Feb 6, 2013

Apa ada pada cita-cita

Tibe2 hari ni rase nk berkongsi pendapat. Baru2 ni sorang sepupu aku mengadu, mak dia da gariskan jalan hidup dia. Oleh sebab dia perempuan, jadi mak dia rasa yang terbaik bagi dia adalah menjadi cikgu. Aku tak boleh nak komen lebih, sebab setiap ibu bapa mesti nak yang terbaik untuk anak2 dia. Aku sendiri risau, macam mana kalau anak aku keluar nanti dia tak nak ikut ape yang aku rase terbaik untuk dia. Kalau boleh aku tak nak dia bercinta, pakai baju ketat2, main Ipad 24jam sampai pergi rumah sedara mare pun tak reti nak bergaul, banyak la lagi yang aku risau. Kalau kongkong sangat pulak, berapa banyak kes lari dari rumah sekarang ni? Dengan persekitaran yang menakutkan dan mencabar sekarang ni, aku takut.

Berbalik pada persoalan di atas, mak bapak memang sentiasa nak yang terbaik untuk anak2. Tapi aku rase (pendapat aku je), kita tak boleh paksa mereka. Kita cume boleh bimbing. Aku tak kisah anak aku nak jadi apa besar nanti. Yang penting dia tetap menyumbang pada agama dan tak menambah dosa. Aku taknak dia jadi macam aku. Tak minat akaun, tapi dah sebab SPM dulu akaun, math n add math je y A, matrik pun aku amek jurusan akaun. Lagipun masa tu aku sendiri tak tau aku nak jadi apa. Takde pendedahan. Dah besar ni baru aku tau aku nak jadi apa. Aku nak jadi kaunselor, pakar psikologi, doktor kat wad psikiatri, ape2 je la..janji dalam bidang yang mengkaji manusia ni. Aku berminat tengok manusia, macam mana manusia berfikir, bertindak, kenapa, ape puncanya.. Tapi dah aku salah lorong, takde basic sains, maka jangan haraplah.

Jadi, kalau anak nak jadi photographer, jadilah. Asal jangan terlibat amek gamba yang shubhah, cam pre wedding, or gamba2 yang menunjukkan aurat seseorang. Sahamnye kite kutip sama. Kalau anak nak jadi pereka fesyen, jadilah. Asal jangan direka fesyen yang terbuka sana sini untuk tatapan kaum adam yang bukan ajnabi. Terbuka sana sini untuk suami takpe. Pereka pun dapat pahala. Hehehe.

Aku tau bukan senang nak didik anak zaman sekarang. Kalau anak2 tu merungut nak ikut cakap mak ayah tapi still ikut, aku dah cukup kagum dengan mak bapak dia. Bukan senang tau zaman sekarang ni nak halang anak lari dari rumah ikut jantan ntah mane2. Zaman dulu ayah memang garang gile. Lelaki call rumah nak cakap ngan anak perempuan pun dah kene lempang anaknye. Lagi pulak nak letak status engaged kat fesbuk macam sekarang. Nauzubillah. Tapi itulah cabaran menjadi mak ayah. 

Lena je dia tidur dalam perut ibu :')


Mood: Tibe2 risaukan anak dalam perut. Moga anak ibu jadi anak yang solehah, bijak, tahu menilai baik buruk hidup kat atas muka bumi ni. 

Losyen untuk mengandung

Lau baca tajuk aku macam ade masalah tatabahasa kan? Tak. Baca dulu cerita aku. Baru korang paham.

Sebagai ibu mengandung anak sulung di zaman yang serba canggih ni, dah tentula aku banyak google je pengalaman2 and petua2 mommies lain. Bile tanye mak aku pun, dia cakap 'mak tak tau la zaman sekarang ni, da macam2 ade. Kamu pegi la cari sendiri maklumat' Hahaha. Mak aku pun moden gak. Suh aku google je. Di sebabkan aku ni spesies mudah terpengaruh, aku pun beli la losyen untuk elakkan stretch mark lepas bersalin nanti.  Keberkesanannye tunggu la lepas aku bersalin nanti eh.



Yang aku nak cerita kat sini, masa balik kampung Maulidur Rasul hari tu, aku pakai la losyen ni dalam bilik. Tiba2 sepupu aku 5 tahun masuk bilik. Dia nampak aku sapu losyen ni kat perut. 

Dia: Kakdah pakai ape tu
Aku: Losyen mengandung. Kalau sapu kat perut ni boleh mengandung. 
Dia: Tapi kakdah kan dah mengandung
Aku: Kene sapu jugak hari2 bagi perut besar lagi. Da besar baru baby keluar. Wisha (name dia) nak? Meh kakdah sapu sikit.
Dia: TAKNAKKKKK (sambil lari keluar bilik)

Kehkehkeh. Budak kecik tu takut lau aku sapu perut die jadi besar macam aku. Senang la keje aku pasni nak halau dia keluar bilik. Suke2 hati je masuk bilik aku. Miahahhaa.








Jan 24, 2013

Save the best for the last

Seperti tajuk yang tertera, aku nk cakap pasal save the best for the last. Pernah tak korang wat camtu. Maksud aku, yang korang suke, korang simpan dulu. Contoh paling aku selalu buat, makanan. Selalu kalau ade ketam masak lemak cili api, aku mesti simpan ketamnye. Maklum le tak kaye sangat, ketam sorang satu je lau makan 1 family. Oleh kerana ketam masak lemak itu sangat sedap, maka aku akan simpan ketam aku kat pinggan lain, pastu aku akan makan nasi kuah masak lemak dengan ikan goreng or ayam goreng or telur goreng. Ape2 y goreng2 janji aku kenyang. Pastu baru aku ratah ketam aku puas2. Hahahaha. Tapi sejak kawen ni, suami aku tak mkn ketam sangat. Maka aku dpt 2 ekor. Yeay! Tapi kaedah tetap sama. Dua2 aku ratah last2. Miahahaha.

Tapi!!

Pernah tak korang alami..situasi di mana korang simpan makanan yang best tu,tibe2..pap!

Ok camni. Korang ngah makan KFC. Oleh sebab cheezy wedges sangat sedap, maka korang pn mkn la ayam n kentang dulu dengan harapan in the end of the KFC session, akan terasa2 cheezy wedges sampai ke malam. Tibe2 tengah makan makanan lain, adik datang dan amek cheezy wedges masuk mulut sambil bertanye 'kenapa tak makan y ni, tak nak eh.' padahal dia tengah kunyah n kite tak sempat jawab.

=,='

Kadang2 aku alami gak bende tu. Lau adik leh gak aku tepis tangan dia, tapi bile kawan2 or sedare mara, maka ku diamkan aje sambil tengok dengan pandangan sayu.

Spoiler dalam Hollywood movies

Semua orang suka Hollywood movies. Sebab diorang ni kalau menipu memang nampak logic gile kan. Tengok bangunan bergerak2, hantu2 bergentayangan dalam Harry Potter, si kacak berubah jadi serigala sasa dlm Twilight, katun2 diorg y bile tengok bulu makhluknye rase nk usap2 je..tapi ade satu y spoil kan mood aku.

Senjata.

Diorang ni aku tak tau la nak cakap ape eh. Lawan ape2 semua nak pakai pistol la, senapang la. Tak kisah la pontianak ke, Ju On ke, nenek sebelah umah ke. Kalau perompak or bad guy cam dalam mission impossible or 007 logic le nk tunjuk senjata canggih2. Ni hantu pun nk tembak gune senapang. Merosakkan mood aku nk tengok cite mistik diorang je.

Bagi aku, lau dia nak tunjuk dia bunuh antu tu dengan upacara2 ritual tu lagi best kot dari sikit2 nak tembak. Semua pun nak tembak. Senjata plak lagi besar lagi gempak. Takde maknenye tembak antu pkai senjata hoiii.


.
.
.
.
.

Ok lah. Sebenarnye kawan2 geng sume ajak tengok wayang dan ceritanya adalah Hansel and Gretel 2013. Tajuk memang dah gempak sbb omputih lau wat movie menipu ni mmg nampak real. Cite melayu harap air mata je lah yang real, tu pn kadang2 diteran2. Kehkehkeh. Tapi lepas aku tengok trailer utk menkaji serba sedikit ape y aku nk tengok..HEKEELLLEEHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!




Hebat sangat ke bawak senapang besar? Edward Cullen pakai tangan je wehh. Ni la salah satu sebab aku tak tengok Supernatural. Kat belakang bonet penuh senjata. Tak kisahlah kau pakai bullet timah ke gangsa ke perak ke. Baca ayat Kursi kan senang.

Jan 9, 2013

Bercakap dengan TV

Korang pernah tak tengok cite katun Dora the Explorer atau cite Go Diego Go?



Mase aku kecik dulu manade cite katun tu. So bile da besar aku tengok..aku rase macam..ade ke orang nk buat apa yang Dora or Diego tu ajar? Kalau korang pernah tengok, mesti korang tau yang setiap kali Dora n Diego aja sesuatu, diorg akan berhenti sejenak untuk bagi ruang kat penonton ulang balik apa yang diorg aja. Lau tak paham leh tengok kat u tube. Selama ni aku pk, ade ke org bodo rajin nk ulang balik cakap sorg2. Budak2 sekarang pn dok layan Ipad je.

Tapi aku silap.

Hari tu aku g umah abg ipar aku, aku saksikan keajaiban. Anak buah aku 3 tahun penuh khusyuk tengok Dora.

 Bila Dora sebut 'short', dia pun ulang 'short'. Bila Dora sebut 'long', dia pun ulang 'long'. Paling aku tak tahan, Bila Dora tanya, 'boleh tak kawan2 tunjukkan kayu mana yang sesuai?' Dengan bersungguh2 dia tunjuk kayu 'short' kat Dora. Lepastu Dora pun ckp 'well done!'.

Aku terpaku dan bila tersedar aku gelak guling2. Mak dia cakap, tengok Go Diego Go pun dia macam tu. Bercakap sorang2 dengan TV. Kagum tul aku ngan dia. Harap2 anak aku berminat nak belajar macam dia Hehehe. Sekian. 

Jan 1, 2013

Untuk yang tersayang

Setiap kali akhir tahun, benda paling ditunggu2 selain sambutan tahun baru adalah YEAR END SALE!! Tapi oleh kerana naluri keibuan da makin menebal ditambah dengan bajet yang tak bape nak ada, maka napsu untuk membeli barang sendiri langsung takde. 

Tapi..

Napsu untuk beli barang yang tersayang sangat membuak2. Hahaha. Setelah puas ku jelajah internet, aku terjumpa stroller yang aku sangat2 nak dengan harga yang memuaskan hati, Combi Well Comfort..itu pun sebab stroller tu menepati ciri2 yang aku nak.

*senang lipat* 
sebelah tangan pun boleh

*ringan*
maka aku dengan bergaya masih boleh mengangkat stroller tu sebelah tangan

*reversible handle*
Leh pandang belakang depan. Aku rasa new born mesti la menghadap mak dia kan. sbb dia lebih tenang bile nampak mak dia. Padahal aku yang lebih tenang nak tengok dia. Hahaha.

Ciri2 di atas ku pilih sebab da berangan konon2 lau incik Hasben sgt bz, aku boleh la dating ngan baby ber2. Ekeke. 

Well Comfort 2012 ade 3 warna. Aku amek yang hitam. Tu pun sebab tu je yang tinggal kat kedai tu. Lau dapat purple cantik kan. Hmm....


Biasa kat kedai harganya RM1199. Aku penah la jumpe kat Alamanda. Masa tu nak sentuh pun takut sebab tengok harga dia. Tapi aku roll2 gak roda dia. Hahaha. Yang ni aku jumpe kat Axeana Baby Shop, Bandar Mahkota Cheras. Ade diskaun sampai 2 Jan 2013. Biasa la year end sale. Satu kedai tu ada diskaun. Maka aku dapat Combi ni dengan harga RM935 je. Puas hati aku. Hahaha *gelak jahat* .

Oleh sebab napsu membuak2, aku pun rembat sekali car seat. Tapi car seat aku tak memilih sangat. Asalkan baby boleh duduk. Dapat la Sweet Cherry (tak ingat model ape, malas nak pegi tengok dalam bilik), RM230 je. Hati rasa nak sambar nursing pillow sekali, tapi da dapat stroller tu pun da puas hati sangat2 plus sian lak incik Hasben nak seluk poket. Hehehe. Harap2 lain kali aku jumpe la diskaun untuk nursing pillow lagi. 



Dec 31, 2012

Dulu dan sekarang

Bagi aku umur 23tahun adalah umur yang paling best sekali. Masa tu lah kite baru abes blaja>dapat keje>merasa pegang duet sendiri>takde tanggungan(kecuali hutang PTPTN)>maka duet tu dihabiskan dengan sesuka hati tanpa mengambil kira masa depan. Itupun kalau korang jenis macam aku lah. Hahaha.

Cantik kan rollerblade aku. Bile kene lampu dia ade pantulan cahaya. Tibe2 rindu kat RB aku ni ha :(


Masa umur tu lah aku rasa paling sesuai kalau korang nk all out dengan hobi n minat di mana anda tidak perlu memikirkan anak anda ada cukup lampin atau isteri anda nak mintak kenny rogers tibe2 tengah2 bulan. Masa aku 23 tahun duluuuuuuuuuuuuuuu (macam dah sangat lama je kan), aku beli roller blade untuk diri sendiri. Tak caye tengok ni. Roller blade aku yang power gile. Alasan aku berbelanja ratusan ringgit adalah kerana kakakku kawen maka ku tetibe sunyi. Kunun-kunun nak main rollerblade dikala sunyi. Tambahan pula time tu single. Tapi silap perhitungan, roller blade da abes RM300++ beli kat midvalley tapi aku takde teman bermain!! Chait! Penah la main 2 3 kali kat dataran putrajaya suruh mak teman. Tapi! Dah suruh mak kan, kompem la jgn harap nk balik lambat main lame2. Baru je 2 minit mak dah ajak balik. Bawak plak sepupu 2 orang, kene pulak main tukar2 dengan diorang sebab kalau tak tukar diorang pun bosan dan nak ajak balik. Haih. Entah ape ntah. 

Last2 ku simpan je cantik2 dlm kotak bawah katil. Bile teringin sangat je aku pakai kejap dalam bilik then roll2 sket pastu simpan balik. Pathetic gile kau! Hahaha

Itu dulu.

Bile da nak kawen aku jual roller blade tu. Lepas tu sampai sekarang aku menyesal tak sudah.

Sekarang aku ngah survey2 nak cari stroller baby pulak.

Aku berminat ngan stroller yang ni. Combi well comfort. Sebab dia ringan & senang lipat. Konon2 lau hasben bz sesangat leh la g dating ngan baby. Tehehe. Konon2!


Lepas tu aku terfikir, kalau aku ade roller blade leh aku main tolak2 stroller baby sambil berrollerblade. Hahaha. Jangan buat ye! Di buatnye kau jatuh tak boleh nak kawal badan, imagine la camne stroller anak kau meluncur nanti. Mase tu jangan sebut nama aku. 

Makin kite meningkat usia, persekitaran berubah, kite kene adapt la dengan perubahan. Time2 da pretnen ni haruslah duet dilaburkan kat barang2 ank je. Banyak lagi benda lain da nak kene fikir. 

Maka pada yang belum kawen, hargai la masa anda..dan duet ($_$). Lau da tak tau nak buat apa leh derma ke tabung amal anak aku..wat tambah2 duet aku nak beli stroller stylo mylo cam roller blade aku dulu. Ekekeke.