Malam tadi aku mimpi
Mimpi dia yang dah hilang
Bukan pergi ke mana
Masih di depan mata
Cuma bukan dia yang sama
Kenapa kan
Makin kita dewasa
Makin kita berjauhan
Kenape ye?
Lupa kah camne kita semasa kecil dulu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Baru ku tau begini rupanya
Perasaannya
Dec 24, 2012
Dec 10, 2012
Ayam vs Itik - situasi 2
Ayam: Ketakkk ktak ktak ktakkk
Itik: Quackk quack Quack quackkkk
Ayam: Ketakkk ktakk ktakkkkk ktakk
Itik: @(*$%^#)$&
(Itik tak paham ape ayam cakap tapi dia tafsir sendiri n sakit hati, maka itik pun bercerita pada kawan2nya yang ayam mengata golongan itik.)
Maka..
Itik 1: Quackkkkkk quackkk quack quackk
Itik 2: QUackk quackkkkkkkkk
Itik 3: QUackk quackkkkkkkkkkkkkk quackk
Ayam: ????????????????????
Itik : (Tersenyum sinis tengok ayam tak tau nk sembang ape dah)
p/s: Poyo semua soalan ni!!

Nov 22, 2012
Realiti dan imaginasi
Baru je selesai menonton The Guardian, Legend of Gahoole..dan movie tu betul2 buat aku berfikir..

Kita tau ape yang betul dan ape yang salah, pihak mana yang baik dan pihak mana yang jahat. Tapi dalam dunia realiti, kebanyakan kita adalah seperti Kludd. Tahu apa yang betul tapi memilih yang salah hanya kerana kepentingan diri sendiri. Kita tak fikir kita di pihak mana asalkan bersama pihak tu kita dapat apa yang kita mahukan, dan selalunya kuasa..mungkin juga kemasyhuran.
Sedangkan kita tahu jika kita di pihak yang betul, dunia akan sempurna dan makmur, di mana yang kuat melindungi yang lemah, yang sihat membantu yang sakit.
Lihat dunia sekarang. Kuasa besar dunia mahu menjadi pemerintah kerana merasakan merekalah bangsa terkuat. Bangsa yang lemah di'buta'kan sewaktu sedang tidur yang kemudiannya mereka hanya menjadi pak turut melakukan apa saja yang di suruh pemerintah. Yang merasakan ada kepentingan pula mahu menjadi sekutu bagi kuasa besar, biar terpaksa menjadi pengkhianat, asal kemahuan peribadi tercapai. Walaupun yang dikhianati tu saudara sendiri..Mari kita berfikir, dan bertindak berani melawan arus. Seperti Soren.
Sekian. Gerak2 si kecik ni tak sabar balik umah nenek lah tu. Jom balik!
Kau yang Terindah
Ada sesuatu yang tak mampu diungkapkan
Bila rasa itu
Saat aku baring berseorangan
Saat aku sakit berseorangan
Saat aku menangis berseorangan
Dia ada menemaniku
Kadang bergerak2 mengingatkanku
Dia ada di situ
Sedang temani aku
Tak sabar menanti
Saat melihat wajahnya nanti
Ibu tunggu kamu ya
=)
Jul 25, 2012
Air Soya buatan suami
Memandangkan puasa kali ni lain sikit, ehem, maksudnya sudah baru berdua, maka banyaklah masa lapang untuk melakukan perkara2 yang tak pernah dilakukan. Maka semalam, kami mulakan dengan air soya buatan kami suami. Hehe.
Cara2 buat air soya.
1. Beli kacang soya kat mana2 pasar raya.
Maaf gambar tak sempat amek. Semangat sangat nak buat sampai lupe amek gamba. Warne kacang soya adalah perang, bukan putih macam kat gambar air kotak soya korang beli kat kedai. Sbb tu masa cari kacang soya kat Giant, kitorg tak jumpa. Bile baca satu2 baru perasan, 'oh, ini rupanya kacang soya'
2. Rendam
Rendamkan kacang soya dengan air secukupnya. Mula2 suami rendam betul2 cukup2 je (biase lah orang lelaki) , but then kacangnye jadi kembang n dah tak cukup air.
So pastikan air cukup.
3. Buang kulit
Yang ni aku tak sure sangat. Whether we suppose to rendam lama lagi sampai kulitnya
tanggal sendiri or what, tapi sebab da tak sabar sangat nk buat, kami dengan rajinnye
buang kulitnye satu persatu.
Abes jugak lah 2 movie kami tonton sepanjang proses buang kulit.
(=,=')
4. Blend
Lepas da buang sume kulit, da pilih sebijik2 mane tak cantik letak tepi, basuh bersih2, maka
boleh la di blend.
5. Rebus
Lepas da blend semuanya, rebuskan sampai mendidih.
6. Tapis
Da sejuk sikit boleh la tapis dan ambil airnya sahaja. Kami guna tapis teh kain yang panjang
(selalu mamak guna wat teh tarik) tu supaya air tapisannya tiada serdak.
7. Campur dengan air gula dan boleh la minum!
Dah siap tapis baru lah teringat nak amek gamba.
Tadaaaa!!!
Sedap sangat! Puas hati air soya buatan sendiri. Terjamin kebersihan dan kualitinya.
Sangat banyak airnya. So rasanya lepas ni dah tak perlu beli di pasar malam.
(^_^)
Jul 14, 2012
Tips tau perangai pasangan lepas nikah
Ade seseorang pernah bertanya aku baru2 ni.
'Kenapa pilih dia. Macamana nak tau apa perangai sebenar dia'
Krisis yang di alami oleh semua orang. Kadang2 tu bercinta sampai 10tahun pun, nikah 3 hari boleh cerai. Ape masalahnye? Sebab lepas nikah, hidup 24/7 dengan dia, baru tau perangai sebenar dia macam mana. Masa tu cinta semua hilang entah ke mana.
Kenapa?
Satu yang aku belajar, cinta tak kekal lama. Cinta tu anugerah Allah. Bila2 masa Dia boleh tarik balik. Sebab tu kalau nak bahagia, kita jangan mintak pada orang. Selalu dengar budak2 baru nk naik dating sembang sampai pagi
'awak jangan tinggal saya ye'
'saya harap sampai bila2 kita macam ni'
'saya bahagia dengan awak. Jangan pernah berubah ye'
maka pasangan yang sedang sama mabuk cinta pun akan jawab
'saya tak akan tinggalkan awak sampai bile2'
and they live happily ever after
...
Siape percaya angkat tangan!
*Senyum sinis*
Noob!
Sampai satu tahap, sampai satu masa, semua kata2 manis tu tinggal kenangan yang pahit. Lagi manis kenangan tu, lagi pahit nk telan bile dah takde.
Cinta tu kurniaan Allah. Dia akan bagi pada sesiapa yang Dia nak, bila2 masa yang Dia nak. Cinta tu rahmat Allah. Jadi kalau nak bahagia, mintalah dengan Dia. Sebab hanya Dia yang berkuasa nak bagi cinta kat sesiapa Dia nak.
Berbalik pada soalan tadi.
Macam mana nak tau perangai sebenar dia lepas kawen nnt?
Jawapannye........
.
.
.
.
.
.
.
.
TAKDE SAPE TAU
Tanye lah siapa pun. Tiada siapa yang boleh bagi jawapan yang tepat. Even diri sendiri. Sebab kita tak pernah tau apa akan jadi di masa depan.
Berapa ramai yang kompem2 dia akan jadi pasangan yang setia but end up break up?
Kadang2 kita dah cukup yakin kita takkan curang dengan pasangan kita sebab kita seorang yang setia.
Puffff!!! Allah kata kun fayakun.
Tibe2 kite FIL with one of kawan lelaki kita. Siapa nak jawab?
Kadang2 tu dia playboy but end up lepas kawen punye lah setia. Takde sape tau ape akan jadi. Yang kita sebagai manusia biasa boleh buat..mintak pada Dia. Sebab Dia yang tentukan semuanya.
Andai nanti rumah tangga kita tak seperti yang kita harapkan, Dia mahu uji kita.
Andai nanti rumah tangga kita bahagia, jangan lupa Dia.
Semua yang terjadi atas kehendak Dia. Serahkan semua pada Dia. Tak payah pening2 pk benda yang bukan kerja kita.
This person ask me the question because I got married with someone I only known for 7 months. We engaged after 4months. And get married after 3 months engagement. Why? Sebab saya percaya qada' dan qadar. Saya serahkan segalanya pada Dia. Bukan main tibai. Itulah perlunya solat istikharah :) Tanya pendapat kawan2, boleh. Tapi Dia lebih tau apa yang terbaik untuk kita.
p/s: saya bercinta lepas bertunang, bukan lepas kawen. Hihi. Dating pun untuk beli barang2 hantaran je :D

May 16, 2012
Salah siapa?
11 minit sebelum kelas bermula. Aku leh suka2 hati duduk depan lappy kat resource centre. Haish.
Pening.
Sebenarnye dah lama aku fikir benda ni. Tapi aku tak dapat jawapan. Kalau diri setiap individu tu terbentuk melalui didikan keluarga, yang mana orang selalu cakap didikan paling awal kita dapat, kenapa perangai setiap orang dalam adik beradik tu tak sama. Ade yang dengar kata, ade yang tak dengar kata. Nak salah kan siapa pulak kalau dah mak bapaknye orang yang sama.
Subscribe to:
Posts (Atom)