Memandangkan puasa kali ni lain sikit, ehem, maksudnya sudah baru berdua, maka banyaklah masa lapang untuk melakukan perkara2 yang tak pernah dilakukan. Maka semalam, kami mulakan dengan air soya buatan kami suami. Hehe.
Cara2 buat air soya.
1. Beli kacang soya kat mana2 pasar raya.
Maaf gambar tak sempat amek. Semangat sangat nak buat sampai lupe amek gamba. Warne kacang soya adalah perang, bukan putih macam kat gambar air kotak soya korang beli kat kedai. Sbb tu masa cari kacang soya kat Giant, kitorg tak jumpa. Bile baca satu2 baru perasan, 'oh, ini rupanya kacang soya'
2. Rendam
Rendamkan kacang soya dengan air secukupnya. Mula2 suami rendam betul2 cukup2 je (biase lah orang lelaki) , but then kacangnye jadi kembang n dah tak cukup air.
So pastikan air cukup.
3. Buang kulit
Yang ni aku tak sure sangat. Whether we suppose to rendam lama lagi sampai kulitnya
tanggal sendiri or what, tapi sebab da tak sabar sangat nk buat, kami dengan rajinnye
buang kulitnye satu persatu.
Abes jugak lah 2 movie kami tonton sepanjang proses buang kulit.
(=,=')
4. Blend
Lepas da buang sume kulit, da pilih sebijik2 mane tak cantik letak tepi, basuh bersih2, maka
boleh la di blend.
5. Rebus
Lepas da blend semuanya, rebuskan sampai mendidih.
6. Tapis
Da sejuk sikit boleh la tapis dan ambil airnya sahaja. Kami guna tapis teh kain yang panjang
(selalu mamak guna wat teh tarik) tu supaya air tapisannya tiada serdak.
7. Campur dengan air gula dan boleh la minum!
Dah siap tapis baru lah teringat nak amek gamba.
Tadaaaa!!!
Sedap sangat! Puas hati air soya buatan sendiri. Terjamin kebersihan dan kualitinya.
Sangat banyak airnya. So rasanya lepas ni dah tak perlu beli di pasar malam.
(^_^)
0 684 org tengah mintak lolipop:
Post a Comment