Orang kata anak2 adalah cermin ibu bapa. Betul. Aku tak sangkal. Tapi masih ada kes2 terpencil dimana anak2 berjaya lihat dan contohi dunia luar.
Bukan senang nak bertahan positif dalam persekitaran yang negatif. Sebab tu sebagai ibu bapa, daripada hari pertama kita tahu ada makhluk yang terbentuk dalan janin isteri, kita dah kena mula berfikir bagaimana kita mahu mencorakkan anak kita. Dan kita sendiri perlu ubah diri kita seperti apa yang kita mahukan untuk anak.
Kalau nak anak solat cukup 5 waktu, tapi kita cuma kadang2, bagaimana agaknya hasil?
Pernah dengar tak..
Action speaks louder than words.
Kalau satu hari nanti anak kita tak hormat kita, jangan ditengking mereka. Sebaliknya cuba duduk depan cermin, fikir balik.
Bagaimana respon kita bila isteri/suami menegur kesalahan?
Bagaimana cara kita menegur kesalahan suami/isteri kita?
Lepas tu ubah.
Anak2 mula belajar melalui pemerhatian. Tengok ibu suka mekap, dia pun teringin nak mekap.
Tengok ibu selalu mengaji, walaupun satu hari nanti dia malas mengaji, sekurang2nya dia tahu mengaji tu satu amalan, bukan sekadar untuk majlis khatam.
Jadi, cerminlah diri kita, ubah mana tak suka. InsyaAllah "pantulan" kita turut berubah..malah mungkin lebih baik. Siapa tahu.
1 684 org tengah mintak lolipop:
entri yang berguna..betul2..kne ubah diri sendiri dulu kalau nak orang ikut care kite..=)
Post a Comment