menanam, tapi tak reti jaga. Benih tu takkan tumbuh segar. Mati. Layu sebelum sempat membesar.

Ketika Allah Memilihmu Untukku

Ketika Allah Memilihmu Untukku..



Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar..

Jul 19, 2010

Can You Keep A Secret

Novel ni pasal Emma Corrigan, yang dah cukup bahagia ngan bf dia, Connor..or mgkn just pretend to be happy. Emma start ngan Connor ngan tak berterus terang ape sebenarnye yang dia suke n tak suke. So Connor byk tak tau pasal dia. Rahsia dia bodo2 je..cam..

* Dia penah tuka ikan yang ayah dia hadiahkn kat dia sebab ikan tu mati
* Emma selalu siram pokok membe opis dia sebab dia tak suke membe opis dia tu
* Emma penah mimpi pasal dia de hbgn lesbian ngan besfre dia, Lissy
* Emma tipu CV dia time dia mintak keje

Ha camtu la. Byk lagi sbnrnye tapi aku tak ingt. Oleh sebab dia takut nk nek flight, plus flight tu langgar awan. De bumping, dia pk dia nk mati. Dia pn g wat confession sume rahsia2 peribadi dia kt org sebelah dia yang dia tak knl. An American stranger..at least that what she thought.

Tetibe Emma foundout yang American stranger dia tu, pengasas company dia. Jack Harper. Macam2 jadi..they fall in love. Abes. haha. Tak reti aku nak cite. Tapi klaka la cite nye. Sampai hari ni teringat2 lagi :)

Cinta Sang Ratu

Ni novel ke2 sekuel Bagaikan Puteri. No 3 bertajuk Sang Pencinta. Actually, aku tak tau yang mane aku da bace..

Cinta Sang Ratu mengisahkan cinta Laksamana Sunan dengan Ratna, Ratu Sulaman. Lepas Ratu Sulaman panah Sunan, dia serba salah. Dia g balik ke Tanah Rencong untuk pantau keadaan Sunan. Dia takut Sunan mati. But she end up married to Sunan. Then dia kne culik ngan Maharani, bawak balik ke Pulau Utara. Novel ni kisah pengembaraan Laksamana Sunan menyelamatkan isteri dia.

Ok. Ade sedikit konpius. Aku penah bace, tapi tak tau Bagaikan Puteri or Cinta Sang Ratu. Rasenye Bagaikan Puteri yang aku bace dulu sebab yang aku tau, endingnye Laksamana Sunan kene panah ngan Ratu Sulaman. Pastu abes. Tapi all the way I'm reading Cinta Sang Ratu, rase cam penah bace. Rase cam tau ape yang akan jadi, but yet tak tau endingnye ape. Tapi aku ingat..part serigala jadian, part Saifuddin kat dalam salji luar istana Pulau Utara..tapi bile mase lak aku bace buku ni?

Yang pasal Bagaikan Puteri lak..aku cume ingat camne Saifuddin anta Haryani balik ke zaman sekarang. Dia tikam Haryani kat dada, pastu Haryani jadi cahaya. Tapi aku tak ingt camne dia sampai ke zaman hujung kurun ke-15 tu. Pelik..aku cume tau ending Bagaikan Puteri n permulaan Cinta Sang Ratu. Novel mane yang aku da bace sebenarnye? Huhu.

Takpe. Yang kompem, Cinta Sang Ratu da abes. Next. Sang Pencinta lak.

Jul 13, 2010

Fibroid + Hempedu



7 July 2010

1st day Mak masuk hospital.


Aku lik awal. Ayah yg tunggu mak tak tau sampai kul bape


9 July 2010


Mak baru kuar bilik bedah. Seluruh badan mak sejuk. Macam ais. Sebak tgk mak. Selama ni mak nampak sihat je. Even if mak sakit pn, mak tetap picit pale ank2 dia if kitorg demam. Petang tu Ajim datang ngan Wahida. Pastu malam lak kakno pn datang ngan Saiful. Mak tido lagi. Bile mak terjaga sekejap2, mak cakap nk buang air besar. Pastu mak tido balik. Ayah cakap, mak mane leh bangun. Doc da pesan, tu cume sakit je, bukan ade isi. Kat badan mak ade 3 tube. Untuk masuk air, untuk buang air n untuk kuar kan darah dari hempedu. Pas sume da balik, aku tggl jage mak. Sebab mak tak sedar sangat lagi, takde la susah sangat jaga mak. Cume aku urut2 untuk panas kan tangan mak.


10 July 2010


1st day pas operate. Mak demam panas. Nurse bagi besen ni, tuam badan mak. Malam tu mak sesak nafas. Sket2 terkejut sebab nafas mak tersangkut2. Pastu nurse bagi alt bantuan pernafasan tu.

Hari ni aku bawak komik Lubuk Pusar. Ajim punye. Agak seram.

11 July 2010

Mak da makin sedar. Da leh start makan. Tapi mak makan sikit sangat sebab 2 hari tak makan. Perut kosong. Masuk angin. Malam tu mak muntah. Doc bagi ubat tahan sakit..sebab bhgn operate hempedu mak sakit lagi. Mak da makin sedar. Demam pn da kebah..n mak da pandai tanak makan ubat.

Mase tu baru aku sedar, if Ajim or Kakno, mesti diorg pandai pujuk mak makan ubat. Tapi aku tak. Bile mak tanak makan, aku tak tau nk suruh camne. Aku ikut je cakap mak, sorok ubat tu. Mak cakap, If mak sakit, baru mak mintak.

Kali ni aku bawak novel Can You Keep A Secret plak.

12 July 2010

Aku cuti. Kul 10 lebih aku balik umah. Aku tido kul 12 sampai 3 lebih. Then aku pun tak tau wat ape. Aku sambung bace novel Ain. Can You Keep A Secret.

Then ayah mesej: Mak da pindah wad.

Petang tu terlambat g hospital. Sebab haru tu sangat runsing. Tak tau nape. Each time nset bunyi, rase nak marah sesape yang kol or msj. Sampai aku off nset terlampai runsing. Dah la janji ngan membe dia nk datang melawat mak aku. Sian dia tggu aku lame. Sori. Aku sedikit sakit hati.

Sampai2, mak dah baring kat wad lain. Tingkat 3. Nurse pn da lain. Takpe la. Sume nurse baik2..I guess. Mak da makin ok. Tapi mak still ade sakit2 kat bahagian operate hempedu. Sok mak g Klang, masukkn kamera kat mulut cos doc suspect de leaking kt saluran hempedu tu. If ade, doc nak masukkn tube. Hope takde. Da tak larat tgk mak sakit. Rindu kat mak yang gelak2 cam dulu.

Malam bace Can You Keep A Secret sampai abes. Then tido.


13 July 2010

Aku balik umah. Ingt nk terus siap g keje. Tapi aku tido sekejap. Sampai la kul 2ptg. Bangun2, sangat sakit kepala. Aku demam. Saat ni sangat rindukan mak.


Each time aku sakit, mak yang selalu ade. Ni muke aku naik jerawat pn, mak yang paling amek berat. Even mak cakap aku still lawa ngan jerawat aku ni, aku tau mak pn risau tgk muke aku sebenarnye.

Sekarang aku demam. Sungguh. Aku rindu mak.


Mak. Cepat sembuh tau. Dekdah sayang mak. Dekdah rindu mak.

saya rindu



.Cuti lagi.

.Demam.

.Sakit kepala.

.Tak larat.

.Tapi saya kene kuat.

.Saya kene jaga mak saya.

.Selalu saya demam.

.Mak yang jaga saya.

.Saya rindu mak saya.

.Sungguh!.

.Saya rindu.

.Thanks pada kamu yang melawat.

.Really appreciate that.


Mak..cepat la sembuh..

Jul 10, 2010

Love is Cinta




Love is not when u find some1 who has all that u ever dreamed of, but its when the person has nothing u wanted, but " u still wanna compromise everything....."

Jul 9, 2010

Materialistik?!





Ramai lelaki cakap perempuan ni materialistik bile perempuan cari lelaki yang berharta. Actually, realitynye..cinta je tak cukup untuk bagi makan anak bini. Kene pastikan hidup stabil dulu baru la leh pk nk dirikan rumah tangge. Bos aku pn penah pesan dulu, salah satu punca keruntuhan rumah tangge, duit. Bile itu tak cukup, ini tak cukup, mase bercinta leh la cakap sanggup susah senang. Realitinye?? Bukan nak cakap perempuan je. Lelaki pn same. Time susah, susah senang nak harungi bersama pasangan konon. Bile dah senang sikit, orang da pandang sikit, mule la wat pilihan..rambang mate nak pilih yang mane. Tak ingat mase susah dulu, sape yang dok kat sebelah.

Ok. Sebenarnye topik ni terlalu subjektif. Lain orang, lain pengalaman, lain cara berfikir. Terpulang hak individu. Berharta ke tak, yang penting bertanggungjawab, k :) Kalau berharta pn tapi tak bertanggungjawab, bek takyah. n kalau tak berharta pn tapi bertanggungjawab, ok pe..pape pn..persefahaman tu penting. Ok. Jangan sampai menyesal di kemudian hari.

Yang lelaki jangan asyik mintak pompuan memahami je, usaha kene ade jugak. Yang pompuan pn jangan main paham je. Hati2. Buaye sekarang da pandai naik ke darat :p

Hm..tapi ni tak bermaksud yang perempuan takleh bantu yang lelaki. Persefahaman n kepercayaan tu kan penting. Pape pn, tepuk dada, tanye hati. Kite lagi kenal pasangan kite masing2 :p Tapi jangan abaikan nasihat orang :)

Jul 8, 2010

150 juta

Tetibe hari ni ade membe post lagu ni kt FB. Bagi aku rentak dia takde la best mane, tapi suare dia cute..n lirik dia sweet!!!!!!!! Nak dengar search la sendiri. Haha



Untuk kali ke seratus lima puluh juta

Mereka tanyakan engkau soalan yang sama

"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"

"Apa kau buta? Apa kau pura-pura suka?"



Di seratus lima puluh juta kali itu

Di depan semua engkau tarik tangan aku

Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu

Sambil ketawa engkau bilang satu per satu



"Dia mungkin bengis seperti singa"

"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"

"Dia mungkin keras bila bersuara"

"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"

"Aku lagi kenal dia..."



Dah lebih seratus lima puluh juta kali

Aku pesan padamu apa yang bakal jadi

Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi

Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi



Di setiap seratus lima puluh jutanya

Aku pun dalam hati semacam tak percaya

Apa kau lihat pada aku jujurkan saja

Terus kau cubit dagu aku sambil berkata



"Sayang mungkin baran tak kira masa"

"Tapi sayang tahan kalau salah yang saya"

"Sayang mungkin saja keras kepala"

"Tapi sayang manja bila kita berdua"

"Saya kenal sayang saya..."



Buat apa dicerita

Bahagia kita rasa

Biar tak dipercaya

Peduli orang kata



Baju ronyok tak apa

Asal pakai selesa

Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada



Aku lebih bengis dari sang naga

Tapi bisa nangis semata demi senja

Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada



Aku mudah baran tidak semena

Mana boleh tahan angin cemburu buta

Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua...

Twilight Saga: Eclipse

Camne nak komen ni..hm..cite kali ni tak bape nk best. Best part diorg lawan tu je. Yang lain cam byk pasal kelelakian Edward tercabar je. Haha. Klaka tul aku tgk. Takpe la. Tak tau nk komen dah. Yang aku tau, no 1 pny gak paling best.



the Cullens


Hah! Untung la musuh ketat zaman berzaman bersatu sebab sorang manusia.



Sape2 yang suke pkai shorts tapi tak suke pakai baju tu..hati2. Anda mungkin keturunan mereka


Ha..ni la sebab nape aku ske cite twilight. Scenery dia..nampak sejuk je :D


Kali ni, mamat ni yang berjaya curi tumpuan aku. Ske :D


Alice pn aku ske gak..memang best a minah ni.


Asal ade diorg ber3 dalam 1 scene, mesti klaka. Haha. Amende la diorg ni.


Ske dalam cite2 sebelum ni, time dia tak tahan bau darah. Mke dia cute :D


FINALLY..WHAT IF THIS THING REALLY HAPPEN??



HAHAHAHAHHAAHHAHAHAHAHAHA.

Hm..kalau ikut cite ni, leh nampak kelebihan banyak kat Jacob. Aku pn lebih excited tgk Jacob daripada Edward dalam eclipse ni. Pesal ntah. Tapi dah Bella nk Edward, nak wat camne kn. Tul la Edward cakap. Dia takleh pakse Bella wat keputusan. If Bella nk dia, ape dia leh wat, eventhough dia tak sebest Jacob in certain parts..but that's what we call love. Unconditionally. Not finding the best. [pergh..sudah terkeluar madah pujangga aku..cis! (~_~' ) ]

Jul 6, 2010

Wahahaha!!!


Aku jejalan kat downtown ngan cousin aku. Then aku jumpe button crocs. Berminat kt buttonnye. Tapi takde crocs utk di cucuk button. Tetibe aku tgk cousin aku beli crocs. Aku pn pe lagi. Terus beli, n beli 6 button!! Nampak tak. biri2, bear n ladybird. Hahaha. Endingnye tak pakai pn. Sebab aku bkn jenis pakai crocs. But it looks cute when I wear it on my pijama. So aku decide, ni seliper dalam umah :D

WTB transformers !!

Lame da tak cite pasal WTB aku ni. Benda2 ni da lame da aku tuka.





Spotlight biru. Haha. Ring dia je biru sebenarnye. De lampu kuning gak. Tapi da terbakar. Tinggal lampu ring je. Lawa kan. [perasan!! dush3x (~,~' ) ]


Ape ke name ni aku tak tau. R3. Takkan nk letak Mitsubishi lak kan. Da proton, wat care proton.



Tinted lampu. Smart. Aku suke part ni!!


Cover rim pn da cabut. Nak tggu beli sprt rim, ntah tahun bile ntah. Haha.
[ha, aku gune duit hantaran je la beli sport rim. shh. jgn bgtau org]


Sape wat ni angkat tangan!! LOL. Takpe. Dia da polish lik da :D


So..kete aku da jadi cam ganas sket la. Dulu aku nk kete putih, sebab aku nk wat bende2 ni la. Kalau kete hitam, wat bende2 ni, jadi hitam sume da cam mafia lak. Tapi aku wat gak..n aku rase smart gak. Nanti la..bebile da relax sket, aku nk tinted lak. Pastu pinjam no plat MAF 14. :D

p/s: hm..baru2 ni bumper depan tercabut. Tak tau nape. Nanti la..kene wat lik bumber. Camne nk pasang skirting, klau yg asal pn tak reti jage. :(

Jul 5, 2010

A - Team

A - Team memang best. Walaupun aku rase The Loser lagi best, tp A - Team best la jgk. Action, team tak besar, masing2 ade peranan, n funny! That's what important. Hm..cume ade sedikit gangguan sbb aku dok sebelah REPORTER!! Sangat geram. Aku byr untuk tgk, bukan untuk dengar dia wat rumusan n bg keterangan. Hello!! Kalau dah org tu mati, tapi ade balik, means memang la dia palsukan kematian dia. Dah tu rancangan nye, yg ko nk tny lik dia dah mati, pastu ko nk terangkan lik tu wat pe. Argh!!! 2 kali aku sound. Sori la, mmg takleh thn. Dari bisik2, terus gune suare biase. Dia ingt aku ngah tumpang ruang tamu umah dia ke??? Ish. Aku mmg takleh blah klau tgk cite, ade reporter kt sekeliling aku. Kompem cite tu jadi tak best.

Ok. Abes. Tu luahan perasaan je. Back to da story.



Rasenye aku da jmp wallpaper laptop aku. Yes!!!

A - Team. Diorg ni kne perangkap ngan askar lain. Kne lucut jawatan n kne penjara. Pastu diorg lepaskan diri sbb nk bersihkan nama lik..but in the end, still kne lagi. So next time, let Hannibal do the planning (^_~)v


Yes!! I knew I've seen him recently!!

Haha. Penat aku pk sepanjang movie ni, sape mamat ni. Cam sangat familiar tapi aku tak tau cite ape aku tgk dia. Ye la, nk kate 'kt mane tgk', mmg mustahil la aku jumpe dia luar movie kn. Pas aku wat sedikit research yg sangat mudah di zaman IT ni..aku da tau!! Haha. Aku tgk dia dalam cite He's Just Not That Into You. Wehoooooooooooo. Aku tak ske dia dalam cite tu sbb dia men kayu 3. Tapi lain ckit la dia dalam tu ngan dalam ni. Lagi suke dia pny style dalam cite HJNTIY kot. *blushing [tibe2]

p/s: overall, 3.5 over 5. Rase cam nk bg 3 je pn ade. Mungking sebab gangguan kot.

Jul 3, 2010

Pak tam n Ateh



.One of my cat died last nite.

.And I don't even post abt them yet.

.Pity Ateh.

.She's got no brother anymore.

.Life is always like that.

.You come and you go.

.Just like that.





..

July..starting of new thing??

It's been half year already for 2010. Toooooooooooo many thing has happened in 2009, my struggeling in final sem, convocation, got my 1st job, crash a complicated life, full of love and heartbroken, celebrating birthday alone in the office [what a sucks life!!], change of lifestyle. All happened in one year. Believe it!! 2009 is disaster!! It change all..

And 2010?? Hope it start of new thing. Learning new thing, new people, new relationship. Wish I can tell how I feel very pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeed releasing all in 2009.

Now it's July already. Half year of 2010. I've pass half year. But yet I'm still 23. Haha. Hope the 2nd half will be better than the 1st half. Really hope!

p/s: Ade tak azam tgh tahun?? Huhu. n 1 more..hope this 2nd half, I can get a better life..new life..maybe? :)

Jul 2, 2010

July Movie

The Sorcerer's Apprentice

Salt

Despicable Me

Twilight Saga

Predators

Frozen

The Backup Plan


p/s: mkin byk la plak . cis (~_~!)