Jan 1, 2013

Untuk yang tersayang

Setiap kali akhir tahun, benda paling ditunggu2 selain sambutan tahun baru adalah YEAR END SALE!! Tapi oleh kerana naluri keibuan da makin menebal ditambah dengan bajet yang tak bape nak ada, maka napsu untuk membeli barang sendiri langsung takde. 

Tapi..

Napsu untuk beli barang yang tersayang sangat membuak2. Hahaha. Setelah puas ku jelajah internet, aku terjumpa stroller yang aku sangat2 nak dengan harga yang memuaskan hati, Combi Well Comfort..itu pun sebab stroller tu menepati ciri2 yang aku nak.

*senang lipat* 
sebelah tangan pun boleh

*ringan*
maka aku dengan bergaya masih boleh mengangkat stroller tu sebelah tangan

*reversible handle*
Leh pandang belakang depan. Aku rasa new born mesti la menghadap mak dia kan. sbb dia lebih tenang bile nampak mak dia. Padahal aku yang lebih tenang nak tengok dia. Hahaha.

Ciri2 di atas ku pilih sebab da berangan konon2 lau incik Hasben sgt bz, aku boleh la dating ngan baby ber2. Ekeke. 

Well Comfort 2012 ade 3 warna. Aku amek yang hitam. Tu pun sebab tu je yang tinggal kat kedai tu. Lau dapat purple cantik kan. Hmm....


Biasa kat kedai harganya RM1199. Aku penah la jumpe kat Alamanda. Masa tu nak sentuh pun takut sebab tengok harga dia. Tapi aku roll2 gak roda dia. Hahaha. Yang ni aku jumpe kat Axeana Baby Shop, Bandar Mahkota Cheras. Ade diskaun sampai 2 Jan 2013. Biasa la year end sale. Satu kedai tu ada diskaun. Maka aku dapat Combi ni dengan harga RM935 je. Puas hati aku. Hahaha *gelak jahat* .

Oleh sebab napsu membuak2, aku pun rembat sekali car seat. Tapi car seat aku tak memilih sangat. Asalkan baby boleh duduk. Dapat la Sweet Cherry (tak ingat model ape, malas nak pegi tengok dalam bilik), RM230 je. Hati rasa nak sambar nursing pillow sekali, tapi da dapat stroller tu pun da puas hati sangat2 plus sian lak incik Hasben nak seluk poket. Hehehe. Harap2 lain kali aku jumpe la diskaun untuk nursing pillow lagi. 



0 684 org tengah mintak lolipop: