Sep 4, 2013

Columbia Asia

Bulan 4 hari tu sy selamat melahirkan Asfa Sakinah, anak sulung kami dengan berat 3.23kg. Ok. Bukan itu yang saya nak cerita sebenarnya. Saya nak cerita pasal Columbia Asia, hospital sy melahirkan Asfa.

Ada sesetengah pihak yang prejudis terhadap hospital swasta.. 'biasela swasta, nak meniage'.

Pada mulanya pun saya takut nak refer hospital swasta, takut macam2 caj dikenakan. Dengar cerita mereka sebolehnya nak patient melahirkan ank secara czer, untung lebih. Perception? Mungkin. Tapi pengalaman saya melahirkan anak di hospital Columbia Asia, atau lebih specificnye, Columbia Asia Cheras, sebelah Jusco Cheras Selatan mengubah persepsi saya terhadap hospital swasta.

1. Asfa ditakdirkan overdue. Jadi saya check-in 2 hari selepas overdue kerana dinasihatkan induce. Tapi malam saya masuk tu dah ada bukaan 2cm, jadi nurse kata tak payah induce. Tunggu esok macam mana. Esoknya lepas subuh sy di masukkan ke labour room, bukaan masih 2 cm. Jam 9pg, doktor tiba dan bukaan saya sudah 3cm. Doktor pecahkan air ketuban, dan serentak itu contraction bermula. Jam 1tghri, baru bukak mulut nak mkn lunch (roti sandwich, sbb nurse nasihatkan jangan makan berat, takut buang air besar), da rase nk meneran. Tak sempat makan pun. Jadi tenaga kurang. Waktu meneran, lama jugak. Berkali2. Tapi doktor tak putus asa. Doktor tetap bagi semangat untuk saya melahirkan secara normal, tanpa vakum, tanpa czer.

2. Selepas 4hari, Asfa kuning. Sekali lagi saya refer hospital Columbia, dan ujian darah menunjukkan tahap kuning yang rendah. Jadi saya cuma dinasihatkan memberi bayi minum dengan lebih kerap.

3. Selepas sebulan, Asfa selesema. Pun saya refer Columbia, sekali dengan pengambilan oral Vitamin K. Doktor cuma memberi ubat titis ke dalam hidung yang berharga RM1.90. Guess what. Sy pun terkejut. Takde pun ubat antibiotik, botol besar, dan sebagainya. Untuk pengetahuan ibu2 di luar sana, bayi di bawah 2tahun tidak sesuai di beri ubat.

4. Ada 1 malam dimana Asfa menangis tak henti2. Saya pun turut menangis merayu2 suami bawak anak ke hospital. Jam masa tu da hampir pukul 1pg. Tiada klinik yang buka. Jadi kami bawa Asfa sekali lagi ke Columbia. Sampai di sana elok je dia menyusu dan tidur. Saya sangat berpuas hati sebab doktor tidak mentertawa atau memperlekehkan saya sebab cepat panik, padahal takde bende pn. Sebaliknya doktor tanye secara detail umur, berat, diet, pengambilan ubat2 baru2 ni, then doktor check fizikal Asfa. Kebetulan masa tu Asfa sedang demam, batuk dan seleseme. Kami dah pergi 2 klinik swasta, pelbagai jenis ubat di beri. Tapi saya tak bagi Asfa makan semua ubat tu. Tak berani. 
Then doktor discharge Asfa dan pesan supaya discontinue ubat batuk. Kalau batuk just tepuk2 belakang Asfa supaya dia lega. Juga without any medication prescribed. 

Jadi..siapa kata hospital swasta makan duit? Jangan takut untuk mendapatkan rawatan terbaik. You deserve it.

1 684 org tengah mintak lolipop:

kay_are said...

ye ke? memang bagus klinik swasta yang ko citekan ni.. tapi maybe sesetengah klinik swasta ade yang ok,ade yang tak kan.. =)