Aug 31, 2013

Cermin

Orang kata anak2 adalah cermin ibu bapa. Betul. Aku tak sangkal. Tapi masih ada kes2 terpencil dimana anak2 berjaya lihat dan contohi dunia luar.

Bukan senang nak bertahan positif dalam persekitaran yang negatif. Sebab tu sebagai ibu bapa, daripada hari pertama kita tahu ada makhluk yang terbentuk dalan janin isteri, kita dah kena mula berfikir bagaimana kita mahu mencorakkan anak kita. Dan kita sendiri perlu ubah diri kita seperti apa yang kita mahukan untuk anak.

Kalau nak anak solat cukup 5 waktu, tapi kita cuma kadang2, bagaimana agaknya hasil?

Pernah dengar tak..

Action speaks louder than words.


Kalau satu hari nanti anak kita tak hormat kita, jangan ditengking mereka. Sebaliknya cuba duduk depan cermin, fikir balik.

Bagaimana respon kita bila isteri/suami menegur kesalahan?

Bagaimana cara kita menegur kesalahan suami/isteri kita?

Lepas tu ubah.

Anak2 mula belajar melalui pemerhatian. Tengok ibu suka mekap, dia pun teringin nak mekap.

 Tengok ibu selalu mengaji, walaupun satu hari nanti dia malas mengaji, sekurang2nya dia tahu mengaji tu satu amalan, bukan sekadar untuk majlis khatam.

Jadi, cerminlah diri kita, ubah mana tak suka. InsyaAllah "pantulan" kita turut berubah..malah mungkin lebih baik. Siapa tahu.

Aug 30, 2013

Syaitan gembira, Syaitan bersedih

Disclaimer: Saya bukanlah seorang yang sempurna baik dari segala segi. Tapi sedang dalam proses memperbaiki diri. Harap bersama tegur menegur, elak caci mencaci.


Saya teringat pernah sekali terbaca dalam majalah Asuh, keluaran entah bila, di rumah entah siapa. Tentang tugas syaitan secara am nya, menyesatkan manusia, mengumpul seramai mungkin ke neraka. 

Semua orang tahu, yang jahat tu kawan syaitan, yang baik musuh syaitan. Oleh kerana pegangan tu lah, bila ada orang buat jahat sikit kat pesbuk, or surat khabar, mulalah orang2 baik ni mencaci maki, menghina orang yang melakukan perbuatan jahat tu. 

Dalam situasi ni, syaitan gelak besar!

1 sebab dia dah berjaya mengajak manusia berbuat jahat, 1 sebab lagi, orang yang tidak berbuat jahat tu bukan saja tak mengajak utk berubah, malah perbuatan mereka mencaci menghina itu juga menyebabkan syaitan ketawa riang menari2.

Realitinya hari ini, manusia mencaci orang lain yang berbuat salah kerana merasakan diri mereka lebih baik dari org yang di caci. Sedangkan mereka lupa bahawa Allah lah yang telah menutup perbuatan jahat mereka.

Kan ke lebih baik kita sama2 menasihati org y berbuat jahat, atau sekurang2nya mendoakan mereka, supaya syaitan menangis teresak2 sekiranya kita berjaya.

Peringatan untuk diri sendiri juga. 


Aug 26, 2013

Tak tahan

Isnin.

Selasa.

Rabu.

Khamis.

Jumaat.

SABTU.




Takpe. Seminggu tu tak lama.

Seminggu je.











Never Loved Saturday More Than Now












Aug 25, 2013

Rindu

Masuk 3 hari.

Baru rasa nikmatnye rindu. Tak perlu air mata bersedih hiba. Cuma rindu.

Mungkin kerana ubat di depan mata?


Terima kasih sayang teman ibu :)


Aug 24, 2013

Demam

24.08.13

Asfa Sakinah genap empat bulan. Abah takde khabar berita. Stay tempat kerja, mungkin. Ataupun wifi da takde.

Asfa rindu abah.

Dari semalam lagi orang dah tegur badannya panas sikit. Pagi tadi check, 37.9.

Lepas mandi, 37.1.

Alhamdulillah.




Sian anak ibu.

Merajuk

Malam tadi Abah tak online

Asfa pulak tak sedap badan. Asyik nak melekap kat ibu je. Tak dapat cakap ngan abah. Nak tido pun susah. Sekejap2 merengek.

Pagi ni pun abah takde lagi. Asfa kejut ibu. Rupanya berak. Bile ibu tengok.

Astaghfirullah.

Banyak!

Sampai ke tilam. Ibu bangun cucikan. Asfa merajuk.

Haha. Cute sangat anak ibu. Patut la merengek2 pagi tadi. Lepas cucikan ibu susukn pn takmo. Merajuk. Comel sungguh awak merajuk.

Lame2 baru awak menyusu. Comel.


Aug 23, 2013

Hijrah

Betul kata orang

Semua berubah lepas kita melahirkan anak

Tak kisahlah dari segi fizikal atau mental.

Yang aku perasan aku mula rasa tak berkenan ngan template lame blog aku. Maka aku tukar. Konon2 dah jadi ibu2 template kene sopan santun.



Esok 24 Ogos 2013, genap lah 4 bulan usia Asfa Sakinah.

Dalam minggu ni Asfa da pandai isap kaki, meniarap, main air liur (bersembur2 kat nenek dia. hahaha), da mula angkat badan nak duduk, menangis sambil bercakap2. ape dia cakap semua org tak tau. Lagi satu, menyusu suka merungut2. Sambil menyusu berbunyi2.

Tapi abahnye jauh di mata. Tak tengok lagi Asfa meniarap tengok tv.

Paling latest, yang menjadi punca aku tulis entry ni, Asfa da pandai tido meniarap! Pusing sana pusing sini, tertiarap dan tertidur lena. Ok mungkin ade y kate biasalah baby tido meniarap. Tapi Asfa tak pernah. Di ulangi. Tak pernah!






Everyday seeing her learning new things,
Make me realized how fast she grown,
And how I missed my little one so much







Sebenarnye ade banyak aku nak tulis. Daripada Asfa lahir, pantang, pindah umah ibu n abah, raye..tapi sifat malas aku menjadi kekangan. Risau da tua nnt tak ingt semua kenangan tu.