Sep 19, 2013

The Master's Sun

Disclaimer: Post kali ni agak poyo.

Pernah satu masa dahulu, cerita korea sangat popular. Sana sini orang tengok cerita korea. Kat Tv 1-8 semua mesti ade slot drama korea. Tapi lama2 orang dah bosan. Cerita sama. 2hero 2 heroin. Hero kaya heroin miskin. Heroin ke2 kaya suka hero kaya. Hero ke 2 kaya suka heroin miskin. Heh~

Aku pun dah lama2 bosan jugak. Dah lama tinggal. Tapi terstart balik sebab tertengok episod 1 I Hear Your Voice. Sumpah best. Mase tu memang rase gempak gile cerita.

Tapi kan...

Lepas tu tengok The Master's Sun. Pergh!

The Master's Sun cerita tentang Tae Gong Sil yang boleh lihat hantu sejak kemalangan. Setiap harinya penuh dengan ketakutan sebab hantu ada di mana2. Tapi sejak jumpa Mr. CEO, Tae  Yang berubah. Setiap kali Tae Yang sentuh CEO, hantu lari. Jadi bermula lah kisah Tae Yang dan CEO.

Mase episod 1 master's sun aku tak de perasaan. Tak eksaited cam episod 1 I hear Your Voice. Tapi graph menaik. Masuk episod 3,4, dah suka, episod 5,6 jatuh cinta, lepas tu dah tak boleh tinggal. Setiap kali rasa nak tengok lagi. Plus, memang romantik tahap rasa nak nanges. Huahua.

Tengah tengok episod 9. Sentap tengok ending episod ni. Aku plak rasa nak nangis.

Tapi kan. Bile ajak incik hasben tengok........









Sekian. Mari menonton episod 10.

Sep 14, 2013

Puteriku Sayang

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan, bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Illahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang, kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman


Untuk anak ibu: Awak ingat tak ibu selalu nyanyi lagu ni untuk awak masa dalam kereta or kadang2 sebelum awak tido. Ibu nak awak ambil nasihat dalam lagu nasyid ni.

Ibu sayang sangat kat awak.



Sep 12, 2013

Ulat dan Asfa

Hai, nama saya Asfa.
Hai, nama saya Ulat.

Saya suka awak. Kite kawan sampai bile2 ok!























Ulat ni best.
Kepalanye ada muzik. Badannye ade loceng, bunyi keronyok, bunyi tekan2, n bunyi rattle.

Asfa suke sangat. Bile buat muke nk nanges, ibu goncang2 ulat, terus wat muke fokus pulak. Hehe.

Ibu syg Asfa, Asfa syg Ulat, Ulat syg Ibu.

Yeay!

Sep 11, 2013

Random act of kindness

Pernah baca tak blog Hanis Zalikha, ala blogger femes yang sekarang da mula menceburkan diri ke bidang lakonan tu. Hehe. Skema la pulak. Saya selalu jugak baca blog dia, and ada satu artikel HZ yang buat saya teringat kat dia hari ni. Tajuknye Random act of kindness atau pun kebaikan rambang. Pegi baca sana kalau nak tau lebih lanjut.

Hari ni, pagi ni, saya terima kebaikan rambang yang dibuat oleh seorang lelaki. Cina. Dalam awal 30an kot.

Petang semalam da perasan tayar kereta flat. Dengan suami takde, pegi la pam tayar. Tengok2 pagi ni flat balik. Dah la Asfa meragam. On the way pegi Petronas nak pam tayar, sempat pesan kat Asfa,

'hari ni tayar pancit, ibu runsing, awak jgn menangis ye, abah takde'

Diam sekejap Asfa. Macam lah paham.

Sampai kat petronas, ade sorang lelaki sedang basuh tangan kat paip tempat pam angin tu.

Dia tanye nak pam tayar ke. Sy jwb 'haah'.

Ingatkan dia nak ketepi untuk bagi laluan saya ambil pam. Tapi rupanya dia ambil pam dan pam kan tayar saya.

'takpe I pam, u jaga baby'

Terkedu. Pegi bukak pintu angkat Asfa yang tengah menangis kat car seat.

'ini angin boleh tahan sampai petang. petang ni U pegi tampal.'

Lagi sekali aku terkedu.

'thanks ye'

Lelaki tu pun dengan slumber basuh tangan balik dan berlalu pergi.

oh...selamat pagi ku. Memang terkesan bila kita yang terima kebaikan tu. Tapi orang yang memberi kebaikan lebih banyak kesannya.

sekali lagi. TERIMA KASIH

Sep 9, 2013

Abah pun rindu

Hari ni entah kenapa anak ibu lesu je lepas amek dari umah BS. Asyik muntah je. 

Sampai rumah, nenek, atok n maksu semua nak pegi opis paksu, tayar paksu pancit tak boleh balik. Ibu pun nak ikut. Sunyi dok umah sorg2, nanti rindu abah.

Tapi dalam kereta, Asfa asyik muntah. Abes penuh baju ibu n maksu kene muntah Asfa. 
Banyak!
Sangat!

Dan Asfa lesu..pertama kali Asfa terlena kat bahu ibu. Nak angkat kepala pun macam tak terdaya.

Sian anak ibu sorang ni.





Ibu post kat fesbuk, nak tunjuk kat abah.


Abah pun rindu awak sayang! 

Sian abah. Minggu depan abah balik, Asfa ngadu kat abah puas2 ye syg.





Sep 5, 2013

Aktif

Malam tadi dekat pukul 3pg, Asfa kejut ibu
Ajak main.
Sampai pukul 4lbih jugak la.
Ibu dah la ngantuk da 3 mggu xckup tido.
Tapi..

Walau ngantuk macam mana pun mata ibu
Walau penat macam mana pun badan ibu
Walau sedih maca mana pun hati ibu

Setiap kali dengar awak nanges
Ibu tetap akan layani kehendak awak
Dengan senyuman

Awak cinta hati ibu
Baru ibu kenal..cinta tak bersyarat

Ibu syg sgt kat awak.




Learning process

Sejak abah pegi, da banyak Asfa belajar, Senang kerja ibu. Kalau dulu pagi2 siap bergilir dengan abah, sorg kene main dengan Asfa. Tapi sekarang, Asfa dah pandai main dengan kaki sendiri, sampai ralit.






Lagi satu ibu perasan, Asfa suke tengok tv. Bile ibu cerita kat abah.

'dia ikut perangai syg la tu'

Haha.


Sehari sebelum 4bulan, 23 Apr 2013, Asfa da pandai meniarap. Asyik meniarap je. Asal letak je meniarap. Ibu tinggal sekejap nk sedia air mandi, tengok2 da meniarap. Hehe. Bijak anak ibu.

Tapi bila dah penat mula nanges panggil ibu. Hihi.


Sekarang anak ibu da pandai jerit. Sikit2 jerit. Lambat sikit jerit. Tunggu lah abah balik nanti, tengok awak berani jerit ke tak. 





Haha.

Macam lah abah awak tu garang :p



Sep 4, 2013

Columbia Asia

Bulan 4 hari tu sy selamat melahirkan Asfa Sakinah, anak sulung kami dengan berat 3.23kg. Ok. Bukan itu yang saya nak cerita sebenarnya. Saya nak cerita pasal Columbia Asia, hospital sy melahirkan Asfa.

Ada sesetengah pihak yang prejudis terhadap hospital swasta.. 'biasela swasta, nak meniage'.

Pada mulanya pun saya takut nak refer hospital swasta, takut macam2 caj dikenakan. Dengar cerita mereka sebolehnya nak patient melahirkan ank secara czer, untung lebih. Perception? Mungkin. Tapi pengalaman saya melahirkan anak di hospital Columbia Asia, atau lebih specificnye, Columbia Asia Cheras, sebelah Jusco Cheras Selatan mengubah persepsi saya terhadap hospital swasta.

1. Asfa ditakdirkan overdue. Jadi saya check-in 2 hari selepas overdue kerana dinasihatkan induce. Tapi malam saya masuk tu dah ada bukaan 2cm, jadi nurse kata tak payah induce. Tunggu esok macam mana. Esoknya lepas subuh sy di masukkan ke labour room, bukaan masih 2 cm. Jam 9pg, doktor tiba dan bukaan saya sudah 3cm. Doktor pecahkan air ketuban, dan serentak itu contraction bermula. Jam 1tghri, baru bukak mulut nak mkn lunch (roti sandwich, sbb nurse nasihatkan jangan makan berat, takut buang air besar), da rase nk meneran. Tak sempat makan pun. Jadi tenaga kurang. Waktu meneran, lama jugak. Berkali2. Tapi doktor tak putus asa. Doktor tetap bagi semangat untuk saya melahirkan secara normal, tanpa vakum, tanpa czer.

2. Selepas 4hari, Asfa kuning. Sekali lagi saya refer hospital Columbia, dan ujian darah menunjukkan tahap kuning yang rendah. Jadi saya cuma dinasihatkan memberi bayi minum dengan lebih kerap.

3. Selepas sebulan, Asfa selesema. Pun saya refer Columbia, sekali dengan pengambilan oral Vitamin K. Doktor cuma memberi ubat titis ke dalam hidung yang berharga RM1.90. Guess what. Sy pun terkejut. Takde pun ubat antibiotik, botol besar, dan sebagainya. Untuk pengetahuan ibu2 di luar sana, bayi di bawah 2tahun tidak sesuai di beri ubat.

4. Ada 1 malam dimana Asfa menangis tak henti2. Saya pun turut menangis merayu2 suami bawak anak ke hospital. Jam masa tu da hampir pukul 1pg. Tiada klinik yang buka. Jadi kami bawa Asfa sekali lagi ke Columbia. Sampai di sana elok je dia menyusu dan tidur. Saya sangat berpuas hati sebab doktor tidak mentertawa atau memperlekehkan saya sebab cepat panik, padahal takde bende pn. Sebaliknya doktor tanye secara detail umur, berat, diet, pengambilan ubat2 baru2 ni, then doktor check fizikal Asfa. Kebetulan masa tu Asfa sedang demam, batuk dan seleseme. Kami dah pergi 2 klinik swasta, pelbagai jenis ubat di beri. Tapi saya tak bagi Asfa makan semua ubat tu. Tak berani. 
Then doktor discharge Asfa dan pesan supaya discontinue ubat batuk. Kalau batuk just tepuk2 belakang Asfa supaya dia lega. Juga without any medication prescribed. 

Jadi..siapa kata hospital swasta makan duit? Jangan takut untuk mendapatkan rawatan terbaik. You deserve it.

Touching Moment

Sejak jaga Resource Centre ni, masa banyak terluang menonton Running Man. And right now watching ep18, my eyes get teary..

Really..

Kadang2 rasa macam..ape la Ji Hyo ni..kerek gile ngan Gary. Walaupun Gary tak nsem, but at least he's not a loser. Tapi bile tengok 3rd game tu..haish..mmg bergenang la.

Romantik gile!

Time ni rase suke sangat kat Ji Hyo. Hahaha.



Sep 2, 2013

Sky Juice

Sky Juice adalah nama glamer bg air masak. Tapi sebenarnye tak glamer pn sbb ramai tak tahu. Ok hari ni cerita pasal air masak.

Semua orang tau air masak banyak khasiat walaupun air tersebut langsung tiada warna, bau mahupun perasa. Ok, sebab tu banyak khasiat.

Kalau baca pada list tips menguruskan badan, mencantikkan wajah, menghilangkan ngantuk, cemerlang dalam peperiksaan mahupun cara mengelakkan sembelit, pasti ada perkataan 'banyakkan air masak'.

Persoalannya.

Kenapa susah sangat nak minum?

Arghhhh...sembelit lagi! k bai nk g toilet.