Aug 16, 2010

Ni la sikap pemandu Malaysia..

Sedar tak sedar, ni la sikap drebar2 yang ade kat M'sia ni. Lagi2 da nak raye ni. Bersopan santun la di jalan raye. Jom tengok same2 betul ke tak.

1. Signal

Bile pemandu depan kite main masuk je lorong kite, punye la kite sumpah seranah. 'Tak reti bagi signal ke!!' siap hon2 lagi.

Bile kite ngah bersembang gelak tawa ngan pasangan kite, tibe2 baru perasan kene amek lane kiri, kite pn main masuk je. Bile orang belakang hon, kite jerit balik 'ala sikit pn nk kecoh ke!!!!!!'

2. Bawak slow di lorong kanan

Ok. Ni yang orang rmai selalu tak tau. Lorong kanan bukan untuk orang bawak laju, tapi untuk memotong. Means after potong orang, masuk lik ke lorong tengah. Nnt depan tu ade kete, potong la lagi. Tapi ni tak.
Dia tengok pemandu lorong tengah maintain 110, mentang2 dia bawak 130 dia pn maintain je kat lorong kanan. Dapat lak Fairlady kat belakang bagi lampu baru la reti nak masuk lorong tengah. Tu pn pastu masuk lorong kanan lik.

3. Kereta mewah, kereta biase

Bile tengok kete mewah potong kite, 'eleh nak blagak la tu. meh aku potong ko. baru ko tau'

Bile kete cikai potong kite, 'takleh jadi ni, kete buruk pn lagi laju dari aku. Jatuh la maruah kete aku'

4. Pandai ke ko bawak?

Bile orang lain bawak masuk lubang, kite komplen 'elak la lubang tu'
Bile orang lain bawak laju kat lorong kecik 'weh bahaya la. Terbabas kang!'
Bile orang lain bawak slow kat jalan besar kite cakap 'lembab la ko ni. Tu celah2 je ant kete tu ngan kete ni.
Tekan pedal kuat sket'

Tapi bile kite drive n wat sume tu 'biase la tu..aku takde mood ni..'

Tak dinafikan..based on experience aku sendiri :))

Aug 13, 2010

Cinta Sufi

Ingat tak hari tu aku de cite pasal Cinta Sang Ratu. Isnin hari tu, 9 Aug 10, aku g MPH beli lagi sambungannye. Cinta Sufi n Twenties Girl [Sophie Kinsella lg :))]. So aku pn start la membaca Cinta Sufi dulu..sebab Twenties Girl tu aku syg nk baca lagi. Nnt la tggu aku betul2 free, leh bagi sepenuh perhatian kat dia. Haha.

Ok. Balik kepada Cinta Sufi. Da sampai separuh aku baca, tak paham2. Ade part yang aku tertinggal ke? Nape tetibe Saifuddin terjaga kat dalam gua? Ashabul Kahfi? Yang journey dia mase Cinta Sang Ratu tu mase depan ke? Bile mase nye nak settle kan Manggala ni? Banyak gile persoalan sampai aku bace lik depannye. Kot2 la aku ade miss. Sah takde. Abes tu nape aku tak paham. Aku mule menggunakan bahagian otak yang belum digunakan untuk berfikir. HMmmmmmmmmm..mungkinkah..mungkinkah.....

Yaaaaaa. Tepat sekali ape yang aku pk tu. Pas aku cek2 kat depan n belakang buku tu, baru aku ternampak 1 lagi novel yang macam ala2 Sekuel Bagaikan Puteri ni. Rupenye aku tertinggal buku tu. Hijab Sang Pencinta. Hampeh tul! Rupenye da buku dia yang ke empat da aku beli ni.

Takpe la. Da nak abes da pun Cinta Sufi ni. Nanti len kali aku beli Hijab Sang Pencinta lak.

Untuk fan RAM, aku baru jumpe RAMFC ni. Selamat surfing :)

Aug 11, 2010

Proud to be a Muslim

Sempena bulan puase ni, same2 kite renungkan di mana Islam kite hari ni. Ade aku terbace dulu [tak ingat dah kat mane n bile], salah satu tanda akhir zaman, bile umat Islam menggenggam agama seperti menggenggam bara api. Maksudnye? Kite takut or malu dengan Islam itu sendiri. Contoh nak pakai tudung, takut orang kate kite kolot. Nak pakai baju besar2 [tak ketat], takut orang kate kite tak ikut trend. Peringatan ni untuk diri aku sendiri jugak.

Tadi aku baru je dapat emel dari besfren aku, Yani. Best emel dia. So aku pun terpk nk kongsi ngan korang2 sume.
















credit to:

Renung2kan..dan..selamat beramal :)

Aug 10, 2010

Avatar: The Last Airbender

Cite ni mengisahkan Fire Nation yang tamak, nak menguasai dunia [leh la gaduh ngan Morgana lak pasni]. Bumi di seimbangkan oleh 4 unsur. Angin, Air, Tanah dan Api. Puak Api rase puak diorang la paling kuat. So puak Api nak kuasai sume puak lain. Tapi untuk capai cita2 tu, puak Api kene kuasai Avatar, sebab Avatar ade kuasa untuk berkomunikasi dengan para Roh. Kira Avatar ni orang tengah la. And..avatar kelahiran ni lahir dalam puak Angin. So, puak Api bunuh sume puak Angin. Tapi Aang terselamat. Nape? Meh tengok cite ni. Haha.



Puak Angin

Untuk mengetahui sape Avatar, setiap kanak2 dalam puak Angin diberi ujian. Diorang kene wat pilihan dalam 1000 mainan yang disediakan, ape yang diorang pilih. Aang pilih 4 bende, bende yang same dipilih oleh Avatar2 kelahiran sebelum ni. Lepas Aang diberitahu yang dia adalah Avatar, and dia kene pikul tanggungjawab besar yang memerlukan pengorbanan yang besar. Sebagai seorang Avatar, Aang takleh berkahwin, berkeluarga. Masa semua puak Angin tunduk kat Aang dalam upacara penerimaan dia sebagai Avatar, Aang lari. Dia tanak terima tanggungjawab dia. Aang lari dan bersembunyi dalam Ais selama berabad (Aang ingt 2 3 hari je). Sepanjang pelarian Aang, puak Api musnahkan bandar Puak Angin. Abes sume mati. Sebab tu tajuknye: The Last Airbender. Aang sorang je yang tinggal dari puak Angin.



Puak Air

Puak air terdiri dari Utara dan Selatan [kutub utara n kutub selatan]. Katara n Sokka yang berasal dari puak air Selatan, di mana tempat Aang bersembunyi, bertekad untuk menyelamatkan Aang. Nenek diorang pn da pesan, tu memang takdir diorang. So diorang pn ikt la journey si Aang ni dengan menaiki Appa [makhluk pelik yang hodoh tapi cam geram tengok ekor dia]. Mase kat kutub utara, Zokku jatuh cinta ngan puteri puak air Utara, Princess Yue yang memiliki roh Bulan [betul ke ayat aku ni] sebab mase baby dia tak hidup. Roh Bulan bagi kuase sket kat dia.



Puak Tanah

Kebanyakkan perkampungan puak Tanah di kuasai oleh puak Api. Tapi bila Aang datang dan sedarkan puak Tanah, baru la diorang bangkit menentang puak Api.

Puak Api

Raja puak Api, Ozai ni seorang yang tamak. Komander Zhao adalah pengikut dia yang suke hina putera Raja puak Api, Zuko. Zuko dibuang negara oleh Ozai sebab Ozai selalu pandang rendah kat dia. Ozai cume akan benarkan dia balik ke negara Api if dia leh bawak Avatar. Oleh sebab malu, Zuko sanggup wat ape saja untuk dapat kan Avatar. Pengembaraan Zuko ditemani pakcik dia, Iroh. Iroh ni baik. Dia selalu nak tolong Zuko lupekan niat jahat bapak dia, tapi Zuko ego. Dia tetap nak dapat kan Avatar untuk buktikan kat ayah dia yang dia berguna.



Fire Nation, Air Nomad, Water Tribe, Earth Kingdom

Avatar

Manusia yang leh menguasai ke empat2 unsur, jadi perantaraan antara manusia and roh untuk memastikan keseimbangan dunia. Avatar akan terus lahir. Oleh sebab itu, puak Api nak dapatkan Aang hidup2. Sebab kematian dia cume akan menyebabkan kelahiran Avatar yang baru, and diorang kene bersusah payah cari balik Avatar tu.

Kesimpulan:

Sape yang penah tengok cite katun dia, mesti tak puas hati. Sebab watak katun tak same ngan dalam movie. Sokka dalam animasi sangat nakal. Ngan muke dia yang selalu wat muke hampeh-tul-la. Pastu Aang pun sorang budak yang tak serius. Selalu main2, gelak2. Dalam cite ni sume nak serius je. Parut Zoku patut lagi besar, ni cam tak nampak je. Paling penting, Puak air warne kulit diorang gelap, tapi dalam movie jadi putih lak. Hampeh je...


Lain kan?? Patutnye watak ni dipegang orang Asian.

Tu dari segi watak. Cite pun tak mantap. Ade 1 part mase Aang nak amek rantai dari Monk yang jaga dia dulu, yang dia watkan rantai tu, cam nampak sangat takleh blah. Music nye tak kene ngan tangan dia. Music nak gempak je, tapi ntahla, tak masuk lak.

Harap2 then next sequel of Avatar ni, lagi baik la.

Aug 8, 2010

Asyik aku je yang jaga hati orang..

Aku bosan dengar orang cakap camni..
Bagi aku orang ni pentingkan diri sendiri.
Mane ko tau ko je jaga hati orang?
Ko rase ko jage hati orang, tapi orang tak hargai
Ko tak rase ke, orang ade jage hati ko, tapi ko tak sedar, or ko tak reti pk, asyik pk kebaikan sendiri, asyik pk salah orang lain. Tak reti nak hargai ape ade kat sekeliling.

Love is not 'mane ko time aku perlukan ko'
tapi
'aku sentiase ade untuk ko'

Means stop pk ape yang orang perlu buat untuk kita, tapi sentiase give to the person we love, what we got..unconditionally.

Got it?
Good!!

Orthros No Inu

Baru abes tengok cite Orthros No Inu. Sangat best, ok! Perkembangan cerita dia..dari pengenalan watak, rahsia yang tersimpan, tragedi demi tragedi, salah faham, fitnah yang membebankan, sampai la endingnye, sampai leh terase rase beban yang ditanggung Shinji..and perasaan Ryosuke.

Err..sebelum baca. Amaran. Sape yang berniat nak tengok baik jangan baca ape aku tulis. Nanti jadi tak best. Trust me in this thing (^_~)



Dua2 kacak.

Pengenalan cerita, Ryuzaki Shinji si-tangan-tuhan yang mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit hanya dengan menyentuh pesakit dia, adalah seorang yang nampak dingin, tak tunjuk sifat diri dia yang sebenar. Daripada awal mesti rase, jahat tul mamat Shinji ni. Pastu pengenalan Aoi Ryosuke si-tangan-syaitan yang mempunyai kuasa membunuh seseorang hanya dengan sentuhan gak, tapi keperibadian dia sangat la baik. Dia sangat susah nak bunuh sampai kite akan rase cam..ish-bunuh-je-la-orang-jahat-tu.

A demon with God-Hand  vs  A god with Demon-Hand

Shinji ni nampak jahat sebab kita tak paham dia and dia tak expect orang untuk paham dia. Each time dia nak ubat orang, dia mesti nak tanye 'what will you do for me'. Rase cam kejam je mamat ni..tapi sebenarnye dia da lalui saat yang sukar dari kecik lagi. Dari dulu orang mintak kat dia suruh ubat diorang, tapi apa yang dia dapat? Sejak kecik da diletakkan beban yang sangat besar kat atas bahu dia. Each time orang salah paham kat dia, dia tak terangkan pun. Tu yang wat orang lagi pk dia ni jahat. Sebenarnye Shinji cume nak hidup normal, tanpa orang sentiasa mintak dia lakukan sesuatu untuk diorang. Sebab tu bile Nagisa tak penah mintak dia selamatkan Mio, dia suke kat Nagisa. Bukan suka cam aku-nak-kawen-ngan-ko tu. Ni dia cam respek la, sebab pompuan tu tanak pertolongan dia, tak macam orang lain.

Shinji n Ryosuke sebenarnye adik beradik. Shinji abg, Ryosuke adik. Kalau ikut Legenda bandar Ryukoku, setiap beberapa ratus tahun, akan lahir manusia yang mempunyai tangan-tuhan. Kemudian akan lahir dari rahim yang sama, manusia yang mempunyai tangan-syaitan. Takdir si-tangan-syaitan adalah untuk menghapuskan si-tangan-tuhan. Bunyik cam kejam ek.

Kalau ikut akal manusia:

Tangan-tuhan tu bawak kebaikan
Tangan-syaitan bawak keburukan

So bile bunyinye tangan-syaitan ditakdirkan lahir untuk hapuskan tangan-tuhan, cam kejam je kan.

Tapi hakikatnye:

Tangan-tuhan yang leh menyembuhkan penyakit tu, membawa huru hara.

Mengikut Lagenda, si-tangan-tuhan akan dihapuskan oleh si-tangan-syaitan sebab si-tangan-tuhan ni leh sembuhkan diri sendiri. So si-tangan-syaitan je yang leh bunuh. Oleh sebab lagenda tu, pas Ryosuke lahir, ayah and atuk diorang wat keputusan nak bunuh Ryosuke. Diorang takut Ryosuke terpaksa bunuh abang dia sendiri mcam dalam lagenda tu. Tapi mak diorang tak sampai hati nak bunuh. Kebetulan ade orang lalu time tu, dia bagi Ryosuke jadi anak angkat diorang.
Lepas tu, kat kampung (Ryukoku Dam), bile orang kampung tau pasal kelebihan Shinji yang memiliki tangan-tuhan ni, diorang berebut2 sampai bergaduh2. Ketua kampung sanggup jual kampung sebab nak sembuhkan orang. Sampai la kejadian lebih 10 orang mati sebab berebut2 mintak diubati. Semua orang salahkan Shinji. Mase tu atuk Shinji cakap, arahan bunuh Ryosuke adalah silap. Sebab atuk dia pk, if tak bunuh Ryosuke, Ryosuke leh hapuskan Shinji. So, takde la bunuh membunuh kat kampung tu. Lepas tu, ayah Shinji n Ryosuke larikan diri dari kampung tu. Ayah diorang serba salah tak bunuh Shinji awal2, menyebabkan kampung diorang huru hara.

Mase umo Ryuzaki 18 tahun, dia ditangkap sebab kesalahan membunuh 3 orang kawan rumah anak2 yatim dia. Dia pun masuk penjara. Padahal mase tu, Ninomiya yang bunuh 3 orang budak tu. Ninomiya wat rakaman, bunuh 3 orang tu n suruh Shinji ubat supaya dia leh wat duit dari sesape yang nk berubat ngan Shinji. Tapi Shinji tanak ubat diorang. So diorang mati n Shinji pun masuk penjara.

Tapi bila Shinji tau yang adik dia hidup lagi, dia nak keluar penjara. Sebab atuk dia penah cakap, Shinji n Adik dia perlu bersama. Lepas dia keluar penjara, dia selalu suruh Ryosuke bunuh orang. Shinji selalu cakap, if nak dia selamat kan orang ni, bunuh orang tu. Mule-mule Ryosuke tak paham. Pastu muncul lak watak Kumakiri, Sawamura, Sakaki [korang tengok la sendiri pasal diorang ni]. Diorang2 ni la yang menunjukkan ketamakan manuisa atas kuasa2 tu. Macam2 berlaku [tengok sendiri] sampai la bapak diorang muncul balik. Itu pun sebab nak bunuh diorang-tanggunjawab yang dia lari sejak 18 tahun dulu.

Lepas semua yang diorang lalui, akhirnye diorang saling paham. Selama ni Shinji aja Ryosuke untuk gunakan kuasa dia atas perkara yang dia rasakan perlu, bukan atas arahan orang lain. Tu yang Shinji buat selama ni. Dia selamatkan orang yang dia selamatkan, sebab dia nak selamatkan, bukan sebab orang lain suruh or ugut. Dia didik Ryosuke dalam keadaan Ryosuke tak sedar, supaya kelebihan Ryosuke tak disalah gunakan orang jahat cam Sawamura.
Last sekali, Ryosuke gunakan jugak kuasa dia ke atas Shinji. Tengok la sendiri endingnye. Best :)

p/s: aku jatuh cinta ngan Shinji. [er..baru semalam aku cakap Takuya Kimura kot]

Aug 6, 2010

The Sorcerer's Apprentice

Sape penah tengok cite the adventure of Merlin kat tv3? Aku!! Aku memang suke cite fantasi2 ni. Diluar imaginasi. Aku suke bende2 magic ni. Tapi kat bumi nyata, memang takde la kan. Hm..dulu aku ingt cite Merlin tu cam series biase. Rupenye memang ade hikayat dia. Merlin, seorang ahli sihir yang hidup kat zaman di mana sihir adalah dilarang. Pastu dak pompuan yang raja bela tu, lady Morgana, baik. Tapi rupenye dia akan jadi jahat. Memang pn dia ade cam rahsia besar je.


Ok! Back to the story. Cite ni aku tengok malam tadi ngan cik Ain. Cite nye cam sambungan hikayat tu la. Si Merlin ada 3 apprentice. Hovarth, Balthazar n Veronica. Hovarth n Balthazar crush kat Veronica. Tapi Veronica ske kat Balthazar. So, Hovarth yang patah hati ni pun berpaling tadah. Dia jadi pengikut Morgana yang nak hidupkan balik sume ahli sihir2 yang dah mati n kuasai dunia [ok, sume orang nk kuasai dunia. Mungkin dia leh berebut ngan raksaksa otromen or orang jahat power rangers yang juga nak kuasai dunia ] . Hovarth tolong Morgana hapus kan Merlin. Sebelum Merlin mati, dia bagi Balthazar cincin naga dia. Merlin suruh Balthazar cari the Prime Merlinean, budak yang akan mengalahkan Morgana. Cincin naga tu hanya akan sesuai ngan budak tu je. Mase tu lak, Veronica bertarung ngan Morgana. Untuk kurung Morgana, Veronica sedut roh Morgana, then Balthazar kurung diorang dalam Grimhold. Maka bermula lah kisah..




Nicholas Cage as Balthazar Blake

Monica Belluci as Veronica

Jay Baruchel as David Stutler

Alfred Molina as Maxim Horvath

David mase kecik.

Umo 10 tahun. Mase ni dia ngah ngorat Becky. Senang je nak declare rupenye. Dia tulis kat kertas tu,

* friend
* girlfriend

Pastu dia pas kat Becky suh Becky tanda kertas tu. Hahaha. [leh la korang curik idea ni nak declare] Tetibe pas Becky tanda, kertas tu terbang. Dia kejar2 kertas tu sampai la masuk ke tempat Balthazar. Pastu Balthazar bagi try cincin tu, muat! Tapi pastu Balthazar n Hovarth kene kurung dalam urn antik.

10 tahun kemudian..

Becky dah besar. Dave pn da besar.

 Maka bermulalah kisah diorang. Penemuan kembali ngan Balthazar, Hovarth, perjalanan hidup jadi apprentice, macam2 n memang kelakar. Sampai aku terpengaruh la nak jadi apprentice gak, semate2 aku nak sentuh rim kete aku, jadi la sport rim smart sket. Hahaha. Kesian tul kat aku punye rim tu. Eh. ape masuk cite kete aku lak ni. Ok. Balik ke Sorcerer's Apprentice.

Ni la tempat David belajar Magic, tempat yang sama dia wat eksperimen2 Fizik dia.

Pergh, leh gune tuk ngorat awek siot!! Time ni dia main lagu Secret - One Republic. Pergh tak yah cakap la..da la aku ngah gile lagu ni. [sekarang pun ngah dengar ni (-_-')]


David tak percaya yang dia leh wat Magic sampai la dia TERberjaya wat magic time nak kalah kan Sun Lok. Pastu baru dia percaya n nak belajar lagi.


David dikira bersedia lepas dia boleh wat magic tanpa cincin tu..and he made it!! [sampai ade yang tepuk tangan dalam panggung. tak paham aku. (*_*!) ] David kalah kan Morgana gune gabungan Fizik n Magic. Ha, baru korang tau betape bagusnye terer Fizik [g study cepat!!].


The End

Aku bagi 5/5 bintang. Aku sukeeeeeeeeeeee sangat cite ni.

p/s: Pasni ramai la nak jadi ahli Fizik. Hahahahaha. [ke aku je yang pk nk jadi ahli Fizik (~_~!)]

Aug 4, 2010

Tic Tac Toe

Aug 2, 2010

Bila saya kata..

BILA SAYA KATA SAYA SUKA
memang saya suka

BILA SAYA KATA SAYA BENCI
memang saya benci

BILA SAYA KATA SAYA MAHU
memang saya mahu

BILA SAYA KATA SAYA TIDAK MAHU
belum tentu saya tak mahu
mungkin malu?

SAYA BENCI BILA orang beritahu saya yang dia paham perasaan saya

SAYA BENCI BILA orang beritahu saya dia tahu ape saya rase

SAYA BENCI BILA orang beritahu saya dia tahu saya ada masalah

SAYA YANG TAU APA SAYA RASA kenapa anda pula yang beritahu saya apa yang saya rasa?

so

STOP judging me.
STOP saying that you know me.

SEBAB tiada siapa yang paham saya
so STOP saying like you do understand me

Saya lebih SUKA bila awak bertanya
tentang masalah saya
tentang perasaan saya
tentang situasi saya
daripada awak SUKA SUKA beritahu saya apa yang saya rasa

Let's skate!!

Oleh sebab bulan puase tinggal lagi tak sampai 2minggu, aku pn wat keputusan men ice skating. Kang sebulan takleh main dah.



Aku ikut arahan, amek gamba tpt parking supaye senang carik kete.

Ngah tunggu abg angkat yana keringkan ice rink :p


Macam la pandai main :p

Bintang lima

Apsal ntah wat muke ni.

Ha pas g sunway, g mines lak. Yana nak shopping baju.

Ngah try baju.

Aku pandai lak jadi penasihat dia. Hahaha.

Pas shopping, main bowling. Dak2 ni poyo je lebih. Macam la pandai main.






Yana tengok bolanye ke longkang


Adik tengok bolanye ke longkang

Aku je tak main. Da penat. Tak larat dah. Kalau aku main, menangis dak2 ni kalah. Tu yang malas tu. Huhu. Pastu lik umah tido. Cukup la bersukaria. Kite rehat sebulan.

Mr Brain



Entry hari ni aku nak story pasal Mr. Brain. Hm..camne nak bagitau ek..FULLAMAKATAK!!

or..

WALLAWEHHHHH!!!

hm.. biase kalau aku excited sangat,

WARGHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ok. Tu overall aku untuk cite ni. Memang sangat suke. Gile bijak. Tak tau sape yang bijak. Guess the person who give the story idea la kan. Aku baru tengok sampai episod 4. Cite ni pasal si Tsukumo Ryuusuke [Takuya Kimura], kene hempap ngan dinding. Pastu otak dia jadi berfungsi sebelah je..n yang berfungsi sebelah tu, berusaha lebih untuk berfungsi. Pas sembuh, Tsukumo jadi lain sket. Dia da tak suke majalah lucah dia, dia suke pompuan gemok, pastu suke wat eksperimen pasal otak. Gaye selenge je, tapi kadang2 gelak kuat2 tibe2. Rambut pn cute. Memang super duper cute la Takuya Kimura ni. Haha.


Team kat Institute of Police Science [IPS]



Gaye dia best!



Takuya Kimura


Ni lak polis dari Police Department Criminal Investigation Division.

Hayashida Toranosuke n Tanbara

Tanbara ni bos Hayashida, tapi dua2 selalu mintak tolong Ryuusuke. Haha. Suke aku tengok.



Hayashida Toranosuke - Hiro Mizushima

Aku da agak aku kenal mamat ni! 1st time aku tengok dia, cite mei sama no shitsuji. Gile suke aku kat dia. Super Cool la!!! Sangat lain dari cite2 dia yang lain. Memule aku tengok dia, pastu tengok cite lain, memang sumpah tak kenal dia. Sebab dalam mei sama no shitsuji memang tak sama. Cite ni dia clumsy, gelabah, but still cute. Hikhik *blushing* [tibe2] :p

Hiro Mizushima

 Hiro Mizushima as Shibata Rihito


p/s: Malam tadi aku layan cite ni sampai kul 5 pagi sebab takleh tido. Takut. Nape ntah tetibe bilik aku cam spooky je. Pastu g bilik air, bau kemenyan [if aku tak mengigau la]. Then cepat2 aku g bilik amek comforter n bantal, tido bawah ngan mak ayah. Hahahahahahahahha