Lau baca tajuk aku macam ade masalah tatabahasa kan? Tak. Baca dulu cerita aku. Baru korang paham.
Sebagai ibu mengandung anak sulung di zaman yang serba canggih ni, dah tentula aku banyak google je pengalaman2 and petua2 mommies lain. Bile tanye mak aku pun, dia cakap 'mak tak tau la zaman sekarang ni, da macam2 ade. Kamu pegi la cari sendiri maklumat' Hahaha. Mak aku pun moden gak. Suh aku google je. Di sebabkan aku ni spesies mudah terpengaruh, aku pun beli la losyen untuk elakkan stretch mark lepas bersalin nanti. Keberkesanannye tunggu la lepas aku bersalin nanti eh.
Yang aku nak cerita kat sini, masa balik kampung Maulidur Rasul hari tu, aku pakai la losyen ni dalam bilik. Tiba2 sepupu aku 5 tahun masuk bilik. Dia nampak aku sapu losyen ni kat perut.
Dia: Kakdah pakai ape tu
Aku: Losyen mengandung. Kalau sapu kat perut ni boleh mengandung.
Dia: Tapi kakdah kan dah mengandung
Aku: Kene sapu jugak hari2 bagi perut besar lagi. Da besar baru baby keluar. Wisha (name dia) nak? Meh kakdah sapu sikit.
Dia: TAKNAKKKKK (sambil lari keluar bilik)
Kehkehkeh. Budak kecik tu takut lau aku sapu perut die jadi besar macam aku. Senang la keje aku pasni nak halau dia keluar bilik. Suke2 hati je masuk bilik aku. Miahahhaa.
0 684 org tengah mintak lolipop:
Post a Comment