Feb 28, 2014

Hormati hak ibu bapa

Semenjak dua menjak jadi ibu ni, baru la paham serba sikit perasaan jadi mak orang. Dulu tak pernah ambil kisah pun. Selama ni dengar je..'bukan senang jadi ibu', sekarang dah rasa sendiri. Tapi bila cakap ayat yang sama kat sepupu aku, diorang pun angguk dengan muka paham-tapi-tak-berapa-tahu. Muka aku dulu.

Sekarang dah jadi ibu, mak, pangkat pun da makcik..aku rase nak sentuh sikit bab yang satu ni. Bab yang even orang dah jadi mak pun kadang2 terlepas pandang. Mungkin merasakan yang hidup dah terlalu sempurna. Mungkin. Atau mungkin hidup dia memang sempurna. Mungkin juga..

Hormat hak ibu bapa.

1. Nama

First sekali and aku rase paling penting, nama. Mungkin orang lain tak kisah sangat, tapi kita kene sentiasa hormat sebab kita tak tau apa yang seseorang tu lalui hanya untuk letak nama anak dia. Mungkin ade sesetengah orang yang nama dia pakcik dia bagi, or nenek dia punye suggestion. Tapi apa salahnya, kalau jumpe anak orang, pandang ibu nya, tanya. Panggil ape baby ni kak.

Jangan pulak tanya sape name ni. 

Husna. 

Ooo..Hai senah. Cakkkk!!!

See? Pandai2 letak nama panggilan budak tu. Kesian mak dia. Mane tau mak dia cari name tu time pretnan penuh air mate berjurai2. Nak debate ngan husband lagi. Kaji sejarah serikandi yang pernah guna nama tu. Itu belum masuk telaah 8 9 buah buku, berpuluh2 website semata2 nk cari maksud nama yang baik. Lepas tu pulak mane tau nama tu adalah nama ke7 selepas yang lain semua gagal dalam debate dengan husband.

Lepas all of the above..Senah??

2. Cara membesarkan

Setiap ibu bapa nak yang terbaik untuk anak2 diorang. Kalau korang join group2 ibu2 kat fesbuk tu, banyak yang tekan kan pemakanan bayi bermula 6bulan ke atas, kalau boleh elakkan makanan di proses. Contoh macam nestum. Sebab kalau baca ingredients nestum pun korang tak tau ape sebenarnye yang diorang tulis tu. Tapi sebab kat cover tulis besar2 baik untuk minda dan perkembangan bayi, so baik lah agaknya. 

Aku tak kata jangan bagi anak korang nestum, or sape yang bagi anak dia cerelac tu tak bagus. Aku cuma kata, hormat lah keputusan ibu bapa lain. Kalau diorang rasa nestum tu terbaik untuk anak2 diorang, so be it. Kalau diorang rasa nak bg anak diorang puree pun, so be it.

Tak payah keluar statement
'ko bagi nestum? Ee...tak takut ke??? Makanan di proses ni kan tak elokkkk!!!' - style makcik2 kepochi bercerita

atau pun

'ko bagi puree buah?? patut la anak kau cekeding. ape sangat la khasiat buah tu!!'

ok? Got it?

Same goes to vax or unvax. Setiap ibu bapa mahu yang terbaik. Dan setiap ibu bapa mahu buat yang terbaik. Jadi hormati lah. Tak perlu merendah2kan orang yang tak sama pilihan dengan kita.

It just show how low minded you are.

3. Cara didik.

Ha ni lagi 1. Kadang kita dah rancang nak didik anak kita tanpa menggunakan gadget. Maknenye kalau dia nangis, dukung, pujuk, ajak main ketuk2 or whatever it is yang boleh buat dia tak nangis. Tapi tiba2 bawak balik kampung ade je yang nk 'tolong' hentikan tangisan dia dengan gadget2 ni. 

Tolong la hormat ye. Perhati cara seseorang tu. Jangan nak tunjuk pandai depan ibu bapak budak tu. Bukan diorang tak pandai, tapi diorang ada cara diorang sendiri..yang mungkin agak susah.

4. Perasaan.

Bab ni yang aku rasa emosi kemanusiaan tu lebih tinggi dari naluri keibuan dalam bab ni. Kalau nampak anak orang tu kurus ke, seleseme ke..tak payah keluar statement 'kesiannyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee'

Budak tu sihat. Bukan sakit ape pun. Cume tak gemok gedempol je. Kalau anak2 anda gemok, bersyukurlah tanpa merendahkan anak orang lain.

Sama jugak kalau budak tu selalu seleseme or batuk. Tak payah buat muka 'kesiannyeeeeeeeeeeeeeee' sambil pandang mak bapak budak tu macam diorang tak reti jaga anak. Kite tak tau mungkin budak tu alah pada habuk, atau dia baru je kene seleseme, atau dia berjangkit dengan anak korang? Heh~

ok makcik2??

Kesimpulan yang aku rasa, hormatilah ibu bapa. Tak payah sibuk2 nak judge orang lain. Bersyukur jika anak anda sempurna. Jangan sampai kesempurnaan tu merosakkan minda.


0 684 org tengah mintak lolipop: