Dec 31, 2012

Dulu dan sekarang

Bagi aku umur 23tahun adalah umur yang paling best sekali. Masa tu lah kite baru abes blaja>dapat keje>merasa pegang duet sendiri>takde tanggungan(kecuali hutang PTPTN)>maka duet tu dihabiskan dengan sesuka hati tanpa mengambil kira masa depan. Itupun kalau korang jenis macam aku lah. Hahaha.

Cantik kan rollerblade aku. Bile kene lampu dia ade pantulan cahaya. Tibe2 rindu kat RB aku ni ha :(


Masa umur tu lah aku rasa paling sesuai kalau korang nk all out dengan hobi n minat di mana anda tidak perlu memikirkan anak anda ada cukup lampin atau isteri anda nak mintak kenny rogers tibe2 tengah2 bulan. Masa aku 23 tahun duluuuuuuuuuuuuuuu (macam dah sangat lama je kan), aku beli roller blade untuk diri sendiri. Tak caye tengok ni. Roller blade aku yang power gile. Alasan aku berbelanja ratusan ringgit adalah kerana kakakku kawen maka ku tetibe sunyi. Kunun-kunun nak main rollerblade dikala sunyi. Tambahan pula time tu single. Tapi silap perhitungan, roller blade da abes RM300++ beli kat midvalley tapi aku takde teman bermain!! Chait! Penah la main 2 3 kali kat dataran putrajaya suruh mak teman. Tapi! Dah suruh mak kan, kompem la jgn harap nk balik lambat main lame2. Baru je 2 minit mak dah ajak balik. Bawak plak sepupu 2 orang, kene pulak main tukar2 dengan diorang sebab kalau tak tukar diorang pun bosan dan nak ajak balik. Haih. Entah ape ntah. 

Last2 ku simpan je cantik2 dlm kotak bawah katil. Bile teringin sangat je aku pakai kejap dalam bilik then roll2 sket pastu simpan balik. Pathetic gile kau! Hahaha

Itu dulu.

Bile da nak kawen aku jual roller blade tu. Lepas tu sampai sekarang aku menyesal tak sudah.

Sekarang aku ngah survey2 nak cari stroller baby pulak.

Aku berminat ngan stroller yang ni. Combi well comfort. Sebab dia ringan & senang lipat. Konon2 lau hasben bz sesangat leh la g dating ngan baby. Tehehe. Konon2!


Lepas tu aku terfikir, kalau aku ade roller blade leh aku main tolak2 stroller baby sambil berrollerblade. Hahaha. Jangan buat ye! Di buatnye kau jatuh tak boleh nak kawal badan, imagine la camne stroller anak kau meluncur nanti. Mase tu jangan sebut nama aku. 

Makin kite meningkat usia, persekitaran berubah, kite kene adapt la dengan perubahan. Time2 da pretnen ni haruslah duet dilaburkan kat barang2 ank je. Banyak lagi benda lain da nak kene fikir. 

Maka pada yang belum kawen, hargai la masa anda..dan duet ($_$). Lau da tak tau nak buat apa leh derma ke tabung amal anak aku..wat tambah2 duet aku nak beli stroller stylo mylo cam roller blade aku dulu. Ekekeke.

Dec 24, 2012

Merindui dia yang hilang

Malam tadi aku mimpi
Mimpi dia yang dah hilang
Bukan pergi ke mana
Masih di depan mata
Cuma bukan dia yang sama

Kenapa kan

Makin kita dewasa
Makin kita berjauhan

Kenape ye?

Lupa kah camne kita semasa kecil dulu

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Baru ku tau begini rupanya
Perasaannya



Dec 10, 2012

Ayam vs Itik - situasi 2

Ayam: Ketakkk ktak ktak ktakkk

Itik: Quackk quack Quack quackkkk

Ayam: Ketakkk ktakk ktakkkkk ktakk

Itik: @(*$%^#)$&

(Itik tak paham ape ayam cakap tapi dia tafsir sendiri n sakit hati, maka itik pun bercerita pada kawan2nya yang ayam mengata golongan itik.)

Maka..

Itik 1: Quackkkkkk quackkk quack quackk

Itik 2: QUackk quackkkkkkkkk

Itik 3: QUackk quackkkkkkkkkkkkkk quackk

Ayam: ????????????????????

Itik : (Tersenyum sinis tengok ayam tak tau nk sembang ape dah)




p/s: Poyo semua soalan ni!!


Nov 22, 2012

Realiti dan imaginasi



Baru je selesai menonton The Guardian, Legend of Gahoole..dan movie tu betul2 buat aku berfikir..




Kita tau ape yang betul dan ape yang salah, pihak mana yang baik dan pihak mana yang jahat. Tapi dalam dunia realiti, kebanyakan kita adalah seperti Kludd. Tahu apa yang betul tapi memilih yang salah hanya kerana kepentingan diri sendiri. Kita tak fikir kita di pihak mana asalkan bersama pihak tu kita dapat apa yang kita mahukan, dan selalunya kuasa..mungkin juga kemasyhuran.








Sedangkan kita tahu jika kita di pihak yang betul, dunia akan sempurna dan makmur, di mana yang kuat melindungi yang lemah, yang sihat membantu yang sakit.

Lihat dunia sekarang. Kuasa besar dunia mahu menjadi pemerintah kerana merasakan merekalah bangsa terkuat. Bangsa yang lemah di'buta'kan sewaktu sedang tidur yang kemudiannya mereka hanya menjadi pak turut melakukan apa saja yang di suruh pemerintah. Yang merasakan ada kepentingan pula mahu menjadi sekutu bagi kuasa besar, biar terpaksa menjadi pengkhianat, asal kemahuan peribadi tercapai. Walaupun yang dikhianati tu saudara sendiri..






Mari kita berfikir, dan bertindak berani melawan arus. Seperti Soren.



Sekian. Gerak2 si kecik ni tak sabar balik umah nenek lah tu. Jom balik!

Kau yang Terindah

Ada sesuatu yang tak mampu diungkapkan
Bila rasa itu
Saat aku baring berseorangan
Saat aku sakit berseorangan
Saat aku menangis berseorangan

Dia ada menemaniku
Kadang bergerak2 mengingatkanku
Dia ada di situ
Sedang temani aku

Tak sabar menanti
Saat melihat wajahnya nanti

Ibu tunggu kamu ya 
=)

Jul 25, 2012

Air Soya buatan suami

Memandangkan puasa kali ni lain sikit, ehem, maksudnya sudah baru berdua, maka banyaklah masa lapang untuk melakukan perkara2 yang tak pernah dilakukan. Maka semalam, kami mulakan dengan air soya buatan kami suami. Hehe.

Cara2 buat air soya.


1. Beli kacang soya kat mana2 pasar raya. 


Maaf gambar tak sempat amek. Semangat sangat nak buat sampai lupe amek gamba. Warne kacang soya adalah perang, bukan putih macam kat gambar air kotak soya korang beli kat kedai. Sbb tu masa cari kacang soya kat Giant, kitorg tak jumpa. Bile baca satu2 baru perasan, 'oh, ini rupanya kacang soya'

2. Rendam 


Rendamkan kacang soya dengan air secukupnya. Mula2 suami rendam betul2 cukup2 je (biase lah orang lelaki) , but then kacangnye jadi kembang n dah tak cukup air. 
So pastikan air cukup.

3. Buang kulit


Yang ni aku tak sure sangat. Whether we suppose to rendam lama lagi sampai kulitnya
tanggal sendiri or what, tapi sebab da tak sabar sangat nk buat, kami dengan rajinnye 
buang kulitnye satu persatu. 
Abes jugak lahmovie kami tonton sepanjang proses buang kulit. 
(=,=')

4. Blend


Lepas da buang sume kulit, da pilih sebijik2 mane tak cantik letak tepi, basuh bersih2, maka
 boleh la di blend. 

5. Rebus


Lepas da blend semuanya, rebuskan sampai mendidih.

6. Tapis


Da sejuk sikit boleh la tapis dan ambil airnya sahaja. Kami guna tapis teh kain yang panjang 
(selalu mamak guna wat teh tariktu supaya air tapisannya tiada serdak.

7. Campur dengan air gula dan boleh la minum!


Dah siap tapis baru lah teringat nak amek gamba.

Tadaaaa!!!


Sedap sangat! Puas hati air soya buatan sendiri. Terjamin kebersihan dan kualitinya.
 Sangat banyak airnya. So rasanya lepas ni dah tak perlu beli di pasar malam.

(^_^)

Jul 14, 2012

Tips tau perangai pasangan lepas nikah

Ade seseorang pernah bertanya aku baru2 ni.

'Kenapa pilih dia. Macamana nak tau apa perangai sebenar dia'



Krisis yang di alami oleh semua orang. Kadang2 tu bercinta sampai 10tahun pun, nikah 3 hari boleh cerai. Ape masalahnye? Sebab lepas nikah, hidup 24/7 dengan dia, baru tau perangai sebenar dia macam mana. Masa tu cinta semua hilang entah ke mana. 

Kenapa?

Satu yang aku belajar, cinta tak kekal lama. Cinta tu anugerah Allah. Bila2 masa Dia boleh tarik balik. Sebab tu kalau nak bahagia, kita jangan mintak pada orang. Selalu dengar budak2 baru nk naik dating sembang sampai pagi

'awak jangan tinggal saya ye'

'saya harap sampai bila2 kita macam ni'

'saya bahagia dengan awak. Jangan pernah berubah ye'

maka pasangan yang sedang sama mabuk cinta pun akan jawab

'saya tak akan tinggalkan awak sampai bile2'

and they live happily ever after

...

Siape percaya angkat tangan!

*Senyum sinis*

Noob!

Sampai satu tahap, sampai satu masa, semua kata2 manis tu tinggal kenangan yang pahit. Lagi manis kenangan tu, lagi pahit nk telan bile dah takde.

Cinta tu kurniaan Allah. Dia akan bagi pada sesiapa yang Dia nak, bila2 masa yang Dia nak. Cinta tu rahmat Allah. Jadi kalau nak bahagia, mintalah dengan Dia. Sebab hanya Dia yang berkuasa nak bagi cinta kat sesiapa Dia nak.

Berbalik pada soalan tadi.

Macam mana nak tau perangai sebenar dia lepas kawen nnt?

Jawapannye........


.
.
.
.
.
.
.
.

TAKDE SAPE TAU

Tanye lah siapa pun. Tiada siapa yang boleh bagi jawapan yang tepat. Even diri sendiri. Sebab kita tak pernah tau apa akan jadi di masa depan.

Berapa ramai yang kompem2 dia akan  jadi pasangan yang setia but end up break up?


Kadang2 kita dah cukup yakin kita takkan curang dengan pasangan kita sebab kita seorang yang setia. 


Puffff!!! Allah kata kun fayakun.


Tibe2 kite FIL with one of kawan lelaki kita. Siapa nak jawab? 


Kadang2 tu dia playboy but end up lepas kawen punye lah setia. Takde sape tau ape akan jadi. Yang kita sebagai manusia biasa boleh buat..mintak pada Dia. Sebab Dia yang tentukan semuanya. 


Andai nanti rumah tangga kita tak seperti yang kita harapkan, Dia mahu uji kita.


Andai nanti rumah tangga kita bahagia, jangan lupa Dia.


Semua yang terjadi atas kehendak Dia. Serahkan semua pada Dia. Tak payah pening2 pk benda yang bukan kerja kita.




This person ask me the question because I got married with someone I only known for 7 months. We engaged after 4months. And get married after 3 months engagement. Why? Sebab saya percaya qada' dan qadar. Saya serahkan segalanya pada Dia. Bukan main tibai. Itulah perlunya solat istikharah :) Tanya pendapat kawan2, boleh. Tapi Dia lebih tau apa yang terbaik untuk kita.


p/s: saya bercinta lepas bertunang, bukan lepas kawen. Hihi. Dating pun untuk beli barang2 hantaran je :D

May 16, 2012

Salah siapa?

11 minit sebelum kelas bermula. Aku leh suka2 hati duduk depan lappy kat resource centre. Haish.

Sebenarnye dah lama aku fikir benda ni. Tapi aku tak dapat jawapan. Kalau diri setiap individu tu terbentuk melalui didikan keluarga, yang mana orang selalu cakap didikan paling awal kita dapat, kenapa perangai setiap orang dalam adik beradik tu tak sama. Ade yang dengar kata, ade yang tak dengar kata. Nak salah kan siapa pulak kalau dah mak bapaknye orang yang sama. 

Pening.


Apr 16, 2012

Belajar hormati pandangan orang lain

Hidup ni subjektif. Setiap orang ada pandangan dan pendapat masing2. Tak semestinya apa yang kita fikir betul untuk kita, betul juga untuk orang lain. Jika orang lain ada pendapat yang berbeza dengan pendapat kita, kita tak perlu keluarkan kata2 negatif semata2 nak suruh dia ikut pendapat kita.

Tak paham?

Meh aku bagi contoh.

Melur: Eh. Sofa ni lagi cantik la dari sofa tadi. Aku nak sofa ni la letak kat ruang tamu rumah aku
Mawar: Hek kau. Sofa ni orang bute je pakai. Orang takde taste. Kau nak ke jadi takde taste.

Ok. =,='

Really. It happen to me ALL THE TIME lately.

Tapi haruslah didiamkan aje. Orang macam ni kalau kite layan, kita pn sama kurang IQ macam dia. Diam tak bermakna kalah. Oke.

Belajarlah terima pendapat orang lain. Setiap orang ada pendapat masing2. There is no right or wrong in making opinion. Life is subjective. Learn it, love it, live it.




Dare to be different

Note utk kamu: terima kasih terima saya seadanya

Apr 3, 2012

Ayam dan Itik

Ayam : Ketakkkk ktak ktak ktakkk

Itik : quackkkkkkkkk quack quack quack

Ayam : Ktakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Itik : Quackkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk



Conclusion: Ayam cakap ngan itik, sampai ke sudah takde penyelesaian.

Aku bengang setiap kali masuk kelas ayam itik ni. Endingnye kang time presentation lecturer pn pening. Tapi lantak la. Sape kisah kan.

Sengal

Feb 13, 2012

Tibe2 nk touching

People get closer when they start sharing
Then they do mistakes and forgiving
And so the bond keep growing

It is easy to make friends
But it is hard to maintain




Hargai kawan-kawan kita
Pesanan khidmat masyarakat ini di bawakan oleh aku