Natrah 28 Nov 2010
Natrah lahir di Tijimahi, Jawa, Indonesia, pada 23 Mac 1937 dengan nama Bertha Maria Huberdina Hertogh. Ayahnya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh merupakan Sarjan Belanda yang ditangkap Jepun di Indonesia. Pada tahun 1942, ibu Maria, Adelaine Hunter yg pada ketika itu kesempitan hidup telah menyerahkan Maria kepada Aminah, teman rapat Adelaine semasa Maria berumur 5thun. Aminah besarkan Maria dengan nama Natrah dan mengikut ajaran Islam. Tahun 1945, Aminah bawa Natrah pulang ke kampung nya di Kemaman, Terengganu sebab masa tu orang Indon ngah benci gile kat bangsa kulit putih sebab di anggap bangsa penjajah & tahun yang sama jugak ayah Natrah dibebaskan Jepun sebab masa tu Hiroshima n Nagasaki kene serang bom atom oleh Amerika. Pas bebas, ayah dia cari Natrah kat Bandung, Indonesia tapi tak jumpa. So diorg 1 family balik Belanda tak bawak Natrah tapi b4 balik ayah dia da pesan kat sume pegawai2 kulit putih untuk carikan anak dia tu.
Natrah sangat rapat ngan Mak Aminah, walaupun nakal, tapi tetap manje n patuh ngan mak dia.
Dalam teater ni digambarkan Natrah tu sangat manja dengan mak dia [Aminah]. Tapi Natrah juga nakal. Sama macam budak2 lain. Suka main. Tapi sebab mak dia tegas, Natrah memang dibesarkan dalam ajaran Islam. Setiap hari mak dia tanye da solat ke belum. Pas solat kene mengaji. Sampai la 1 hari Sir Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu ternampak Natrah kat Sek Perempuan Chukai mase ngah sukan kat padang sekolah. Dia tau Natrah tu anak Hertogh yang tengah di cari2 sekarang ni. So dia pun pancing Aminah untuk bawak Natrah ke Singapura.
Sir Arthur Locke cakap nnt kat Singapura Natrah leh jumpa family dia n Aminah leh dapatkan dokumen hitam putih mengatakan Natrah anak angkat dia. Tapi sampai je kat Singapura, Natrah diminta untuk diserahkan kepada parents dia tapi Aminah tak nak bagi. So surat perintah mahkamah sampai n Natrah di tempatkan di Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura sementara tunggu perbicaraan selesai. Memang itu tujuan orang putih perdaya Aminah bawak Natrah pegi Singapura. Sebab Terengganu bukan negeri bersekutu, so Belanda susah nak campur tangan hal2 camtu. Bile sampai Singapura, senang la keje diorg.
Natrah sebenar ngan Mak Aminah. Natrah sayang sangat kat mak dia ni
Aminah risau Natrah duduk situ sebab risau akidah Natrah. Solat, makan, puasa dia kat tempat tu. Mase kat situ gak la Natrah jumpa Mansur Adabi. Gile best n sweet tengok Remy Ishak jadi Mansur Adabi. Pas settle je perbicaraan n Natrah leh balik kat Aminah, diorg cepat2 kawen kn Natrah ngan Mansur Adabi sebab ikatan suami isteri lagi kukuh dari ikatan ibu n ank angkat yang takde hitam putih tu. Tapi tu pn silap jugak. Sebab diorg di nikahkan di Singapura. So still tertakluk bawah undang2 kat singapura.
Gamba kawen Natrah ngan Mansur Adabi. Natrah kawen ngan Mansur Adabi atas dasar cinta, tapi diorg nikah gantung je sebab Mansur pn tau Natrah muda lagi.
Parents kandung Natrah yang tak puas hati bawak kes tu g court lagi. Kali ni diorg menang walaupun Natrah dah bersuami sebab Natrah berumur 13 tahun n ikut orang putih, bawah 18 tahun mak bapak yang berhak atas anak2. So Natrah dipulangkan kat mak ayah asal dia walaupun Natrah gile2 tak nak time tu. Natrah dengan rela hati nak stay dalam Islam. Sedih gile tengok time tu. Diorg ade sebut gak yang mase depan Natrah tak terjamin kawen ngan laki Melayu sebab Natrah ade kemungkinan ditinggalkan [dalam Islam kn leh cerai n kawen 4].
Natrah memang digambarkan berbadan besar. Masa ni umo dia 13 tahun tapi da besar kan. Tengok kat gamba ni pun leh nampak tanak berpisah ngan mak dia n kampung Melayu dia.
Then Natrah di bawak balik Belanda n hidup dengan kawalan ketat polis kat umah dia. Natrah di murtadkan dan dipaksa masuk Kristian Katholik. Ikut fakta, masa kat Belanda Natrah penah tanye Masjid kat mana, penah tanye kiblat kat mana n tak lupe solat 5 waktu. Natrah juga tak lupakan Mansur Adabi. Diorg still balas2 surat sampai la Julai 1953, Natrah bagi surat cakap jangan tulis kat dia lagi. Dia da masuk Katholik n gune nama asal dia Bertha Hertogh.
1954, Mansur Adabi putus asa n kawen ngan anak murid dia. Dia ade gak anta kad kawen kat Natrah. Natrah kecewa gile time tu. Then Natrah ade kawen ngan 2 3 orang, ade 10 anak, hidup susah, ade cubaan bunuh suami [aku rasa sebab suami dia jahat] tapi gagal sebab ank dia kantoi kan. Natrah keje macam2 untuk sara hidup. Mansur Adabi plak jadi cikgu n peguam n hidup mewah. Natrah mati pada tahun 2009. Dengarnye dalam Kristian. Tapi tak tau la plak aku. Wallahua'lam.
Aku tak puas hati. Kalau dia stay je kat Malaysia time tu mesti dia hidup bahagia. Ni kawen ngan laki kat sane bukan dia bahagia pun. Terseksa je hidup dia sampai mati. Sampai ade cerita cakap dia gila tapi anak dia nafikan. Lagi 1, Natrah sayangkan mak dia, suami dia, Islam dia, tapi sume tu dirampas. Natrah mati bukan dalam Islam. Aku sedih. Semoga Allah ampun kan dosa2 kite semua n bersyukurlah kita dilahirkan Islam, pertahankan lah Islam itu.
Mansur Adabi pun sayang sangat ngan Natrah. Mansur berusaha jugak untuk dapatkan Natrah. Kesian sangat masa tengok diorg kene paksa untuk dipisahkan. Ape gune dapat jasad tapi jiwa takde. Natrah balik Belanda kosong. Jasad je, tapi jiwa tertinggal kat sini.
Overall aku leh cakap, cite ni terbaekk!! Sume pelakonnye mantap n leh bagi kesan kat jiwa. Leh mengalir2 la air mate tengok Natrah merayu2 nak kat mak dia. Aku cube imagine Natrah sebenar yang wat camtu kat Aminah sebenar. Sangat sedih. ok. Cukup. Saya sayang mak saya. Saya sayang Islam.