Feb 27, 2013

Lagu dulu vs Lagu sekarang

Aku tunjuk dulu. Korang tengok sendiri.


Komen2 lagu dulu.





Komen2 lagu sekarang.


Yang aku bulat kan warne merah tu tajuk lagu ye. Aku amek bahagian komen je. Sebab lagu dia korang semua mesti da tau. Tajuk lagu tu pulak aku main klik je. Aku pilih secara rawak sebagai contoh.

Kesimpulannye.

Lagu dulu-dulu kalau orang dengar buat teringat kat kekasih lama, sejarah silam, menguatkan perasaan cinta dan sebagainya. Orang dengar lagunya walaupun video klip setakat pompuan berdiri tepi kolam pandang sana pandang sini bibir merah macam mekap sendiri.

Lagu sekarang..korang nilai lah sendiri. Walaupun lagu apo kono eh jang tu lagu lama, tapi da di beri nafas baru. Video klipnye cantik sikit tapi mak aihhh.

Tu la sebab nape orang kata lagu lama lagi best. Hehe. Sebenarnye aku rase bukan lagu tu best. Tapi sbb lagu tu wat diorang feeling abes. Ekekeke.


Feb 23, 2013

Susahnye nak bagi nama anak

Aku ni sama je macam mak pak lain zaman sekarang kat luar tu. Nak bagi nama anak, lagi2 yang pertama, mesti nak bagi yang terbaik. Mana nak tau lepas ni ada lagi ke tak kan. Jadi ni la masa nak bagi yang terbaik kat dia. Oleh sebab aku ni kategori mak pak zaman sekarang (lau tak mesti la aku tulis ni zaman dulu kala atau aku tak tulis lagi sbb zaman akan datang mana nak tau kan), nama anak mesti nak sedap2.

1st sekali dulu, aku terjebak gak rase nak gabung2 nama aku n hasben bagi jadi nama anak. Paling tak tahan tu, bile gabung jadi Shafie'. Kehkehkeh. Jadi pulak tuh. Tapi lepas tu aku kaji2 dan fikir2 dalam2, aku rase lau nama anak pompuan bagi sket2 nama aku - Sya... and lau nama anak laki bagi sket2 nama lakiku - Wa...

Tapi lepas tu aku cari2 n fikir2 lagi dalam2. Bile aku dah hadkan nama anak aku ikut yang tu je, cam tak best lak. Last2 aku rase aku nak bagi nama serikandi Islam. Bagi anak aku ade rase bangge sket nama dia cam nama serikandi tu. Then mane tau ade terikut sket2 perangai, sifat dan ciri2 akhlak terpuji serikandi Islam tu. Lagipun, nama tu bukan sekadar nama. Bukan sekadar perlu sedap, tapi aku nak yang indah juga. Sebab nama tu yang dia nak bawak sampai ke mati nanti. Nama tu yang suami dia nak sebut time akad nanti. Bile dah mati pun, nama tu jugak yang malaikat nk panggil dalam kubur nanti. Jadi memberi nama pada anak tu dah macam 1 tanggungjawab yang besar bagi setiap ibu bapa. Cari punya cari, aku berkenan 1 nama.

But then kene reject atas sebab yang tak dapat di elakkan.




Dang.

Macam kene panah petir.

Simpan lah lagi. Lain kali plak ibu cari nama kamu ye. Nak demam dah rasa ni. 

Feb 19, 2013

Jangan cakap bodoh la..bodoh!


Sape tak kenal Prof Muhaya angkat tangan!

Bila aku baca post2 Prof Muhaya, dan aku terbaca yang ini, aku teringat kat satu perkara yang pernah jadi isu hangat satu ketika dulu. Pasal kes movie hina Islam. Sebelum tu pasal karikatur hina Nabi. Apa kita buat. Kita mencarut marah mereka. Audit balik mencarut tu cara siapa. Kita bukan main marah orang hina Agama kita, tapi kita tak sedar syaitan dok gelak2 tengok cara kita marah. 

Nampak tak cara halus musuh Allah ni? Nampak?




Feb 18, 2013

Putus asa

Setiap malam sebelum tidur berazam
Esok aku akan jadikan hari aku lebih bermakna

Setiap malam jugalah sebelum tidur aku kecewa


Dan setiap hari berlalu begitu juga


Patut ke aku putus asa je?

Ko gila??? Berjuang tu kan lebih bermakna.

Haah. Tu lah benda yang sama hari2 aku dok cakap.








Letih..


Feb 16, 2013

Raja Bersiong Selangor

Kenal tak Raja Bersiong. Menurut lagenda (kalau tak silap aku la), Raja Bersiong ni asal usulnye adalah seorang raja biase. Pada suatu hari, dayang dia terpotong jari masa tengah memasak untuk Raja. Maka termasuk la sikit darah dari tempat yang luka tu. Pucat la si dayang ni. Tapi oleh sebab Raja ni seorang yang garang, bengis, tak sabar dan pelbagai lagi sifat negatif, dia mintak makanan dia cepat n marah2. Kerana kalut, dayang ni tak sempat nak masak lagi sekali. So dia anta je makanan yang terkene darah dia sikit tu. Tiba-tiba Raja suka pulak rasa makanan tu. Bila Raja tanya ape yang dayang tu campur dalam masakan, dayang pun dengan takut2nye mengaku termasuk darah. Sejak hari tu Raja jadi sukakan darah untuk dicampur dalam masakan. Lame2 gigi dia bersiong sebab hari2 makan darah. Siong tu tau ape? Siong tu taring la. Ala macam the Cullens punye tu.


Bukak jap. Nak makan nasik.




Kacak bukan?


Korang percaya tak cite ni wujud atau hanya lagenda?

Bila aku tanye suami aku, dia jawab..








"Raja Bersiong ade je kat Selangor ni. Dia makan apa saja yang dia jumpa"



Bukan salah aku. Orang pretnen memang la kuat makan kan? Kan? Betul kan? =,=

Feb 6, 2013

Apa ada pada cita-cita

Tibe2 hari ni rase nk berkongsi pendapat. Baru2 ni sorang sepupu aku mengadu, mak dia da gariskan jalan hidup dia. Oleh sebab dia perempuan, jadi mak dia rasa yang terbaik bagi dia adalah menjadi cikgu. Aku tak boleh nak komen lebih, sebab setiap ibu bapa mesti nak yang terbaik untuk anak2 dia. Aku sendiri risau, macam mana kalau anak aku keluar nanti dia tak nak ikut ape yang aku rase terbaik untuk dia. Kalau boleh aku tak nak dia bercinta, pakai baju ketat2, main Ipad 24jam sampai pergi rumah sedara mare pun tak reti nak bergaul, banyak la lagi yang aku risau. Kalau kongkong sangat pulak, berapa banyak kes lari dari rumah sekarang ni? Dengan persekitaran yang menakutkan dan mencabar sekarang ni, aku takut.

Berbalik pada persoalan di atas, mak bapak memang sentiasa nak yang terbaik untuk anak2. Tapi aku rase (pendapat aku je), kita tak boleh paksa mereka. Kita cume boleh bimbing. Aku tak kisah anak aku nak jadi apa besar nanti. Yang penting dia tetap menyumbang pada agama dan tak menambah dosa. Aku taknak dia jadi macam aku. Tak minat akaun, tapi dah sebab SPM dulu akaun, math n add math je y A, matrik pun aku amek jurusan akaun. Lagipun masa tu aku sendiri tak tau aku nak jadi apa. Takde pendedahan. Dah besar ni baru aku tau aku nak jadi apa. Aku nak jadi kaunselor, pakar psikologi, doktor kat wad psikiatri, ape2 je la..janji dalam bidang yang mengkaji manusia ni. Aku berminat tengok manusia, macam mana manusia berfikir, bertindak, kenapa, ape puncanya.. Tapi dah aku salah lorong, takde basic sains, maka jangan haraplah.

Jadi, kalau anak nak jadi photographer, jadilah. Asal jangan terlibat amek gamba yang shubhah, cam pre wedding, or gamba2 yang menunjukkan aurat seseorang. Sahamnye kite kutip sama. Kalau anak nak jadi pereka fesyen, jadilah. Asal jangan direka fesyen yang terbuka sana sini untuk tatapan kaum adam yang bukan ajnabi. Terbuka sana sini untuk suami takpe. Pereka pun dapat pahala. Hehehe.

Aku tau bukan senang nak didik anak zaman sekarang. Kalau anak2 tu merungut nak ikut cakap mak ayah tapi still ikut, aku dah cukup kagum dengan mak bapak dia. Bukan senang tau zaman sekarang ni nak halang anak lari dari rumah ikut jantan ntah mane2. Zaman dulu ayah memang garang gile. Lelaki call rumah nak cakap ngan anak perempuan pun dah kene lempang anaknye. Lagi pulak nak letak status engaged kat fesbuk macam sekarang. Nauzubillah. Tapi itulah cabaran menjadi mak ayah. 

Lena je dia tidur dalam perut ibu :')


Mood: Tibe2 risaukan anak dalam perut. Moga anak ibu jadi anak yang solehah, bijak, tahu menilai baik buruk hidup kat atas muka bumi ni. 

Losyen untuk mengandung

Lau baca tajuk aku macam ade masalah tatabahasa kan? Tak. Baca dulu cerita aku. Baru korang paham.

Sebagai ibu mengandung anak sulung di zaman yang serba canggih ni, dah tentula aku banyak google je pengalaman2 and petua2 mommies lain. Bile tanye mak aku pun, dia cakap 'mak tak tau la zaman sekarang ni, da macam2 ade. Kamu pegi la cari sendiri maklumat' Hahaha. Mak aku pun moden gak. Suh aku google je. Di sebabkan aku ni spesies mudah terpengaruh, aku pun beli la losyen untuk elakkan stretch mark lepas bersalin nanti.  Keberkesanannye tunggu la lepas aku bersalin nanti eh.



Yang aku nak cerita kat sini, masa balik kampung Maulidur Rasul hari tu, aku pakai la losyen ni dalam bilik. Tiba2 sepupu aku 5 tahun masuk bilik. Dia nampak aku sapu losyen ni kat perut. 

Dia: Kakdah pakai ape tu
Aku: Losyen mengandung. Kalau sapu kat perut ni boleh mengandung. 
Dia: Tapi kakdah kan dah mengandung
Aku: Kene sapu jugak hari2 bagi perut besar lagi. Da besar baru baby keluar. Wisha (name dia) nak? Meh kakdah sapu sikit.
Dia: TAKNAKKKKK (sambil lari keluar bilik)

Kehkehkeh. Budak kecik tu takut lau aku sapu perut die jadi besar macam aku. Senang la keje aku pasni nak halau dia keluar bilik. Suke2 hati je masuk bilik aku. Miahahhaa.