Jan 24, 2013

Save the best for the last

Seperti tajuk yang tertera, aku nk cakap pasal save the best for the last. Pernah tak korang wat camtu. Maksud aku, yang korang suke, korang simpan dulu. Contoh paling aku selalu buat, makanan. Selalu kalau ade ketam masak lemak cili api, aku mesti simpan ketamnye. Maklum le tak kaye sangat, ketam sorang satu je lau makan 1 family. Oleh kerana ketam masak lemak itu sangat sedap, maka aku akan simpan ketam aku kat pinggan lain, pastu aku akan makan nasi kuah masak lemak dengan ikan goreng or ayam goreng or telur goreng. Ape2 y goreng2 janji aku kenyang. Pastu baru aku ratah ketam aku puas2. Hahahaha. Tapi sejak kawen ni, suami aku tak mkn ketam sangat. Maka aku dpt 2 ekor. Yeay! Tapi kaedah tetap sama. Dua2 aku ratah last2. Miahahaha.

Tapi!!

Pernah tak korang alami..situasi di mana korang simpan makanan yang best tu,tibe2..pap!

Ok camni. Korang ngah makan KFC. Oleh sebab cheezy wedges sangat sedap, maka korang pn mkn la ayam n kentang dulu dengan harapan in the end of the KFC session, akan terasa2 cheezy wedges sampai ke malam. Tibe2 tengah makan makanan lain, adik datang dan amek cheezy wedges masuk mulut sambil bertanye 'kenapa tak makan y ni, tak nak eh.' padahal dia tengah kunyah n kite tak sempat jawab.

=,='

Kadang2 aku alami gak bende tu. Lau adik leh gak aku tepis tangan dia, tapi bile kawan2 or sedare mara, maka ku diamkan aje sambil tengok dengan pandangan sayu.

0 684 org tengah mintak lolipop: