Baru je selesai menonton The Guardian, Legend of Gahoole..dan movie tu betul2 buat aku berfikir..
Kita tau ape yang betul dan ape yang salah, pihak mana yang baik dan pihak mana yang jahat. Tapi dalam dunia realiti, kebanyakan kita adalah seperti Kludd. Tahu apa yang betul tapi memilih yang salah hanya kerana kepentingan diri sendiri. Kita tak fikir kita di pihak mana asalkan bersama pihak tu kita dapat apa yang kita mahukan, dan selalunya kuasa..mungkin juga kemasyhuran.
Sedangkan kita tahu jika kita di pihak yang betul, dunia akan sempurna dan makmur, di mana yang kuat melindungi yang lemah, yang sihat membantu yang sakit.
Lihat dunia sekarang. Kuasa besar dunia mahu menjadi pemerintah kerana merasakan merekalah bangsa terkuat. Bangsa yang lemah di'buta'kan sewaktu sedang tidur yang kemudiannya mereka hanya menjadi pak turut melakukan apa saja yang di suruh pemerintah. Yang merasakan ada kepentingan pula mahu menjadi sekutu bagi kuasa besar, biar terpaksa menjadi pengkhianat, asal kemahuan peribadi tercapai. Walaupun yang dikhianati tu saudara sendiri..
Mari kita berfikir, dan bertindak berani melawan arus. Seperti Soren.
Sekian. Gerak2 si kecik ni tak sabar balik umah nenek lah tu. Jom balik!