Apr 17, 2014

Jepun sebuah negara yang bersih

"Bersihnya negara Jepun, tak macam Malaysia. Tu lah. Rakyat Malaysia ni pengotor. Macam mana nak maju" kata Ahmad sambil mengoyak kertas pembalut aiskrim. Kertas itu jatuh ke tanah.

Pandang kiri kanan.

'Takde orang nampak. Pheww' sambil terus melangkah dan menyambung puji2an keatas negara lain disulam selikan dengan kejian keatas sikap negara sendiri.






Mar 7, 2014

Cerai je senang!

Aku pelik betul baca komen2 rakyat Malaysia ni. Pandang satu benda tu kat permukaan je. Ok terus terang ni isu Hanez Suraya n Romio tu. Aku bukan nk komen pasal tu. Bersepah dah orang komen pasal tu. Yang aku nak sentuh ni pasal komen2 yang pandang ringan situasi LM tu.

senang gile penyelesaian diorang ni kan. Cerai je abes cerita. 

Aku sebagai perempuan, ade anak ade suami, bukan nak backup HS or Romio sendu ni. Tapi aku paham situasi LM tu. Dia confirm sedih. 8 tahun weh. Dari takde ape. Lelaki, bile dah ade 'kedai makan' kat luar, bini bersin pun dia rase macam hina gila bini. Padahal masa mula2 kawen bini kentut pun ketawe sama2. 

Tu la situasi LM. Sedih. Lame dia tanggung sedih tu. HS buat statement pn dia senyap je makan hati. Suami buat taik kat umah pun dia sabar je. 

Tibe2 senang2 je orang luar kate 'cerai je, abes cerita'

Tak abes kat situ kawan2. Panjang lagi cerita. Anak2 kene fikir. Lau kita cerai cara baik ok lagi. Tapi lau kita cerai then anak2 tengok ape laaaaa bapak aku ni tak semenggah betul. Pasal anak2 ni, banyak nak kene pk. 

Kalau kapel, baru ade hint menggatal pun takde problem punye. Breakup je. Dah terang2 dia tu mangkuk. Tapi dah berumah tangga, dah ade anak, panjang cerita. Banyak nak kene pk. Banyak nak makan hati. 

Senang cerita, mungkin cerai jalan terbaik. Tanya pada Allah, kalau dia masih jodoh yang boleh membawa kebaikan, mintak disatukan, tapi kalau tidak, mintak ketenangan untuk dipisahkan. Tapi jangan senang2 cakap 'cerai je, abes cerita'. Aku rase nak pelepuk orang akal pendek macam ni. 

Sekian.

Feb 28, 2014

Hormati hak ibu bapa

Semenjak dua menjak jadi ibu ni, baru la paham serba sikit perasaan jadi mak orang. Dulu tak pernah ambil kisah pun. Selama ni dengar je..'bukan senang jadi ibu', sekarang dah rasa sendiri. Tapi bila cakap ayat yang sama kat sepupu aku, diorang pun angguk dengan muka paham-tapi-tak-berapa-tahu. Muka aku dulu.

Sekarang dah jadi ibu, mak, pangkat pun da makcik..aku rase nak sentuh sikit bab yang satu ni. Bab yang even orang dah jadi mak pun kadang2 terlepas pandang. Mungkin merasakan yang hidup dah terlalu sempurna. Mungkin. Atau mungkin hidup dia memang sempurna. Mungkin juga..

Hormat hak ibu bapa.

1. Nama

First sekali and aku rase paling penting, nama. Mungkin orang lain tak kisah sangat, tapi kita kene sentiasa hormat sebab kita tak tau apa yang seseorang tu lalui hanya untuk letak nama anak dia. Mungkin ade sesetengah orang yang nama dia pakcik dia bagi, or nenek dia punye suggestion. Tapi apa salahnya, kalau jumpe anak orang, pandang ibu nya, tanya. Panggil ape baby ni kak.

Jangan pulak tanya sape name ni. 

Husna. 

Ooo..Hai senah. Cakkkk!!!

See? Pandai2 letak nama panggilan budak tu. Kesian mak dia. Mane tau mak dia cari name tu time pretnan penuh air mate berjurai2. Nak debate ngan husband lagi. Kaji sejarah serikandi yang pernah guna nama tu. Itu belum masuk telaah 8 9 buah buku, berpuluh2 website semata2 nk cari maksud nama yang baik. Lepas tu pulak mane tau nama tu adalah nama ke7 selepas yang lain semua gagal dalam debate dengan husband.

Lepas all of the above..Senah??

2. Cara membesarkan

Setiap ibu bapa nak yang terbaik untuk anak2 diorang. Kalau korang join group2 ibu2 kat fesbuk tu, banyak yang tekan kan pemakanan bayi bermula 6bulan ke atas, kalau boleh elakkan makanan di proses. Contoh macam nestum. Sebab kalau baca ingredients nestum pun korang tak tau ape sebenarnye yang diorang tulis tu. Tapi sebab kat cover tulis besar2 baik untuk minda dan perkembangan bayi, so baik lah agaknya. 

Aku tak kata jangan bagi anak korang nestum, or sape yang bagi anak dia cerelac tu tak bagus. Aku cuma kata, hormat lah keputusan ibu bapa lain. Kalau diorang rasa nestum tu terbaik untuk anak2 diorang, so be it. Kalau diorang rasa nak bg anak diorang puree pun, so be it.

Tak payah keluar statement
'ko bagi nestum? Ee...tak takut ke??? Makanan di proses ni kan tak elokkkk!!!' - style makcik2 kepochi bercerita

atau pun

'ko bagi puree buah?? patut la anak kau cekeding. ape sangat la khasiat buah tu!!'

ok? Got it?

Same goes to vax or unvax. Setiap ibu bapa mahu yang terbaik. Dan setiap ibu bapa mahu buat yang terbaik. Jadi hormati lah. Tak perlu merendah2kan orang yang tak sama pilihan dengan kita.

It just show how low minded you are.

3. Cara didik.

Ha ni lagi 1. Kadang kita dah rancang nak didik anak kita tanpa menggunakan gadget. Maknenye kalau dia nangis, dukung, pujuk, ajak main ketuk2 or whatever it is yang boleh buat dia tak nangis. Tapi tiba2 bawak balik kampung ade je yang nk 'tolong' hentikan tangisan dia dengan gadget2 ni. 

Tolong la hormat ye. Perhati cara seseorang tu. Jangan nak tunjuk pandai depan ibu bapak budak tu. Bukan diorang tak pandai, tapi diorang ada cara diorang sendiri..yang mungkin agak susah.

4. Perasaan.

Bab ni yang aku rasa emosi kemanusiaan tu lebih tinggi dari naluri keibuan dalam bab ni. Kalau nampak anak orang tu kurus ke, seleseme ke..tak payah keluar statement 'kesiannyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee'

Budak tu sihat. Bukan sakit ape pun. Cume tak gemok gedempol je. Kalau anak2 anda gemok, bersyukurlah tanpa merendahkan anak orang lain.

Sama jugak kalau budak tu selalu seleseme or batuk. Tak payah buat muka 'kesiannyeeeeeeeeeeeeeee' sambil pandang mak bapak budak tu macam diorang tak reti jaga anak. Kite tak tau mungkin budak tu alah pada habuk, atau dia baru je kene seleseme, atau dia berjangkit dengan anak korang? Heh~

ok makcik2??

Kesimpulan yang aku rasa, hormatilah ibu bapa. Tak payah sibuk2 nak judge orang lain. Bersyukur jika anak anda sempurna. Jangan sampai kesempurnaan tu merosakkan minda.


Jan 28, 2014

Stand by your self

27 Jan 2014. Asfa genap 9bulan 3hari.
Selalu Asfa berdiri berpaut kat ibu. Tapi ibu pelik sebab Asfa tak pegang ibu. Bila ibu pandang. Eh! Anak ibu dah berdiri lah!!

Cepat2 ibu panggil abah. Abah pulak panik semacam dengar ibu panggil. Hahahahha. Rupanya nak tunjuk Asfa da berdiri je :p

Dapat tengok pertama kali anak berdiri pun dah rasa heaven..macam ni rupanya perasaan jadi ibu. Takde perkara yang lebih membahagiakan selain tengok perkembangan anak sendiri.

Kalau lah aku paham lebih awal. Fasa remaja aku takkan jadi seperti dulu.
Kalau lah semua remaja paham dan tahu. Mereka takkan jadi seperti sekarang.
Kalaulah...

Cinta ibu lebih besar dari cinta kekasih kita
Bila kita menangis, ibu lebih kuat menangis
Bila kita gembira, ibu lebih lagi gembira
Tapi bila ibu sedih
Dia sembunyi sendiri, kesat air mata
Kalaulah aku paham dulu..


Tapi aku paham..sebab aku pernah lalu fasa tu..
Fasa dimana..
'Mak ayah tak paham aku!'

Kalau lah aku tahu..bahawa mereka lebih paham..



Dan roda terus berputar.......

Jan 24, 2014

9m = 1t

24.1.14

Hari ni genap Asfa 9bulan. Dan semalam ibu berguling2 keseronokan sebab dah rasa gigi pertama Asfa.




Campur keseraman sebenarnye. =,=



Oh. Hari ni juga birthday mak mentue. Tapi tak sempat call lagi. Jap lagi sy call ye umi.