Monday (24 Jan 2011) - Green Hornet
Aku tak paham nape ade orang cakap cite ni tak best. Sebab diorg tengok 3d, tak paham cite kot. Ade 1 tu aku bace, dia cakap cite ni dari awal leh expect dia akn discover pasal kematian ayah dia tu. Padahal Green Hornet si-anak-tak-guna tu tak penah amek kisah pn soal kematian ayah dia. Lagi 10 min nak abes baru dia tau ayah dia sebenarnye mati dibunuh. Tu pun pas orang jahat tu bagitau. Bukan dari awal cite dia mmg nak selesaikan misteri kematian ayah dia. Overall bagi aku, cite ni best. Kalau ko masuk panggung ngan total zero, tak tau cite ni pasal ape, ko akan kuar dengan penuh excited yang macam WAHAUUUUUUUUUUUUU!!!!!! Orang jahatnye pun super kool. Nampak bodoh2 je. Mule2 tengok aku konpius mane satu org jahat ni. Haha.
Rate aku: 4.5 per 5
Tuesday (25 Jan 2011) - Khurafat
Seram wehhhh. Tapi ade gak part2 yang takleh blah cam kehadiran sorang nenek or mak cik tu yang takyah ade pn takpe. Takde kaitan langsung. Tapi untuk filem seram sulung arahan Syamsul, mmg best la. Cume aku rase ceritanye terlalu pendek sampai aku leh cakap eh da abes ke?? Eh ke aku yang tak puas tengok?
Wednesday (26 Jan 2011) - Haq
Oh please. Aku bukan nak jatuhkan industri perfileman melayu. Kalau cerita kau best macam Pisau Cukur tu aku ikhlas akan tolong promote. Tapi setakat ade CGI, tak bermakna cerita kau tu hebat. Gile weh. Seumur hidup aku yang gila movie even cite paling bodoh pn aku leh tengok dengan mata separuh tertutup, cite ni mmg takleh blah. Kalau aku dlod aku da fast forward or aku tekan pangkah je. Ok mungkin kau nak buat sekuel, tapi tak de penjelasan langsung. Dah la tak cerita pasal kuase kau ape. Betul. Sampai kau keluar panggung pn kau tak tau ape kuase sebenar Haq. Ape ade dengan batu oren tu. Setakat bersilat then wat CGI sket kuar chaya biru padahal kau lawan macam budak sekolah bergaduh belakang kedai mamak je. Bad pulak sangat berdendam dengan Haq dengan alasan ayah Haq yang bunuh ayah dia sebab ayah Haq taknak selamat kan ayah Bad. Ape-kau-merepek-ni-setan. Setakat kuase boleh pusing2 daun tu leh selamat kan orang ke? Describe la sket pasal kuasa tu. Dah la dialog pn taraf budak tadika. 'abang tak tido lagi?' tanye kat orang dok tepi kolam. Memang la dia tak tido lagi. Takkan la sleepwalking plak tepi kolam tu. Pastu dialog tak abes2 'pandai Haq menari' then jawab 'Zara pun pandai menari'. Ade lagi, 'jangan takut, abg ade' tu la paling takleh blah weiiii. Sume orang da tau la tu ayat mamat-super-kacak-playboy-jalanan. Adehhhh. Dah la. Malas aku nak tulis dah [padahal ni la paling panjang]. Oh nak tambah sikit. Cite ni slow gile. Bukan jalan cite, pergerakan, percakapan, sume la slow. Klau korang fast forward 4x pn lum tntu laju lagi.
Pergh. Mati aku kalau kene banned ni.
Tapi cite ni ade gak +ve side yang aku nampak. Lakonan pelakonnye sume mantap. Serius. Mane tak nye. Zul Huzaimy tu kan mmg pelakon power. Adi Putra lagi[walaupun aku tak minat sangat]. Fatimah n Tuan Haji [aku tak tau name sebenar] memang pandai berlakon. Muke super kool. Tapi sayang, pengarah n penulis dialog dia tak leh blah.
Rate: 0 over 5 [rase cam teruk sangat je aku terus terang ni]
Nasib baik tiket free. Dapat dari Era jugak.
Thursday (27 Jan 2011) - Green Hornet 3D
Oleh sebab membe nak tengok, aku teman la gak walaupun baru sangat tengok. Lagi pun cite best + orang belanje apesalahnye kan. Tapi 3D, so subtitle takde. Membe tak paham. So dia rase tak best. Aku yang da tengok ni kompem la still leh gelak lagi.
Oh ni 3D. So aku terangkan bezanye. Takde beza. Cite ni cam tak dicipta pn utk 3D. So tak best tengok 3D kalau kau tak paham bahasa omputih. Nanti kau tak paham citenye then kau kata tak best sebab CGI dia tak power. Tu sebab kau expect tggi tengok 3D mesti nak nampak power. Advice aku, tengok la yang biase punye ok. Sebab ceritanye mmg best bukan sebab CGI 3D bla bla bla.
Rate: Baik kau takyah tengok 3D lagi puas hati. Sebab sepanjang cerita aku bukak spek 3D, same je. Takde beza. Cuma takde subtitle je.
Friday (28 Jan 2011) - To be advised
Belum malam lagi jadi aku tak tau lagi tengok cerita ape. Tu pun kalau kakak aku ngan hubby dia nak bawak aku tengok wayang. Kehkehkeh
3 684 org tengah mintak lolipop:
wath sorry lambat respon.. ade mslh teknikal skit la sini,, kamu sambung je la episod yang ada okay.. nanti saya btau phreak yg dia punya episod orang lain sambung,,
hoh? Khurafat tak best! huh! Syamsul tak best! huh! tak best! Huh! Huh!
Tehehe... (^______^)
Ahahahahahahahahahahahaahah. Tgok la pasni dia nk mengarah filem ape plak
Post a Comment