Oct 31, 2013

Petua tidurkan anak dalam car seat

Lame dah tak menulis. Selama ni aku dok pk sejak ade anak bz nak menulis. Tapi aku silap. Rupanya sejak ada suami yang bz nk menulis. Masa suami outstation sebulan elok je aku menulis hari2. Hahaha.

Ok. Hari ni aku nak kongsi petua tidurkan anak dalam car seat. Sebelum ni da macam2 cara aku buat. 

Susukan sampai tidur, then letak kat car seat. Dulu2 boleh la. Masa 3-4bulan. Masa tak pandai main sangat.

Lepas tu aku nk bagi dia diam kat car seat, beli mainan banyak2, ulat lah ape lah.

Pernah bila jalan jauh, aku bg susu dlm botol. Tertidur dia kat car seat.


Tapi itu semua dulu...sebelum dia lasak. Sana sini nak main. Sekarang bg botol susu, minum2 pastu campak ke bawah. Mane nk sampai amek balik. Bagi ulat, henfen mainan, sume campak bawah. Pastu menjerit nak bangun dr carseat. Bosan. Bile angkat, kemain seronok main stereng. Perjalanan 20minit jd 2jam.




Tapi sejak minggu lepas, aku dah dapat kaedah baru.

1. Pastikan anak dah kenyang. Sebelum dia bangun dr katil, aku dah susukan dalam pukul 7pagi. Then kul 8pg dah suap makan. Kalau anak belum boleh makan, cukup sekadar dah susukan.

2. Pastikan anak duduk dalam carseat betul2. Pakaikan seat belt. Biarkan dia menangis. Tapi kalau melonjak sampai tersenget2 duduk, betul kan dulu.

 Pasang semua belt yang ada. Supaya kedudukan anak tak lari.

3. Tingkap bukak sikit je. Jangan sampai boleh lepas lengan. Kite taknak anak kene angin kuat sangat. Tapi tingkap belah kite bukak luas sikit. Dalam separuh tingkap.



4. Jalan. Anak tengah nangis pun takpe. Jangan dok g melayan dia. Biarkan dia nangis sorg2. Percayalah. Tak lama. Tak sampai 5 minit mesti tidur. Even tengahari pn. Takde panas lah bukak tingkap. Sebab bunyi angin dan hembusan angin tu akan buat dia ngantuk. Even kite pun tengah2 hari panas2 tu mesti ngantuk. 

5. Pastikan anda bersedia dengan penghadang. Supaya anak tak terjaga bila silau cahaya. Kadang lalu di kawasan menghadap matahari, tutup dengan penghadang. Kadang aku tak perasan, bile anak menjerit, oh rupanya silau n panas. 

 
Penghadang ni aku gune catalog cat je. Sejak Asfa lahir lagi ni la aku gune. Hehe.


6. Lepas anta anak ke rumah pengasuh, bukak aircond and pasang radio sesuka hati anda. 


Senang je kan. Selamat mencuba!
















Oct 10, 2013

Hadis ke 7

Aku ada seorang sepupu umur 5 tahun. Darwisya namenye.


TIbe2 aku teringt keletahnye.

Wisya bersekolah di PASTI area umah dia. Kat sekolah tu ada blaja hadis. Setiap kali jumpe dia aku tanye hadis ape dia blaja. DIa pun dok ulang 'hadis pertama, hadis syurga. sesngguhnya syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu'

Bile aku tanye ape maksudnye, tersengeh2 tersipu2.

Baru2 ni dah blajar sampai hadis ke 7. Hadis malu.

Al-Hayaa'u min Al-Iman

Suatu petang lakiku dok bisik2 tanye Wisya bakhil tu ape. Wisya geleng tak tahu.
Kemudian aku bertanye tentang hadis 7.

Wisya duduk tegak dan bermula.

Hadis ke 7. Hadis malu.
Al-Hayaa'u min Al-Iman.
Sesungguhnya bakhil itu sebahagian dari iman.













Satu rumah pecah perut!

Oct 9, 2013

Shopaholics

Rambang matanya.

Oct 7, 2013

Suatu perjalanan yang panjang

Balakong ke Serdang bukanlah jauh mana. Tapi dengan Asfa, segalanya mungkin.



20 minit berhenti tepi jalan dek kerana air mata Asfa yang berjurai2.

Di peluk.
Di susukan.
Main2.

Last2..







Ni lah kejenye. Da nampak ok baru ibu jalan.

Sekali tengok2..








Da terlena dengan ulatnya.

Asfa..Asfa..




Ibu vs Abah - yang mana pilihan kalbu

Last week, Khamis, 3oktober2013, rumah mak.

Asfa buat lawak.

Ibu abah ngan siap2 kemas2 beg nak balik umah, then abah angkut beg ke kereta. Tiba2 Asfa menangis2 depangkan tangan ke arah abah kat pintu.

Anak ibu takut abah tinggal dia. Hahaha.

Dah kenal abah rupanye. =)










Tapi kalau meragam tetap cari ibu jugak.


5 Bulan

Kalau dulu 4 bulan Asfa da mule belajar meniarap, sekarang dah mule 'scan' objek sekeliling guna mulut.








Baru2 ni pulak dah pandai mengundur. Berpusing tak payah cakap lah. Abes 1 ruang tamu di guling. Sampai nak termasuk kabinet TV. 




And paling baru, tadi, kat rumah mak tadi, Asfa dah boleh angkat dada. Tak lama lagi merangkak lah tu. Nak kene spare duit untuk beli pagar pulak.


Go girl!!



Review Combi Well-Comfort





Dulu aku pernah tulis pasal stroller yang aku dok survey2. Last2 aku pilih COmbi Well Comfort. Sebab ringan kunun2nye. Memang ringan. Senang di bawa ke hulu kehilir. Tapi tak tau la Comfort tu perkataan untuk ibu or utk baby. Sebab sepanjang 5bln lbih Asfa gune stroller ni, masa dalam hari je dia tidur lena tak gerak2. Masuk je 1 bulan, g hospital menangis2 langsung taknak duduk dalam stroller. Masuk 2 bulan mata da cerah, da boleh duduk tersengih2 dalam stroller, tapi memang takkan tidur. 


 
Asfa 2 bulan.



Nampak selesa ke. Tapi ni kalau komen depan Mr. Abah, kompem ha-kan-dulu-abg-da-ckp. 


Kadang jeles je tengok anak orang lain senang je tido dalam stroller. Asfa lau ngah tolak stroller je dia leh tido. Bila benti je kompem mata bukak. Tak tau la sebab stroller yang tak bape nk comfort or sebab Cik Puan Asfa yang super sensitif + manje. 

Ape pun, saya tetap bersyukur dengan apa yang ade... T_T




Oct 2, 2013

Sayang itu tidak bersyarat

Asal saja hati mahu.