Aug 30, 2013

Syaitan gembira, Syaitan bersedih

Disclaimer: Saya bukanlah seorang yang sempurna baik dari segala segi. Tapi sedang dalam proses memperbaiki diri. Harap bersama tegur menegur, elak caci mencaci.


Saya teringat pernah sekali terbaca dalam majalah Asuh, keluaran entah bila, di rumah entah siapa. Tentang tugas syaitan secara am nya, menyesatkan manusia, mengumpul seramai mungkin ke neraka. 

Semua orang tahu, yang jahat tu kawan syaitan, yang baik musuh syaitan. Oleh kerana pegangan tu lah, bila ada orang buat jahat sikit kat pesbuk, or surat khabar, mulalah orang2 baik ni mencaci maki, menghina orang yang melakukan perbuatan jahat tu. 

Dalam situasi ni, syaitan gelak besar!

1 sebab dia dah berjaya mengajak manusia berbuat jahat, 1 sebab lagi, orang yang tidak berbuat jahat tu bukan saja tak mengajak utk berubah, malah perbuatan mereka mencaci menghina itu juga menyebabkan syaitan ketawa riang menari2.

Realitinya hari ini, manusia mencaci orang lain yang berbuat salah kerana merasakan diri mereka lebih baik dari org yang di caci. Sedangkan mereka lupa bahawa Allah lah yang telah menutup perbuatan jahat mereka.

Kan ke lebih baik kita sama2 menasihati org y berbuat jahat, atau sekurang2nya mendoakan mereka, supaya syaitan menangis teresak2 sekiranya kita berjaya.

Peringatan untuk diri sendiri juga. 


1 684 org tengah mintak lolipop:

kay_are said...

hmm.. aku pun kadang2 wat gak macam ni.. tambah bile geram sangat..err..