Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

Mar 18, 2011

Don't judge a book by it's cover

Ade membe aku cakap, klau dia nak judge gak buku tu based on cover dia, sape nk halang kan. 

Ye betul. Tapi quote tu ckp 'don't' bermaksud 'jangan', bukan 'tak boleh'. Memang korang leh judge buku tu, tapi betul ke judgement korang based on kulit dia je? Kalau korang baca dulu, kan korang lebih paham untuk menilai?


YOU CAN STAND OUTSIDE AND JUDGE ME

OR

YOU CAN COME INSIDE AND GET TO KNOW ME


Pernah tak korang rase bengang, tibe2 ade sorg membe yang korang tak rapat pun ngan dia, yang korang baru kenal, tibe2 cakap

 'aku kenal sangat ko ni. Ko jgn la camni..bla bla bla..ko kne camni..bla bla bla..'
 tibe2 bagi nasihat yang rasanye takde kene mengene pn ngan korang.

Padahal sumber dia status kat fb n shout out kat ym je or tambah2 sket kata2 dari kawan korang. Sumber dia pun bukan kawan rapat korang. Kawan biase je. Main point aku nak cakap, ape perasaan korang bile orang luar datang dan cakap yang dia lagi kenal korang dari korg kenal diri korang sendiri? Kalau dia memang rapat tak pe. Dia memang da selalu ngan korang, da paham sangat ape yang korang akan wat bile marah, bile sedih, bile hepi. Ni tak.  Baru je ym seminggu, bile jumpe da cakap camtu. Apekah?

Aku senyum je dengar nasihat dia yang aku tak tau tuju kat sapa sebenarnye tu.

Ok aku bagi contoh la. Kang orang pk aku bodoh sombong lak, orang nasihat tanak dengar.

Cth: A cakap ngan B,
A: awk takleh tunjuk sangat klau awk suke kat seseorang tu. Lelaki ni klau tau pompuan tu syg sgt kat dia, nnt ego dia naik melambung. Sy tau awk ni senang jatuh cinta.

B: Sape cakap saye senang jatuh cinta??

A: Saye leh nampak. Awk tak pandai menipu. 

B: senyum. [dalam hati..apekahhh mamat ni?? aku takde perasaan kat sape2 pn. apsal dia lak tau aku da jatuh cinta?? aku yang rasa, aku tau la!]

Hm..korang penah rase ke ape aku rase ni? ke aku sorg je rase camni?

Aku sedih lately. That's y aku jarang update. Tapi aku rajin BW tau. Peace :)

Dec 27, 2010

Karma

Orang situ sini sana berkata tentang Karma. Ape itu Karma? Hukum pembalasan di dunia, bila kau buat sesuatu kau akan dapat balasannye satu hari nanti. Kalau kau buat baik kau dapat balasan baik, kalau kau buat jahat kau dapat balasan jahat. Kalau tak kene kat kau akan kene kat anak cucu kau nanti.

Sejauh mana kebenaran Karma? Atau perkataan itu di wujudkan sekadar menyedapkan hati pihak yang di aniaya?

Bila kita berkawan, kemudian dia tinggalkan kita untuk berkawan dengan orang lain, and it turns out their relationship work out until the wedding day. Kite pun cakap, takpe..kalau tak kene kat ko, tunggu la anak cucu kau nanti. Tapi anak cucu dia pun bahagia. Macam mana?

Bila kita berkawan, dia melakukan pelbagai perkara yang menyakitkan hati kita. Sakit hati takpe lagi, tapi sampai ke tahap menjatuh kan maruah kita. Then kita pun tinggalkan dia. And kita pun berfikir, takpe..kau takkan bahagia sebab buat aku macam ni. But it turns out he found another person and change their behaviour, and they lived happily ever after. Kite pun still cakap, takpe..kalau tak kene kat ko, tunggu la anak cucu kau nanti. Tapi kita sendiri pun tak bahagia untuk lihat anak cucu dia bahagia juga.

Kesimpulannya, siapa salah, siapa betul, siapa yang tentukan? Aku rasa kau salah kau rasa dia salah dia rasa aku salah. Semua orang fikir tentang karma 'wait for your turn' tapi bila orang bahagia kita fikir 'tunggu la anak cucu kau' dan bila dia tidak bahagia 'itu lah karma'.

Kenapa? Betul ke? Bukan kah itu semua psikologi sahaja? Untuk meredakan kemarahan. Untuk menenangkan hati yang marah. Untuk meletakkan hukuman atas perkara yang kita sendiri tidak boleh tentukan? Bunyi macam aku tak percaya karma kan?

.Ntah la. Aku tidak tahu.

Dec 21, 2010

Pendedahan eksklusif..!!

Ramai orang yang cakap keputusan aku salah sebab aku wat keputusan benti keje tempat lama. Tapi aku rasa tu la keputusan paling bijak aku penah wat dalam hidup aku. Mari ikuti kronologi hidup aku masa kerja ctu.

1. Cam bese, aku start keje ngan skema dan wawasan tinggi untuk berkhidmat sepenuh tenaga untuk kampeni. Bidang tugas aku, wat full set akaun[sepatutnye]. Masa hari pertama aku masuk lagi aku da kuar makan ngan bos aku. Jangan pk lain. Dia selalu bawak aku kuar makan sebab nk bincang hal 'projek xxx' dia. Dia nk bukak satu lg kampeni n dia suh aku jaga kampeni tu jugak. Wat part time. So sejak tu ktorg rapat. Hari2 makan sama bincang pasal bisnes. Tabiat bos aku ni, setiap kali makan ngan aku, dia akan beli makanan untuk bini dia.

2. Oleh sebab da baik, kadang2 dia takleh mkn ngan aku, dia akn suh aku g mkn sendiri gune kete dia sambil beli makanan untuk bini n ank dia. Ok now the story begin. Aku takde la kisah sangat. Sebab alang2 aku kuar makan kan. Tapi bile tibe part aku kene g kedai kat taman perumahan sana untuk mihun sup kuning ank dia, then milo ais kat mamak area depan opis, lepas tu singgah plak roti canai kat mamak lain. Dah la aku kne g 3 tempat dengan alasan, ank dia takmo makan klau tak dapat milo kat kedai A, roti canai kat kedai B n mihun sup kat kedai C. Anak dia tau beza rasa beb! Padahal budak tu cakap pun tak pandai. Lagi best, bihun tu tercampur sambal kicap..so aku kne kuar lik dalam kul 3 lebih semate2 beli lik bihun sup dia. Best! Sangat!!

3. Mase aku masuk, bini bos aku ngah mengandung 7bulan. So pas da beberapa ketika, bini dia pun bersalin. Aku ikut sekali g hospital beb! Tak tau la pesal. Oh. Sebab kene jaga anak dia sementara dia teman bini dia meneran. Tapi aku tak kisah sangat. Best pe ponteng keje g hospital. Hehe.

4. Pas bini dia selamat kuarkan manusia lain, dia tido hospital. Dok hotel sebelah hospital tu. Jgn harap la dia nk baring kat sofa. So aku plak di pertanggungjawabkan lik umah dia, tido umah dia, jaga ank dia. Aku pun dok umah dia ngan mak bidan. Mak bidan tu la yang jaga ank dia. Keje aku tido je pantau mak bidan tu.

5. Pas da selamat beranak sume, aku rapat ngan bini2 dia sekali. Boleh plak time opis hour kne bawak bini dia g pasar beli lauk [ingt kn tak reti masak]. Kalau kebetulan ank dia sakit, aku gak la yang kne bawak g hospital.

6. Kad2 kredit, hutang piutang, urusan cek, sume aku gak yang kne uruskan.

7. Bos aku selalu bagi aku gune kete dia untuk kemudahan aku berulang ke Klang, wat akaun untk kampeni lagi 1 dia tu. N dia suh aku beli kete gak. Siap dia yang carikan kedai. Punye la dia bersungguh2 suh aku beli kete. Pas settle sume, aku pn selesai beli kete. Da la mahal nak mampos, lame nak mati, kaler plak bukan taste aku! Oh lagi 1, aku nk manual, tapi bos aku membebel 3 hari sebab aku order kete manual. Hello! Kete aku ke kete ko! Tapi aku amek gak auto ikt cakap dia.

8. Aku da de kete sendiri, lagi sedap la dia suh aku kesana kemari. Oh, btw, keje kat Klang tu part time seminggu sekali je. Tapi selalu ade kes urgent, malam2 pun aku kne g. Hujung minggu tak yah cakap la, sabtu ahad aku kat opis Klang. Aku dijanjikan rm500. Tol n minyak leh claim. Means 500 bersih. Pale ko! Kedekut nak mampos. Dia tengok aku tak leh nak settle kn keje, dia ckp tol n minyak dia tanak bayar! Hoi!! Tol n minyak je da bape. Nak2 lagi lalu kesas tu. Kire la sendiri rm2.3 1 tol, ade 3 tol, pegi balik 6 tol. Tu sehari. Minyak lagi. Opis kat hujung dunia lak tu. Port Klang sane. Ingt aku wat charity ke ape. Tak pulang modal pun. Aku celeb besday aku yg hari AHAD tu kat opis sorg2 ok! Gile. Oh btw, aku resign keje klang. Tak tahan beb. Aku suggest bos cari org lain utk wat full time.

9. Oleh sebab aku penah dok umah dia mase bini dia beranak, ank laki dia agk rapat ngan aku. Mandi pn nk ajk aku. [baru 3 tahun. Clear kn balik minda anda]. Satu hari bibik sementara diorg bawak ank dia jalan2 masuk opis aku, ank dia nk dok dalam opis. Bibik pn tggl dia dalam opis. Budak tu main lampu kalimantang beb. Dia wat cam pedang Star Wars. Prangggggggggggggg!!!!!!!!!!!!! Berderai lampu tu dia ketuk kerusi aku kat opis. Bos aku mengamuk. Dia ketuk pale aku ckp aku tka reti jaga ank dia. DIA KETUK PALE AKU BEB!

10. Bini dia pakai underwear jenama Xixili. Mane aku tau? BINI DIA KOL AKU SUH TUKAKAN XIXILI DIA KAT PARKSON. Semalamnye diorg shopping 1 family. Then pagi tu baru perasan ade koyak. Sape lagi mangsenye.

Untuk pengetahuan pembaca,

AKU TAK DIBAYAR UNTUK JADI PA BOS AKU.

BOS AKU BUKAN PEMILIK KAMPENI YANG AKU TENGAH KEJE TIME TU. DIA CUME PENGERUSI JE [tu pun sebab dia pandai pusing cakap] YANG BILE2 MASA BOLEH DITENDANG KELUAR

DUIT MINYAK KETE AKU UNTUK URUSAN FAMILY DIA TAK PENAH DIA BAGI PUN

Mak aku bising2 aku benti keje sana. Mak aku cakap bos aku baik, rapat ngan mak aku, rapat ngan aku. Mmg bos aku selalu msj mak aku pun. Tolong report klau aku tak g keje. Buduh c huduh. Memang la ko blanje aku makan, tapi tu tak bermakne ko leh ketuk pale aku klau ank ko bahayakan diri sendiri! Bongok!! Tu tak bermakne ko leh wat suke2 hati kat aku. Aku ade hak untuk hidup cara aku sendiri.

Sekarang aku keje da normal. 5hari seminggu dengan gaji lagi tinggi dari masa aku keje 24/7 dulu.

*sesape berminat nk apply tempat keje aku dulu, leh cari bos aku. Tak susah nk kenal dia, muke cam cine, perut boroi, bulan2 pose leh nampak dia hisap rokok, pakai cincin emas, tapi habuk pun tak reti cakap cine.

Dec 17, 2010

Bangun

Bile langgar batu, aku jatuh

Orang pesan, bangun balik

Aku bangun, cuba

Tapi aku jatuh lagi, kenapa

Aku luka, berdarah

Tak mampu berdiri lagi


Takpe..

Aku tunggu saatnya

Untuk aku bangun semula

Bila

Aku tak tau

Moga tak lama lagi

Tolong, jangan lama lagi

Aku takut tak mampu bertahan

Dec 12, 2010

Ateh tak rindu ke..

Da lame tak down gile camni..balik2 dari Johor, hilang sume keseronokan.

Ateh..Ateh g mane..balik la balik..Ateh bawak ank2 g mane..org baru tgglkn sehari je..nape bawak lari sume..Ateh ade jumpe tempat tinggal baru ke..abes sape nk manje2 ngan orang nnt..org rindu ateh ni..balik la umah balik..org lambat sikit tadi sbb singgah kedai beli mknn untuk ateh..nape ateh tak tunggu..Ateh g mane ni..sape nk baring ats badan org nnt..sape org nk usap bile org sedih nnt..sape nk kcau org time mkn nnt..Ateh bawak la balik ank2 ateh..sian la kat org..org betul2 rindu Ateh..org da takde kucing lain da..Ateh da tak ingt kat org ke..

Org nak Ateh balik....tolong la balik..........org da lame tak nangis camni..org tanak nangis camni lagi..



Ateh balik ye..

Dec 6, 2010

Dosa...............la !

Salah kan bila kite seronok atas kesedihan orang lain..

Tapi kalau orang tu yang wat kita sedih dulu camne plak?

Maafkan saya..

ouh ! buruk la plak otak ini !


Sedang dalam proses mencuci otak.

Treettttt treeeetttttttttttttttt




BTW, Congrates to Ms Yaya for ur engagement ^_^

Nov 29, 2010

NATRAH: CINTA, PERJUANGAN DAN AIRMATA

Ni la cite paling sedih penah aku tau, dengar, tengok, rase [bukan aku rase sndri la], sumpah sedih tahap leh nangis teresak2 malam2 teringat pasal natrah.


Natrah 28 Nov 2010

Natrah lahir di Tijimahi, Jawa, Indonesia, pada 23 Mac 1937 dengan nama Bertha Maria Huberdina Hertogh. Ayahnya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh merupakan Sarjan Belanda yang ditangkap Jepun di Indonesia. Pada tahun 1942, ibu Maria, Adelaine Hunter yg pada ketika itu kesempitan hidup telah menyerahkan Maria kepada Aminah, teman rapat Adelaine semasa Maria berumur 5thun. Aminah besarkan Maria dengan nama Natrah dan mengikut ajaran Islam. Tahun 1945, Aminah bawa Natrah pulang ke kampung nya di Kemaman, Terengganu sebab masa tu orang Indon ngah benci gile kat bangsa kulit putih sebab di anggap bangsa penjajah & tahun yang sama jugak ayah Natrah dibebaskan Jepun sebab masa tu Hiroshima n Nagasaki kene serang bom atom oleh Amerika.  Pas bebas, ayah dia cari Natrah kat Bandung, Indonesia tapi tak jumpa. So diorg 1 family balik Belanda tak bawak Natrah tapi b4 balik ayah dia da pesan kat sume pegawai2 kulit putih untuk carikan anak dia tu.

Natrah sangat rapat ngan Mak Aminah, walaupun nakal, tapi tetap manje n patuh ngan mak dia.

Dalam teater ni digambarkan Natrah tu sangat manja dengan mak dia [Aminah]. Tapi Natrah juga nakal. Sama macam budak2 lain. Suka main. Tapi sebab mak dia tegas, Natrah memang dibesarkan dalam ajaran Islam. Setiap hari mak dia tanye da solat ke belum. Pas solat kene mengaji. Sampai la 1 hari Sir Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu ternampak Natrah kat Sek Perempuan Chukai mase ngah sukan kat padang sekolah. Dia tau Natrah tu anak Hertogh yang tengah di cari2 sekarang ni. So dia pun pancing Aminah untuk bawak Natrah ke Singapura.

Sir Arthur Locke cakap nnt kat Singapura Natrah leh jumpa family dia n Aminah leh dapatkan dokumen hitam putih mengatakan Natrah anak angkat dia. Tapi sampai je kat Singapura, Natrah diminta untuk diserahkan kepada parents dia tapi Aminah tak nak bagi. So surat perintah mahkamah sampai n Natrah di tempatkan di Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura sementara tunggu perbicaraan selesai. Memang itu tujuan orang putih perdaya Aminah bawak Natrah pegi Singapura. Sebab Terengganu bukan negeri bersekutu, so Belanda susah nak campur tangan hal2 camtu. Bile sampai Singapura, senang la keje diorg.

Natrah sebenar ngan Mak Aminah. Natrah sayang sangat kat mak dia ni

Aminah risau Natrah duduk situ sebab risau akidah Natrah. Solat, makan, puasa dia kat tempat tu. Mase kat situ gak la Natrah jumpa Mansur Adabi. Gile best n sweet tengok Remy Ishak jadi Mansur Adabi. Pas settle je perbicaraan n Natrah leh balik kat Aminah, diorg cepat2 kawen kn Natrah ngan Mansur Adabi sebab ikatan suami isteri lagi kukuh dari ikatan ibu n ank angkat yang takde hitam putih tu. Tapi tu pn silap jugak. Sebab diorg di nikahkan di Singapura. So still tertakluk bawah undang2 kat singapura.
Gamba kawen Natrah ngan Mansur Adabi. Natrah kawen ngan Mansur Adabi atas dasar cinta, tapi diorg nikah gantung je sebab Mansur pn tau Natrah muda lagi.


Parents kandung Natrah yang tak puas hati bawak kes tu g court lagi. Kali ni diorg menang walaupun Natrah dah bersuami sebab Natrah berumur 13 tahun n ikut orang putih, bawah 18 tahun mak bapak yang berhak atas anak2. So Natrah dipulangkan kat mak ayah asal dia walaupun Natrah gile2 tak nak time tu. Natrah dengan rela hati nak stay dalam Islam. Sedih gile tengok time tu. Diorg ade sebut gak yang mase depan Natrah tak terjamin kawen ngan laki Melayu sebab Natrah ade kemungkinan ditinggalkan [dalam Islam kn leh cerai n kawen 4].

Natrah memang digambarkan berbadan besar. Masa ni umo dia 13 tahun tapi da besar kan. Tengok kat gamba ni pun leh nampak tanak berpisah ngan mak dia n kampung Melayu dia.

Then Natrah di bawak balik Belanda n hidup dengan kawalan ketat polis kat umah dia. Natrah di murtadkan dan dipaksa masuk Kristian Katholik. Ikut fakta, masa kat Belanda Natrah penah tanye Masjid kat mana, penah tanye kiblat kat mana n tak lupe solat 5 waktu. Natrah juga tak lupakan Mansur Adabi. Diorg still balas2 surat sampai la Julai 1953, Natrah bagi surat cakap jangan tulis kat dia lagi. Dia da masuk Katholik n gune nama asal dia Bertha Hertogh.

1954, Mansur Adabi putus asa n kawen ngan anak murid dia. Dia ade gak anta kad kawen kat Natrah. Natrah kecewa gile time tu. Then Natrah ade kawen ngan 2 3 orang, ade 10 anak, hidup susah, ade cubaan bunuh suami [aku rasa sebab suami dia jahat] tapi gagal sebab ank dia kantoi kan. Natrah keje macam2 untuk sara hidup. Mansur Adabi plak jadi cikgu n peguam n hidup mewah. Natrah mati pada tahun 2009. Dengarnye dalam Kristian. Tapi tak tau la plak aku. Wallahua'lam.

Aku tak puas hati. Kalau dia stay je kat Malaysia time tu mesti dia hidup bahagia. Ni kawen ngan laki kat sane bukan dia bahagia pun. Terseksa je hidup dia sampai mati. Sampai ade cerita cakap dia gila tapi anak dia nafikan. Lagi 1, Natrah sayangkan mak dia, suami dia, Islam dia, tapi sume tu dirampas. Natrah mati bukan dalam Islam. Aku sedih. Semoga Allah ampun kan dosa2 kite semua n bersyukurlah kita dilahirkan Islam, pertahankan lah Islam itu.

Mansur Adabi pun sayang sangat ngan Natrah. Mansur berusaha jugak untuk dapatkan Natrah. Kesian sangat masa tengok diorg kene paksa untuk dipisahkan. Ape gune dapat jasad tapi jiwa takde. Natrah balik Belanda kosong. Jasad je, tapi jiwa tertinggal kat sini.

Overall aku leh cakap, cite ni terbaekk!! Sume pelakonnye mantap n leh bagi kesan kat jiwa. Leh mengalir2 la air mate tengok Natrah merayu2 nak kat mak dia. Aku cube imagine Natrah sebenar yang wat camtu kat Aminah sebenar. Sangat sedih. ok. Cukup. Saya sayang mak saya. Saya sayang Islam.


Nov 25, 2010

(-_-')


tolong JANGAN marah bile saya SENYAP

tolong JANGAN benci bile saya MARAH

tolong JANGAN bosan bila saya BERCAKAP

SAYA perlukan AWAK

untuk jadi TEMAN BAIK saya

kerana saya TIDAK PERNAH SEMPURNA


~sedih~

Aug 2, 2010

Bila saya kata..

BILA SAYA KATA SAYA SUKA
memang saya suka

BILA SAYA KATA SAYA BENCI
memang saya benci

BILA SAYA KATA SAYA MAHU
memang saya mahu

BILA SAYA KATA SAYA TIDAK MAHU
belum tentu saya tak mahu
mungkin malu?

SAYA BENCI BILA orang beritahu saya yang dia paham perasaan saya

SAYA BENCI BILA orang beritahu saya dia tahu ape saya rase

SAYA BENCI BILA orang beritahu saya dia tahu saya ada masalah

SAYA YANG TAU APA SAYA RASA kenapa anda pula yang beritahu saya apa yang saya rasa?

so

STOP judging me.
STOP saying that you know me.

SEBAB tiada siapa yang paham saya
so STOP saying like you do understand me

Saya lebih SUKA bila awak bertanya
tentang masalah saya
tentang perasaan saya
tentang situasi saya
daripada awak SUKA SUKA beritahu saya apa yang saya rasa